Tuesday 17 June 2014

Bab 18 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Ready?”
Alissa masih cuba berlagak tenang. “Yeah.”

You tahu berenang kan?”
Pedal kayak digenggam kuat. Tadi dia hanya berbohong kepada Zafril. Sebenarnya dia langsung tidak tahu berenang! Dia memang tak pernah belajar berenang sebab memang sejak kecil dia tidak sukakan air.
Er, maksud Alissa dia memang tak suka mandi di kolam renang, sungai, air terjun, laut atau apa-apalah yang selain dari mandi di tandas!
“Muka you tu nampak macam risau sangat. Tak perlu risau, I ada.” Zafril memujuk lagi. Dia tahu Alissa rasa terkilan sedikit tentang jaket keselamatan itu. Dan dia tahu Alissa bengang kerana dia masih juga berkeras untuk meneruskan aktiviti pada hari ini.
Hmmm..” Malas mahu menjawab kata-kata Zafril. Lebih baik dia berdoa dan bertenang.
Come.”
Alissa hanya membontoti Zafril yang bergerak ke dalam air. Debaran di hati kian menggila. Rasa menggigil tangan pegang pedal kayak ni.
Ya Allah, lindungilah aku!
Berkali-kali Alissa mengulang doa sama dalam hatinya.
“Zaf..” Panggil Alissa perlahan.
Zafril menoleh ke belakang dengan dahi yang berkerut. ‘Apa?’. Mungkin soalan itu ditanya dalam hatinya.
“Takde apa-apa.” Bibir mengukir senyuman kelat.
“Takut?”
Alissa mendengus geram. Tak habis-habis nak memperkecilkan dia. Nak buat dia sakit hati.
“Tak langsung. Awak jangan jatuh pula, takut nanti tak dapat naik semula.”
Zafril tergelak kecil. Alissa.. Alissa. Masih juga mahu bergaduh dengan dia ketika ini. Tak habis-habis nak bergaduh. “Nampak macam risaukan I.. Risau ke?”
Risau kan Zafril? Oh, tolonglah. Daripada dia risaukan Zafril baik dia risaukan diri dia sendiri. “Boleh tak kalau jalan cepat sikit?”
“Wah.. Nampaknya ada yang dah tak sabar nak berkayak dengan I.”
Ei, perasan! Sumpah perasan okay. Dia nak cepat naik kayak dan cepat habiskan aktiviti ini. “Jangan mimpi.”
Zafril memegang kayak. “Baiklah. I takkan bermimpi lagi. You duduk di depan, I duduk belakang you.”
“No! Saya tak nak duduk depan. Awak duduk depan.”
“Ish, apa masalah you ni Lisa?”
“Tak nak duduk di depan. Tu je.”
Kayak dilepaskan kasar. “Boleh tak jangan degil?” Saja nak buat dia geram. Yang lain dah naik kayak dah bergerak. Mereka berdua masih juga di sini bertengkar tak habis-habis lagi. “Jangan buat I bengang.”
“Awak nak bengang awak punya pasallah. Saya tak nak duduk depan. Awak duduk depan.”
Zafril menarik kasar tangan Alissa ke arah kayak.”Naik!”
“Tak nak. Saya nak duduk di belakang.”
“Kenapa? Nak tenung belakang I?”
Mulut ternganga sedikit. Zafril ni sakit mental ke apa ni? Tangan direntap kuat. Pegangan Zafril di lengannya terlerai. Pedal kayak dicampak ke dalam air. “Kalau awak nak ikut kepala otak gila awak tu, awaklah naik sorang-sorang. Saya nak balik.” Alissa mula bergerak untuk pulang.
Apa Zafril ingat dia main-main ke..? Dah la memang dia tak mahu buat aktiviti ini, lagi nak paksa dia macam-macam. Memang tak lah dia nak ikut cakap Zafril.
“You nak jumpa dengan Khairi lagi atau you rasa dah puas jumpa dia?”
Langkah kaki Alissa terhenti secara automatik.
You tak perlukan abang you lagi?” Soal Zafril lagi.
Tubuh berpaling kasar ke belakang. Bergerak ke arah Zafril. Berdiri di hadapan lelaki berbadan tegap ini. “Apa lagi awak nak saya buat Zaf? Tak puas lagi dengan apa yang awak buat selama ni?”
“Naik.” Tangan Alissa ditarik kasar.
Tanpa banyak soal Alissa hanya menurut arahan Zafril. Kalau ikutkan hati dia rasa nak bunuh Zafril. Dalam hati dia ni dah lima belas kali dia tikam dada Zafril. Dalam kepala otak dia Zafril dah mati dibunuh olehnya.
Ah, kalaulah dia boleh buat di alam realiti.
Bunuh Zafril? Lenyapkan Zafril dari kehidupan dia seperti dulu?
Sanggupkah dia untuk melenyapkan Zafril untuk kali kedua?
Kayak yang mula bergerak mengembalikan Alissa ke dunia sebenar. Zafril masih hidup. Sihat sejahtera dan lelaki itu berada di belakangnya ketika ini.
“Bila I kayuh ke kanan you kena ke kanan juga bukan sebelah kiri.” Alissa hanya buat bodoh bila Zafril menegur dia. Padan muka! Nak dia duduk depan kan, ikutlah pedal dia.. Alissa ketawa besar dalam hatinya.
“Alissa!” Sekali lagi Zafril bersuara keras. Apa ingat dia takut ke? “Hey, kanan dan kiri bukan kanan.. kanan.. lepas tu kanan lagi! You ni ada masalah pendengaran ke? Tak dengar arahan I dekat belakang ni?”
Tiada respons. Alissa tetap senyap. Buat pekak sahaja.
Dalam hatinya dia ketawa berdekah-dekah. Padan muka Zafril. Pasti lelaki itu bengang dengan dia tahap petala langit ke lapan belas!
Zafril berhenti mengayuh. Membiarkan Alissa mengemudi kayak itu seorang diri. Ha, nak tunjuk keras kepala sangatkan tadi, ambik kau!
Kayak terasa seperti memberat. Kenapa macam susah nak gerak ni. Suara Zafril pula langsung tidak kedengaran. Senyap aje lelaki itu.. Tadi bising macam murai tercabut ekor sekarang ni senyap pula.
Alissa menoleh ke belakang.
Ya Allah!
Kurang asam punya lelaki. Tak guna! Zafril biarkan dia mengayuh seorang diri? Patutlah kayak ni rasa macam berat semacam aje..
“Zaf!” Ha, memang kuat dia tempik nama Zafril.
What?”
“Kenapa awak tak kayuh? Awak ingat saya ni driver awak ke?” Alissa bercakap sambil menoleh ke belakang. Kayak mereka dibiarkan terapung di tasik.
“La, bukan you nak kayuh dengan cara you ke tadi? Sorry lah I tak dapat nak ikut cara you.. Lain sangat dengan cara Tony ajar tadi.” Zafril tayang muka tidak bersalah. Padan muka Alissa!
“Zaf, you nak mati ke? Nak I pukul you dengan pedal ni?”Pedal diangkat sedikit ke udara. Ugut konon! Ugut mati pulak tu. Kelassss kau Alissa!
Zafril melepaskan tawa besar. Rasa macam kelakar pula bila Alissa ugut dia. Biasanya dia yang ugut wanita itu, kali ini Alissa pula ugut dia. Memang terasa janggal dan lawak gila kot!
“Macam mana nak pukul I? Boleh ke?”
Alissa menoleh ke kiri dan ke kanan. Rasanya kebanyakan pekerja lain berada di tengah tasik. Hanya dia dan Zafril sahaja yang baru bergerak seciput ni..
“Macam mana nak pukul ye…”
Zafril angguk.

Cabar dia?
Zafril cabar dia… baik. Baik!
Tanpa berfikir panjang, pedal kayak dihayun ke bahu Zafril. Tidak sampai sepuluh saat kayak dia dan Zafril terbalik serta-merta.
Zafril tenggelam ke dalam tasik dan beberapa saat kemudian lelaki itu timbul semula sambil ketawa. Tak sangka Alissa akan memukul dia.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Wajah Alissa tenggelam timbul beberapa meter dari Zafril membuatkan Zafril kalut. “Lisa!”
Zafril terus berenang ke arah Alissa. Leher Alissa dipaut dan dibawa berenang bersamanya ke tempat yang cetek.
“Hey Lisa! Lisa! Wake up.” Pipi Alissa ditampar sedikit kuat. “Lisa!” Sekali lagi pipi mulus itu ditampar untuk menyedarkan Alissa.
Tidak sampai seminit ada beberapa orang pengunjung di situ mula mengerumuni Alissa. “Stay away from her! She needs some air!” Jerkah Zafril kepada manusia yang sibuk mahu tahu apa yang sedang berlaku.
Tony Leong bergegas ke tempat kejadian. Manusia yang mengerumuni Alissa disuraikan secara baik.
“Do you need my help?”
“CPR?” Soal Zafril laju.
Tony Leong angguk mengiyakan pertanyaan Zafril.
“No, I think she will be okay.” Tak mungkin dia akan membenarkan lelaki lain menyentuh Alissa! Tak mungkin.
“Encik Zafril, dia mungkin perlukan bantuan pernafasan..” Tony Leong memujuk lagi. Dia tahu sikap Zafril seorang yang tegas tetapi Zafril perlu tahu bila dan bagaimana dia perlu bertindak tegas. Ini kes kecemasan.
“Lisa.” Panggil Zafril lagi. Pipi Alissa ditampar berulang kali.
“Encik Zafril nak saya buat CPR?” Bebola mata mencari suara yang datang dari sisinya. Wajah Mimie menyapa pandangan mata. Mimie? Ah, sekurang-kurangnya perempuan.
Uhuk!
Uhuk!
Zafril mengalihkan pandangan matanya dari wajah Mimie tanpa sempat berkata apa-apa selepas mendengar Alissa terbatuk-batuk.
“Lisa, you dah sedar?”
Uhuk!
Uhuk!
Zafril membantu Alissa supaya duduk. “I bawa you ke klinik. You need to see a doctor!”
Alissa menggeleng perlahan. Dia tidak sedar sepenuhnya dan tidak tahu apa yang berlaku seketika tadi tapi dia dengar soalan Zafril kepadanya. Berjumpa dengan doktor.
“Lisa, you kena jumpa doktor. Helmi, ini kunci loker I dekat kaunter kayak sana, tolong ambilkan beg I dalam loker tu. I need my car key.”Alissa bukan boleh layan sangat cakap dia. Semua tak nak. Keras kepala!
Helmi laju sahaja menyambut huluran kunci daripada Zafril. Sepantas kilat dia berlari ke arah loker yang dimaksudkan oleh Zafril.
Beberapa minit kemudian Helmi muncul dengan sebuah beg galas berwarna hitam. “Bos, ini beg dan kunci kereta.” Sebuah beg nike dan kunci kereta BMW Z4 dihulurkan kepada Zafril.
“I bawa Lisa ke hospital kejap, yang lain boleh teruskan aktiviti atau berehat ya. Roslan, I serahkan aktiviti dan program ini kepada you untuk diuruskan.”
Roslan mengangguk laju. “Boleh Encik Zafril. Jangan risau, I akan uruskan semuanya.”
Tubuh langsing Alissa dicempung ke dalam dukungannya.
“Zaf, saya okay.” Alissa cuba menghentikan perbuatan Zafril. Ya Allah, apa kata rakan sekerja dia nanti!
You are not okay. I takkan cakap you okay selagi doktor tak cakap dengan I yang you okay.”
“Turunkan saya!” Perlahan sahaja suara Alissa. Rasa mahu menempik tidak kesampaian. Rasa lemah satu badan. Tadi sewaktu tenggelam timbul dia rasa kelam! Masa tu ingatkan dia akan mati.
Zafril melajukan langkahnya ke arah kereta. Helmi yang membontoti dari belakang juga berlari-lari anak bersama Zafril.
Punat kereta ditekan. Helmi membantu Zafril membuka pintu keretanya.
Sorry, kereta I dua seat. I turunkan seat penumpang. I hope u selesa.” Tubuh Alissa dibaringkan di tempat duduk penumpang.
Alissa tidak cuba untuk bangun. Dia rasa macam lost sangat ketika ini. Rasa kepala dia macam berpusing-pusing.
“Helmi, please make sure the barbeque party for tonight is still on yeah. I am so sorry if I can’t attend the barbeque.. Mungkin Lisa kena warded atau apa-apa nanti..” Helmi mengangguk faham tentang arahan yang diberikan oleh Zafril.
Kaki berlari laju ke tempat duduk pemandu. Aliasa sudah terkulai di tempat duduk penumpang. Pengsan atau tertidur?
p/s : Alhamdulillah. Nampaknya ramai yang sukakan Alissa dan Zafril ni ya.. Terima kasih semorang!

Saturday 14 June 2014

Bab 17 Cinta, Jangan Sakiti Aku

Alissa menguis pasir dengan kakinya. Life jacket sudah pun tersarung di tubuh. Bersedia untuk berkayak sekejap lagi.
Mata memandang sekeliling. Mana yang lain? Kata pukul 8.30 pagi takkan dia aje yang turun paling awal kot?
Adelia awal-awal lagi dah jerit suruh dia pergi dahulu kerana dia mahu mandi. Itulah lepas Subuh tadi tidur semula, sudahnya bangun lambat.
Alissa pula memang sengaja tidak mahu tidur selepas Subuh pagi tadi kerana mahu menghirup udara segar di pantai. Bukan senang dia mahu ke sini dan bukan senang dia mahu menghirup udara segar seperti di Port Dickson.
Kalau dia Kuala Lumpur jangan haraplah nak dapat udara yang segar seperti ini. Mana nak cari.. Kebanyakan tempat memang dipenuhi dengan pencemaran. Tidak banyak, sedikit udaranya tercemar.
Biasalah, kalau sudah namanya Bandaraya Kuala Lumpur pastilah banyak kenderaan dan penduduk di sana. Pastilah pelbagai ragam dan kerenah.
Alissa menyepak air laut yang menyapa jari jemarinya. Bibir tersenyum sendiri. Sepak air laut? Macam takde kerja sangat aje.
Kata orang sepak air laut boleh melepaskan apa yang terbuku di dada dengan syarat menyepak air itu dengan sekuat hati.
Sekali lagi Alissa menyepak air laut. Kali ini lebih kuat berbanding kali pertama tadi. Once again. Bibir tersenyum meleret. Rasa kelakar pula dengan perangai dia. Macam budak kecil pula.
“Senyum apa sorang-sorang ni?”
Alissa terlompat sedikit. Terkejut dengan sapaan manusia dari belakangnya.
Zafril.
Ei, pagi-pagi dah nampak muka lelaki ini.
“Awalnya pakai life jacket. Tak sabar nak berkayak dengan I, ya?”
Hello. Jangan nak perasan sangat ya. Dia awal-awal ambil life jacket sebab takut habis! Yang lain tu semua turun lambat nanti takde life jacket baru padan muka.
“Saya takut jacket habis..”
Tawa halus Zafril menyapa gegendang telinga Alissa. Zafril ketawakan dia?
“Kita bukannya nak pergi jauh pun Lisa.. Dekat-dekat sini aje..”
“Untuk keselamatan, tak salah kan?” Sengaja nak matikan tawa Zafril.
“Yeah.. Tak salah pun tapi takkanlah you tak tahu berenang?”
“Tahu!” Laju sahaja Alissa menjawab.

“Baguslah kalau tahu. Jom ke sana. Roslan dah tunggu dengan pekerja lain dekat sana.. You sorang aje dekat sini.”
Alissa memandang ke arah tempat yang ditunjukkan Zafril. Lah, rupanya ada yang dah turun.. Ingatkan dia paling awal. Itulah Roslan tak cakap nak berkumpul di mana semalam. Hanya sebut berkumpul di pantai sahaja. Pantai kan panjang dan luas, memanglah dia tak tahu mana nak tuju.
Nasib baik jugalah dia berada berdekatan sini dan Zafril memanggil dia, kalau tak memang sampai matahari atas kepala pun dia masih tercongok di sini.
Alissa mendengar taklimat mengenai kayak yang diberikan oleh Encik Tony Leong. Ada beberapa peraturan kayak yang perlu dipatuhi oleh semua peserta yang menyertai acara berkayak. Taklimat memang diberikan kepada semua yang akan menyertai sukan kayak kerana sukan ini bukan mudah seperti yang disangkakan.
Ada juga beberapa orang peserta yang nampak terlopong dan gentar apabila Encik Tony Leong menyebut tentang kayak terbalik da nada kemungkinan lemas kerana tidak dapat naik semula ke atas kayak.
Alissa terasa badannya seram sejuk!
Biar betul? Takkanlah sampai boleh lemas kot?
“Baiklah, kami ada menyediakan life jacket tetapi life jacket ini tidak mencukupi kerana ada satu kumpulan lain yang telah turun lebih awal pagi tadi. Jadi saya mewakili resort ini memohon maaf kepada anda semua..”
“Habis macam mana dengan yang takde jaket keselamatan ni?” Soal Zafril.
“Kami tak boleh berbuat apa-apa..”
“Kalau kami nak teruskan juga aktiviti kami pada pagi ini tanpa jaket keselamatan?”
Tony Leong terdiam seketika. “Maaf Encik Zafril, kami tidak boleh membenarkan..”
Belum sempat Tony Leong menghabiskan kata-katanya, Zafril menyampuk lagi. “Saya akan menanggung risikonya. Hanya lima orang sahaja yang tidak mempunyai jaket keselamatan..”
“Tapi..”
Sekali lagi Zafril mencelah. Memotong kata-kata Tony Leong. “Semuanya atas saya. Kami membayar kepada pihak resort bukan?”
Akhirnya Tony Leong kehilangan kata-kata. Alissa menyumpah seranah dalam hatinya. Zafril memang sengaja!
Dah takde jaket keselamatan batalkan sahaja aktiviti pada hari ini.. Bukannya susah pun. Nak juga dia berdebat dengan Tony Leong tu. Kesian mamat Cina tadi. Langsung tidak berpeluang untuk bercakap. Nak mempertahankan diri pun tak sempat.
Hesh.
Zafril ni tak perlu masuk ke dalam bidang fesyen sebaliknya boleh bekerja dalam bidang guaman. Bab melawan dan mematahkan hujah orang lain memang nombor satu!
“Okay, sekarang kita akan bergerak untuk mengambil kayak dan baju jaket keselamatan masing-masing kecuali Alissa yang nampaknya awal-awal lagi dah chop jaket keselamatan dia.”
Lawak selamba Zafril disambut dengan tawa besar oleh pekerja-pekerja lain.
Suka sangat ye!
Alissa bergerak ke arah pantai. Membiarkan rakan yang lain berlumba-lumba untuk mendapatkan jaket keselamatan. Pasti masing-masing berasa gerun selepas mendengar taklimat yang diberikan oleh Encik Tony Leong sebentar tadi. Jangan buat main-main dengan laut okay!
Jangan disangka kalau tenang tu takde buaya.
Eh bukan. Jangan disangka tenang tidak berbahaya.
Mungkin ombak besar boleh melanda pada bila-bila masa sahaja. Siapa tahu?
“Cik Lisa!”
Alissa menoleh apabila dia terdengar seseorang menyeru kuat namanya dari arah belakang.
Kening dijungkit naik. Kenapa Adelia berlari ke arah dia.
“Kenapa Delia?”
Nafas disedut laju-laju. Tercungap-cungap Adelia. “Penatnya..”
“Ada apa?”
Mata Alissa memerhati ke arah Helmi dan Zafril yang berjalan ke arah dia dan Adelia.
“Cik Lisa, boleh tak kalau saya nak pakai life jacket ni sebab saya ni tak pandai berenang Cik Lisa.. Lagipun kita kan satu kumpulan..”
Adelia memegang life jacket berwarna oren yang dipakai oleh Alissa. Serba salah Alissa dibuatnya.
“Eh, kenapa pula Delia?”
“Saya tak tahu berenang.. Life jacket dah habis..” Nafas Adelia masih berlari tempo. Masih penat kerana berlari pantas sebentar tadi.
Kalau Adelia kata dia tidak tahu berenang, bagaimana pula dengan Alissa? Takkan dia tidak memerlukan life jacket?
“Delia, yang ni saya dah chop awal-awal pagi tadi lagi…” Dia memang berat hati nak berikan jaket keselamatan yang dia pakai kepada Adelia.
“Lisa, you kan berani.. You tak perlukan life jacket pun. Tengok, Mimie pun tak pakai life jacket. Bukannya kita nak pergi jauh sangat.. dekat sini juga.” Zafril cuba memujuk. Dia kasihankan Adelia. Sekurang-kurangnya Alissa kata dia tahu berenang.
Mata melirik ke arah Mimie dan Roslan. Selamba sahaja Mimie tidak memakai jaket keselamatan. “Siapa lagi yang tak pakai?”
I, Mukhriz, Mimie, Muiz dan Adelia..” Balas Zafril.
“Cik Lisa, please..” Adelia merengek lagi sambil menarik jaket keselamatan yang tersarung di tubuh Alissa.
Alissa terdiam.
Wajah Zafril yang cuba meyakinkan dia dipandang.
Macam mana kalau kayak mereka terbalik? Adakah dia akan berjaya naik ke atas kayak semula atau dia akan tenggelam dalam ombak laut?
Mata memerhatikan ombak yang tenang.
Laut tidak bergelora kencang. Biasa-biasa sahaja.
Angin juga sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi mulutnya.
Ah, kedamaian lautan ini tidak mampu untuk menghilangkan rasa debaran yang maha hebat dalam hatinya. Macam-macam perkara ada dalam kepala otak dia!
Tanpa life jacket dia mungkin tenggelam. Kalau kayak dia dan Zafril terbalik sekurang-kurangnya jaket keselamatan ini akan menyelamatkan dia daripada lemas atau tenggelam. Dia akan timbul di permukaan air.
Ah, tidak juga. Sebenarnya kalau dia panic semasa berada di dalam air dia tetap akan tenggelam walaupun dia memakai jaket keselamatan. Itu kata Tony Leong sebentar tadi.
Bibir bawah digigit lembut. Dia lebih yakinkan jaket keselamatan untuk selamatkan dia berbanding kekuasaan Allah swt?
Allahuakbar!
Alissa betul-betul berada dalam dilema ketika ini. Pentingkan diri sendiri dahulu atau dia perlu kasihankan Adelia?
“Kalau kita tak perlu berkayak, tak boleh ke?”
“Lisa, kan kita dah bincang pasal ni sebelum datang ke sini. Ini Antara aktiviti yang sudah dirancang oleh Roslan dan pekerja yang lain. You boleh kan beri kerjasama?”
“Bukan saya tak nak beri kerjasama Encik Zafril, tapi kalau tak pakai jaket keselamatan ni kan bahaya. Kalau apa-apa berlaku pada saya macam mana?” Ada riak gusar dalam nada suara Alissa.
Dia akan buat umi, abah dan Husna risaukan dia kalau sesuatu berlaku kepada dia. Iyelah bukan kita tahu apa nak jadi pada masa akan datang. Langkah keselamatan perlu diambil. Lagipun dia memang tak sukakan permainan air!
“You will be okay without life jacket. If I have one, I will give it to you but I also don’t have any life jacket..”
Wajah Adelia yang sudah menangis dipandang lembut.
Please Cik Lisa. Bagi saya ye?”
Dia kesiankan Adelia yang dah menangis mohon simpati dia tapi dia perlukan life jacket juga.
“Cik Adelia ni penakut dengan air Cik Lisa. Boleh ya kalau Cik Lisa mengalah demi adik manis dalam kumpulan kita ni?” Helmi pula bersuara. Menambah rasa salah untuk terbit dari celah-celah hati Alissa.
Helmi hanya diam sedari tadi. Mungkin lelaki itu berasa kasihan kepada Adelia agaknya. Habis takkan tiada sesiapa yang kasihankan dia? Dia turun awal pagi untuk mengambil jaket keselamatan.. Kenapa yang lain tidak boleh berkorban untuk turun awal pagi seperti dia?
Sekarang dia pula yang perlu korbankan jaket keselamatan miliknya untuk orang lain?
“Boleh ya Cik Lisa? Kali ini sahaja..” Helmi cuba memujuk lagi.
Okay..”
Hanya sepatah sahaja Alissa boleh membalas. Padahal tadi berjuta-juta patah perkataan Adelia merayu pada dia.
Adelia melompat gembira.
“Thank you! You are my super hero today Cik Lisa.” Tubuh langsing Alissa dipeluk erat. Gembira dengan keputusan Alissa untuk mengalah.
Alissa memaksa bibir kerasnya mengukir senyuman. Dia seperti lupa bagaimana mahu tersenyum. Debaran di dadanya melantun kuat. Dup dap dup dap!

You will be okay. I will take care of you. Trust me!” Zafril berkata perlahan. Dia yakin Adelia dan Helmi tidak mendengar kata-kata Zafril. Namun kata-kata itu tidak meresap ke dalam hatinya. Berlalu bersama angin pagi.