Thursday 23 January 2014

Bab 29 Aku, Dia dan Stilleto

Aulia pandang Ashraff dengan pandangan ingin tahu. Sumpah dia mahu tahu kenapa Ashraff beriya-iya mahu berkahwin dengan dia sedangkan Ashraff tidak tahu dia mengandung.
“Cakaplah apa syarat Auntie Lydia.”
“Kahwin dengan you dan I boleh kahwin dengan Helinna. You know how much I love her, kan?!” Aulia terlopong. Jadi Ashraff menjadikan dia sebagai cukup syarat untuk memperisterikan Helinna? Gila!
“Takde kaitan dengan saya. Jom balik.” Aulia sudah berjalan ke hadapan padahal langsung tak tahu di mana Ashraff letak keretanya.
Ashraff geram dengan tingkah Aulia. Apa pulak yang takde kaitan, memang berkaitan dengan Aulia pun! “Siapa cakap takde kaitan dengan you?”
“Hubungan awak dan Helinna takde kaitan dengan saya.” Ashraff ketap gigi rapat-rapat. Adoi, geram sangat dengan Aulia ni.
“Yang you menonong ke depan ni kenapa?” Aulia kalih ke belakang. Ashraff sudah berhenti di depan sebuah kereta berwarna putih. Selumber badak Aulia mendekati Ashraff. Ah, kisah apa dia.
“Tekanlah alarm tu, saya nak masuk dalam kereta. Kepala dah pening.”
“Cakap dulu yang you akan buang budak tu.” Ya Allah, takde perasaan ke Ashraff ni? Langsung tak berhati perut. Suka hati aje nak bunuh jasad yang sedang bernyawa dalam rahim Aulia.
“Ash, saya takkan buang anak ni. Anak ni anak saya dan saya akan jaga anak ni elok-elok.” Aulia sentuh perlahan perut dia. Walaupun belum hadir rasa sayang terhadap anak dalam kandungannya, Aulia yakin dia boleh menjadi ibu yang baik.
“Kenapa you nak serabutkan kepala you? Kalau budak ni takde, senang kita nak bercerai nanti!”
“Kalau bukan sebab anak ni, saya sendiri takkan setuju untuk kahwin dengan awak. Semuanya sebab anak yang ada dalam perut saya.”
Fine! Kalau macam tu, baik, kita akan kahwin but you ingat dalam kepala otak you yang budak dalam perut you tu bukan anak I dan sampai mati pun I takkan mengaku yang budak tu anak I, faham?”
“Sampai mati pun awak tak boleh nafikan hakikat yang sebenar, Ash. Apa yang awak dah buat pada saya, sampai bila-bila pun saya takkan lupa.” Air mata yang mula bertakung dikesat laju. Tidak mahu kalah dan mengalah lagi dengan Ashraff.
Dia bersetuju untuk berkahwin pun kerana orang tuanya. Aulia bertekad yang dia tidak akan mengalah dengan Ashraff. Cukuplah sekali.
Make sure you tandatangan borang kebenaran poligami dan pastikan Helinna takkan tahu pasal kita.”
Aulia angguk setuju. “Saya dah pening sangat. Sekarang boleh bukak pintu?” Tak sampai hati pula tengok keadaan Aulia yang memang tak sihat.
Alarm kereta ditekan. Pintu sebelah penumpang dibuka untuk Aulia masuk.
Aulia duduk bersandar di kerusi kereta. Kepala dia berpusing-pusing sekarang ni. Rasa pening sangat!
“Dah makan ke tadi?” Aulia menggeleng sambil memejamkan matanya.
“Kenapa tak makan?” Suara Ashraff sedikit meninggi sambil menarik pintu kereta.  Enjin kereta dihidupkan. “Nak makan apa?”
“Tak nak, nanti muntah.”
Suasana dalam kereta senyap sunyi. Kalau sebelum ini pantang ada peluang pasti bertengkar. Melihat muka Aulia yang pucat dan tidak bermaya, tak sampai hati pula mahu bergaduh dengan wanita di sebelahnya.
“Nak makan burger?”
Aulia buka matanya perlahan-lahan. Rasa lapar memang lapar sangat tapi kalau makan nanti muntah.
“Nak tak?”
Aulia masih berperang dengan perasaannya. Nak makan ke tak nak?
Ashraff memberhentikan keretanya di bahu jalan. “I beli burger untuk you. Ayam ke daging?”
“Ayam.”
Ashraff yang baru sahaja mahu melangkah keluar terhenti apabila Aulia memanggil namanya. “Ash!”
“Apa?” Aulia serba salah. Segan pun ada juga tapi dia lapar gila sekarang ni.
“Nak burger ayam, tapi daging ayam tu nak dua keping, salut dengan telur. Mayonnaise nak lebih, bawang tak nak.”
“Makan mengalahkan badang. Haish!” Dalam masa yang sama Ashraff sembunyi senyum. Comel pula bila Aulia pesan macam-macam seperti sekarang ni. Rasa macam tengah layan kerenah isteri yang sedang mengandung pula.
Hampir lima belas minit menunggu Ashraff membeli burger, Aulia sempat terlelap di dalam kereta. Memang parah kalau pening kepala teruk sampai macam ni selama sembilan bulan. Memang tak boeh buat kerja apa pun.
Harap-harap dia takde lah teruk sampai macam tu sekali. Semoga selepas trimester yang pertama dia akan lega dari sakit kepala dan tak lalu makan macam sekarang ni.
Telefon bimbit yang tiba-tiba berbunyi mengejutkan Aulia yang hampir terlena.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam. Babe, aku dah nak masuk dalam kapal. Aku ingatkan flight aku esok rupanya company dah tukar, malam ni aku dah kena pergi.”
Aulia rasa seperti mahu menangis. Helinna akan pergi jauh sekali lagi. “Helly, jaga diri.”
“Aku sihat walafiat, aku tengok kau tu yang sakit. Kau tu yang kena jaga diri!” Aulia kesar air mata yang meleleh di pipi.
“Helly, walau apa pun yang terjadi, kau kena ingat yang aku sayangkan kau sangat-sangat.”
Helinna terdiam di hujung talian. “Kau ni suka cakap macam tu. Aku tahu la yang kau sayang aku, aku pun sayang kau jugak! Aku nak mintak tolong sikit ni.”
“Apa dia?” Pantas Aulia menjawab. Apa sahaja untuk Helinna.
“Tolong tengokkan bakal suami aku, boleh? Kau jadi mata-mata aku. Kira macam spy lah!” Tawa Helinna di talian sana menjerut tangkai hati Aulia. Jagakan Ashraff untuk Helinna? Aulia pejam mata. Dia tak sanggup! Dia tak sampai hati malu melukakan hati Helinna!
“Lia! Kau dengar tak aku cakap ni?”
“Aa, ah. Aku dengar. Mata ni dah terpejam-pejam sebab mengantuk sangat. InsyaAllah aku tolong kau. Jangan risau, kalau Ash nakal-nakal aku rotan dia untuk kau.”
“Bagus! Kau rotan aje kuat-kuat sikit. Kau kan garang.” Helinna ketawa besar. Aulia rasa pipinya kebas sampai nak senyum pun tak boleh lagi dah. “Lia, aku dah nak masuk ni. Aku sayang kau sangat!”
“Aku sayang kau jugak.”
Talian ditamatkan. Aulia merenung skrin telefon bimbitnya yang perlahan-lahan berubah menjadi kelam.
“Maafkan aku Helly.. Maafkan aku!” Telefon bimbit ditarik rapat ke dadanya.
Bunyi ketukan ditingkap mengejutkan Aulia. Segera kepalanya menoleh ke arah bunyi yang datang. Tangan Aulia spontan menarik kunci pada pintu.
“Your burger.” Ashraff menghulurkan satu plastik berwarna merah yang berisi sebiji burger kepada Aulia.
Thanks.” Selera makan yang tadi membuak-buak hilang bersama air mata yang mengalir di pipi. “Helinna dah pergi London.”
I tahu.” Aulia pandang wajah Ashraff. Tak tunjuk riak sedih pun. Yang dia ni bukan main lagi menangis bagai nak gila sedangkan Ashraff selumber aje.
“Dah tu awak tak sedih ke?”
Ashraff pandang wajah Aulia. Lama. “You sedih?”
Aulia pantas mengangguk. Memang dia rasa sedih sangat-sangat. Rasa macam tak cukup air mata nak menangis sekarang ni. Kalau boleh dia tak mahu Helinna pergi meninggalkan dia kerana dia memerlukan Helinna ketika ini tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu Helinna tahu tentang kandungan dia.
“Kalau you sayangkan Helly, kenapa you sanggup rampas I dari dia?”
Thud!
Aulia rasa soalan Ashraff merentap tangkai hati dia. Tergamak Ashraff tanya dia soalan macam tu? Manalah dia tahu yang daddy nak jodohkan dia dengan Ashraff. Dia main setuju aje sebab dia nak menjaga hati kedua orang tua dia.
“Kalau saya tahu daddy nak minta tolong awak, saya takkan setuju. Sampai mati saya takkan setuju.” Ashraff tergelak kecil. Rasa macam tak logik jawapan Aulia. Takkanlah Aulia tidak tahu calon suami sendiri.
“Takkan you tak tahu yang Uncle Man pilih I as his son-in-law?” Aulia menggeleng.
Ashraff membiarkan soalan itu berlalu begitu sahaja. Plastik merah yang masih dipegang oleh Aulia ditarik semula. Sebiji burger yang sudah dibuka bungkusannya dihulurkan kepala Aulia. “Makan ni.”
“Saya dah takde selera nak makan. Nanti dekat rumah saya makan.” Aulia menolak huluran Ashraff.
No! Makan sekarang jugak. Depan I.” Ni apasal tiba-tiba buat caring sangat ni?
“Awak ni kenapa ni? Kena sumpah dengan abang jual burger tu ke?”  Ashraff tergelak besar. Ada ke patut soalan Aulia ni. Ish, merepek betul!
“Abang tu tanya you mengandung ke makan banyak sangat macam dinosaur.” Aulia membulatkan matanya sambil memandang Ashraff. Abang jual burger tu panggil dia dinosaur?
“Hey, ini dinosaur comel tau tak!” Ashraff tergelak kecil. Kali pertama dia rasa senang bersama dengan Aulia. Mungkin sebab Aulia tak sihat jadi mulut Aulia tak banyak bunyi yang menyakitkan hati dia. Kalau tak mesti ada sahaja benda yang nak digaduhkan.
“Makanlah. Makan sampai habis sebiji ni.” Sekali lagi burger dihulur kepada Aulia.
Dalam penuh keterpaksaan Aulia menyambut juga huluran burger di tangan Ashraff. “Ada bawang tak?”
“Takde bawang, mayo lebih.” Aulia sengih melebar. Memang tak suka makan bawang.
I pun tak suka makan bawang jugak.” Aulia tidak menghiraukan kata-kata Ashraff. Tidak mahu mengambil tahu apa yang Ashraff suka atau apa yang Ashraff tak suka. Dia tidak mahu Ashraff mendapat tempat yang kukuh dalam hatinya.
Aulia menikmati makan malam dengan berselera. Sedap sangat burger jalanan macam ni berbanding burger KFC atau burger mcDonald. Harga pun jauh lebih murah dan siap boleh request nak itu ini lebih lagi.
“Tak nak dah.” Aulia membungkus semula separuh burger yang tidak larat untuk dihabiskan.
“Sikit je lagi ni.. Makan lah sikit, energy nak bergaduh dengan I ni.” Aulia masih menggeleng. Dia tiada masa mahu bergaduh dengan Ashraff.
“Awak boleh bergaduh sorang-sorang sebab saya tak larat nak bergaduh. Kesian baby dalam perut ni dengar saya bertekak aje kerjanya.”
Mendengar perkataan anak, mood Ashraff serta-merta berubah. Dia tidak bersedia mahu menjadi ayah.
I hantar you balik.” Lampu kereta dinyalakan sebelum pedal minyak ditekan kuat.
“Ash.. Ada plastik tak?”
“Nak buat apa plastik? Mana ada plastik dalam kereta I ni.” Asharff masih fokus dengan jalan raya. Langsung tidak memandang wajah Aulia.
“Berhenti tepi jalan ajelah.”
“Nak buat apa?”
“Ash, please. Saya nak muntah.”  Mendengar perkataan muntah, Ashraff segera memberi lampu isyarat untuk ke kiri. Kalau Aulia muntah dalam kereta dia, ohhh tak sanggup!
Sebaik sahaja kereta Ashraff berhenti di bahu jalan. Aulia terus menolak pintu kereta dan berlari ke tepi.
Uwek!
Ini yang dia malas nak makan ni, kalau makan aje memang dia akan muntah semula. Kalau dalam perut takde isi kurang sikit perit masa nak muntah.
Uwek!
Ashraff hanya memerhati dari dalam kereta. Tidak berniat mahu turun menjenguk Aulia yang membongkok mengeluarkan isi dalam perut melalui mulutnya.
Uwek!
Akhirnya Ashraff mengalah juga. Tidak sampai hati membiarkan Aulia melalui semua ini seorang diri sedangkan dia adalah punca kepada semua ini. Dia yang menyebabkan Aulia menjadi seperti ini dan dia pula yang mahu melepaskan tangan.
Okay tak?” Aulia tidak menjawab. Okay ke kalau duk uwek tak berhenti-henti. Allah dah bagi mata tu tegoklah sendiri okay ke tidak!
Uwek!
“Kalau tak okay I bawak you pergi klinik, nak tak?” Aulia menggeleng lemah. Buat apapergi kinik, bukannya boleh hilangkan pening dan muntah-muntah dia pun. Semua ini memang perkara biasa untuk ibu yang baru mengandung.
“Tak apa, sikit aje ni.”
“Sikit apa kalau makan burger aje you boleh muntah.”
Kalaulah Ashraff tahu yang dia makan epal sebiji pun boleh muntah, agak-agak terkeluar tak biji mata dia?
“Memang macam ni, makan apa pun muntah. Baru 3 weeks.”
Three weeks?” Aulia angguk sambil membongkok. Bersedia untuk muntah lagi. “So, that baby considered as mine?”
Thud!
Aulia rasa hati dia macam kena tembak pecah berderai. Ashraff mempersoalkan anak ini? Jadi Asharff tak percaya yang budak ni memang anak dia?
“Anak saya.”
You tak menjawab soalan I. I bukan tanya ini anak you ke tidak, soalan I anak ni anak I ke?” Samalah tu! Tak kisah anak ni anak siapa pun yang penting ini anak Aulia!
“Kalau awak rasa ni bukan anak awak, terpulang.”
“Jadi you tidur dengan lelaki lainlah selain I?”  Aulia tegak memandang Ashraff. Sejak tadi dia tahan mulut ni daripada melawan kata-kata Ashraff tapi mulut Ashraff langsung tidak mahu menjaga hati dia.
“Kalau awak boleh tidur dengan banyak perempuan, kenapa saya tak boleh?” Ashraff tergelak besar.
Ashraff menepuk tangan. Bukan main suka lagi dengan kenyataan Aulia. “Hebat. Tak sangka you perempuan murahan.”
“Habis awak tu lelaki murahanlah?”
Ashraff menggelang. “Perempuan yang tidur dengan banyak jantan orang panggil jalang tapi kalau lelaki yang tidur dengan banyak perempuan orang cakap hebat!”
Aulia rasa mahu tampar pipi Ashraff. Ya Allah, kenapa dia akan berkahwin dengan lelaki yang mulut puaka bin longkang ni! “Terpulanglah awak nak cakap apa pun. Saya perempuan jalang sekali pun tak kacau hidup awak.”
Memang Aulia nak balas benda lain yang lebih baik dan membela diri tapi lantaklah Ashraff nak kata apa pun. Dia dah tak fikir lagi dah apa pandangan Ashraff terhadap dia.
“Siapa cakap tak kacau? Sebab perangai jalang you tu you dah menyusahkan daddy you. Kesian Uncle Man sampai terpaksa datang minta tolong dengan mama I suruh kahwin kan I dengan you.”
Aulia rasa mahu koyak mulut Ashraff. Kalau takde iman dan takde sabar dalam hati dia sekarang ni, memang dia dah bunuh Ashraff!
“Kalau awak tak nak, awak boleh tolak. Saya tak perlukan awak untuk tolong saya.”
“Demi Helinna, apa sahaja I sanggup buat. Kalau mama buat syarat suruh you lahirkan cucu untuk dia pun I sanggup buat asalkan I dapat Helinna.”
“Tak sangka Helinna berkenalan dengan lelaki keji macam awak ni.” Dan Tak sangka Aulia sendiri jatuh cinta dengan lelaki perangai buruk macam ni!
I keji dengan you seorang sahaja. Dengan perempuan lain semua I lembut sebab you seorang aje yang tolak kemahuan I.”  Aulia menepis kasar tangan Ashraff yang mengelus pipinya. Benci dengan sentuhan Ashraff!
“Rindu?”
Aulia merengus kasar sebelum melangkah mahu meninggalkan Ashraff.
“Kalau you rindu, I free malam ni.”
Sorry, I busy malam ni. Boleh kita balik?” Aulia pandang tepat wajah Ashraff. Ada api kebencian yang sedang marak dalam hatinya terhadap lelaki ini.
“Oh, dah ada orang lain booking dulu sebelum I?” Ya Allah, kalau dia boleh hempuk kepala Ashraff dengan batu memang dia buat.
Yes. Jadi boleh kita balik sekarang ni?”
“I hope you enjoy your last moment dengan jantan lain sebelum jadi isteri I sebab once you dah jadi isteri I, I akan ikat kaki you dalam rumah.”
Whatever, Ash.”

p/s: Mungkin yang terakhir di belog. Doakan cerita ni cepat keluar ye! ;)