Monday 23 September 2013

Bab 31 Kau Perempuan Itu

“Assalamualaikum, Sarah. Pak Razak dah ada dekat bawah sekarang.”
“Waalaikummussalam. Sekejap ye pakcik. Arah turun sekarang.”

Beg pakaian yang sudah tersedia segera dicapai. Selepas mendapat panggilan telefon daripada Ari Aqashah sebentar tadi, dia segera mengemas pakaian untuk dibawa. Mana dia tahu suaminya suka pakaian yang bagaimana, apa yang ada dalam almari itulah yang dicapai. Harap-harap takde lah dia kena tengking hanya sebab pakaian. Bukan boleh kira sangat sikap pelik Ari Aqashah ni.
Wajah Pak Razak yang sudah siap sedia membuka pintu kereta BMW itu dipandang dengan pandangan pelik. Ini kereta Puan Khalisah selalu naik. Baiknya hati Puan Khalisah benarkan Pak Razak menjemput dia pada hari ini dengan kereta kesayangannya ini. Wow! Terkejut macam nak luruh jantung. Adakah Puan Khalisah sudah jatuh sayang kepadanya? Hehee! Beranganlah kau Sarah!
“Sarah?” Panggilan Pak Razak menyelamatkan Sarah daripada terus mengelamun depan pintu kereta. Pak Razak menunjukkan isyarat supaya masuk ke dalam perut kereta.
Wajah tua Pak Razak dipandang lembut. Sarah tersenyum. “Arah duduk depan ye. Bukan puan besar pun.” Pintu penumpang dibuka sendiri. Ah, siapalah dia. Jangan nak berlagak macam orang kaya pula.
Pak Razak tersenyum. Pintu kereta yang dibukanya tadi kembali ditutup. Kaki berlari-lari kecil ke tempat duduk pemandu. Besedia untuk kembali pulang ke rumah banglo Tuan Ramlee. Baru tiga hari lepas dia pulang ke rumah Ari Aqashah, hari ini dia sudah dipaksa pulang ke rumah banglo itu semula.
“Kenapa pak cik yang jemput Arah? Mana Encik Ari?” Wajah Pak Razak dipandang.
Pak Razak diam seketika. “Encik Ari dah ada di rumah Tuan Ramlee.” Sarah hanya mengganggukkan kepalanya.
“Ada apa-apa berlaku kepada Tuan Ramlee ke pak cik?”
Wajah Pak Razak berubah serta-merta. Nampak keruh wajah tua itu. Sarah memusingkan tubuhnya memandang Pak Razak. Adakah tekaannya tepat? Ya Allah, lindungilah bapa mertuaku Ya Allah.
Melihat Pak Razak hanya diam tidak menjawab soalan Sarah, Sarah semakin resah. “Pak cik?”
“Pak cik pun tak pastilah Arah. Nanti Arah tanya dengan Puan ye.” Sarah menggangguk. Pasti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Pak Razak. Selalunya orang tua ini bukan main ceria bercerita itu ini tentang kehidupannya dan tentang keluarga Tuan Ramlee. Kali ini Pak Razak nampak sugul. Nampak berbeza sangat!
Perjalanan dari rumah Ari Aqashah ke rumah Tuan Ramlee mengambil masa kurang lebih tiga puluh lima minit. Dalam tempoh masa tiga puluh lima minit inilah hati Sarah resah. Bimbang. Berteka-teki terhadap apa yang sedang berlaku.
Suara Ari Aqashah juga kasar semasa menelefonnya lewat petang tadi. Siap menengking lagi suruh dia bersiap bawa semua pakaian yang dibawa semasa berpindah balik semula ke rumah Tuan Ramlee. Pelik sungguh sikap suami dia ni. Hari tu bukan main lagi nak pindah sangat, sekarang ni baru tiga hari pindah ke rumah sendiri dah nak balik rumah mak ayah dia?
Takkanlah tiba-tiba sahaja mahu dia pulang ke rumah banglo milik orang tuanya? Puan Khalisah bukan main menghalau dia dari rumah itu tiga hari lepas. Langsung tidak menjenguk ke bawah semasa dia dan Ari Aqashah berpindah keluar. Sarah memegang kepalanya yang tiba-tiba pening. Rasa macam nak pitam pun ada.
“Arah? Okay tak ni?” Tanya Pak Razak.
Sarah hanya menggangguk. Tidak mempunyai kekuatan untuk menjawab soalan Pak Razak. Rasa pening sangat-sangat! Tas tangannya diseluk. Sepapan ubat dikeluarkan.
“Ada air tak pak cik?” Pak Razak menggangguk. Kereta diberhentikan seketika. Pak Razak keluar membuka boot kereta. Tidak lama kemudian dia kembali semula ke tempat duduk pemandu.
Sebotol air mineral yang masih belum dibuka dihulurkan kepada Sarah. Tanpa menunggu lebih lama, Sarah menelan ubat berwarna biru muda itu. Mata dipejamkan rapat.
“Ubat apa Arah makan tu? Arah sakit ke?” Sarah membuka matanya semula.
“Ubat sakit kepala. Kalau stress macam ni memang selalu sakit kepala.”
“Kalau Arah sakit, Arah jangan simpan seorang diri. Pak cik dan Mak Som ada untuk Arah.” Sarah menggangguk lemah. Matanya kembali dipejam rapat. Mahu melelapkan mata sekejap.
Pak Razak meneruskan pemanduannya. Sarah yang terlena di sebelahnya dikerling sekilas. Wajah itu nampak murung. Mungkin masih bersedih atas kehilangan orang tua dan adik-adiknya. Pak Razak turut bersedih atas kehilangan Encik Sulaiman. Lelaki itu terlalu baik dan selalu membantunya menyiram pokok bunga.
Pak Razak yang sebelum ini hanya tukang kebun di rumah Tuan Ramlee kini menjadi pemandu kedua Tuan Ramlee dan Puan Khalisah. Tempat Encik Sulaiman sebagai pemandu peribadi keluarga telah diambil alih oleh Nazim, seorang lelaki muda yang baru beberapa bulan menamatkan pengajiannya. Akibat tekanan menganggur, Nazim akhirnya memohon jawatan sebagai pemandu peribadi Tuan Ramlee.


“Arah.. Dah sampai.” Mendengar namanya dipanggil, Sarah membuka matanya lambat-lambat.
“Dah sampai rumah.”
“Oh.. terima kasih pak cik.” Sarah cepat-cepat turun dari kereta.
Melihat suasana rumah yang masih tidak berubah, Sarah lega. Sangkanya sesuatu telah berlaku kepada salah seorang ahli keluarga barunya. Kereta yang tersadai masih lagi kereta Audi TT milik Jihan, kereta Porsche Cayyenne milik Arif Shah, kereta Polo GTI milik Marliana, kereta BMW milik Ari Aqashah dan dua buah kereka mewah Puan Khalisah dan Tuan Ramlee. Sarah menghembuskan nafas lega.

Dia membayangkan apabila dia tiba di rumah, banyak kereta yang sedang terparkir di luar rumah dan orang ramai berkerumun di rumah Tuan Ramlee. Ternyata sangkaan buruknya tidak tepat! Jahat betul hati ini, selalu sangat negatif. Cepat sangat melatah.
Sandal di kaki ditanggalkan. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah dengan debaran hebat di dadanya. Kenapa dia dipanggil balik ke rumah ini? Mulut tidak berhenti-henti membaca bismillah.
“Dah sampai pun Puan Sarah Sulaiman! Lama betul kami tunggu puan..” Sindir Jihan sebaik sahaja ternampak muka Sarah.
Kenapa gadis ini berubah seperti ini. Mana hilangnya gelak tawa dan kenangan manis mereka bersama sepanjang Sarah bekerja di sini? Kenapa semudah ini Jihan menghukum dirinya?
Jihan mencari wajah Ari Aqashah. Lelaki itu duduk di sisi Puan Khalisah. Mata sembab Puan Khalisah menarik perhatian Sarah.



p/s : Sedutan bab 31. Mesti ramai yang rindu, kan? Hihi. Nah, untuk yang merindui Sarah. :D

Saturday 21 September 2013

Bab 25 Aku, Dia dan Stilleto

Air mata masih berdegil tidak mahu berhenti. Aulia dah rasa penat sangat menangis sejak dia balik dari kerja petang tadi. Ini semua silap dia. Kalaulah dia terus buang benda tu, tak mungkin perkara ini akan jadi besar sampai macam sekarang ni.
Aulia pandang wajah Datin Zahrah yang menangis dalam dakapan Datuk Rahman. Kenapa tiada yang memeluk dia? Mana Mak Bib? Kenapa Mak Bib tak keluar untuk menenangkan dia? Kenapa Mak Bib asyik berkurung dalam dapur?
Tell me Aulia! Anak siapa yang dalam perut Lia tu?” Jari tunjuk Datuk Rahman lurus ke arah perut Aulia yang masih kempis.
“Lia tak mengandung..” Ah, masih mahu berbohong sedangkan alat penguji kehamilan jenama clear blue terhidang depan mata.
Rasa pening kepala dan meloya dia pun masih lagi terasa, dia masih mahu berbohong yang dia tidak mengandung?
“Jangan buat daddy naik angin, Aulia. Lia nak bohong apa lagi kalau benda alah ni dah memang tunjuk tiga minggu mengandung?” Datuk Rahman mencampak kasar alat penguji kehamilan di depan muka Aulia.

“Lia tak bohong. Memang Lia tak mengandung.” Ah, kenapa hati ini masih berdegil. Kenapa masih tidak mahu mengakui yang sebenar. Riak wajah Aulia yang takut-takut tidak berjaya meyakinkan Datuk Rahman yang dia tidak mengandung.
“Kalau Lia masih nak berbohong, baik. Daddy akan suruh Doktor Fatimah datang ke sini untuk buat ujian kehamilan dekat Lia. Lepas tu kita tengok Lia masih nak berbohong atau tak.” Kalau daddy betul-betul suruh Doktor Fatimah datang memang dia akan kantoi. Masa tu mungkin daddy tak sudi nak pandang muka dia lagi.
Daddy, mummy.. Lia minta maaf tapi semua ni bukan salah Lia. Lia tak tahu..” Datuk Rahman menarik kakinya yang dipeluk oleh Aulia.
“Cakap, anak siapa Aulia! Cakap!”
Aulia masih berdegil. Asyik menggelengkan kepalanya. Kalau dia cakap ini anak Ashraff, agaknya mummy dan daddy dia akan percaya atau tidak? Atau mereka akan kata dia yang sengaja perangkap Ashraff.. Goda Ashraff sampai Ashraff layu dalam pelukan dia?
Datin Zahrah mendekati Aulia. Menarik anak kesayangannya ke dalam pelukan. Kepala Aulia diusap perlahan. “Cakaplah dengan mummy, anak siapa. Siapa yang bertanggungjawab dengan semua ini. Lia.. Jangan buat mummy macam ni, sayang.”
Aulia menangis teresak-esak dalam pelukan Datin Zahrah. “Maafkan Lia mummy. Maafkan Lia.”
“Kalau Lia nak mummy maafkan Lia, cakap dengan mummy. Mummy janji mummy akan minta lelaki tu kahwin dengan Lia. Anak ni baru tiga minggu, kita nikah cepat-cepat. Ya?”
Aulia menggeleng. Dia sanggup simpan rahsia ni sampai mati asalkan dia tak kahwin dengan Ashraff. Helinna yang akan berkahwin dengan Ashraff, bukan dia.
“Lia boleh jaga anak Lia sorang-sorang. Dia tak perlu bertanggungjawab apa-apa, mummy.” Mendengar kata-kata anaknya, Datuk rahman terus naik hantu.
“Lia jangan nak pandai-pandai buat keputusan! Lia ingat Lia dah besar sangat sampai nak buat keputusan sendiri? Nak malukan daddy? Nak biar satu Malaysia tahu yang anak Datuk Rahman, Pengarah Megah Holdings mengandung anak luar nikah?” Tempikan Datuk Rahman buat Aulia kecut perut. Kali pertama dia tengok daddy dia mengamuk sampai macam ni sekali.
“Tergamak Lia conteng arang di muka daddy! Kalau Lia dah gatal sangat nak berlaki, cakap dengan daddy! Daddy boleh cari lelaki yang sesuai untuk Lia!” Datuk Rahman terduduk di sofa. Rasa tak mampu lagi mahu berdiri. Sakit jantung dia bila mendapat panggilan daripada isteri dia semasa makan tengah hari tadi.
Seharian dia langsung tiada mood di pejabat. Akibatnya habis semua orang asyik kena marah dengan dia pada hari ini termasuklah Aulia yang disingkirkan dari projek terbaru di Nilai.
“Baik, kalau Lia tak nak cakap dengan kami siapa bapak kepada budak tu, daddy akan cari siapa sahaja lelaki yang sudi untuk dinikahkan dengan Lia. Daddy tak mahu anak tu lahir nanti tak berbapa.” Aulia pandang wajah Datuk Rahman memohon simpati. Siapa yang sudi berkahwin dengan barang terpakai macam dia?
Daddy, please. Jangan buat Lia macam ni. Kalau daddy nak Lia pergi luar negara, Lia sanggup asalkan jangan kahwinkan Lia dengan sembarang lelaki. Tolonglah.” Sekali lagi kaki Datuk Rahman disujud.
“Lia nak berambus dari rumah ni, ikut suka hati Lia. Daddy takkan halang Lia nak ke mana lepas ni. Pergilah ke bulan sekali pun daddy takkan halang tapi semua tu lepas Lia kahwin. Mulai hari ni jangan keluar ke mana-mana sampai daddy berikan kebenaran untuk dia berbuat demikian.”
Datuk Rahman bangkit mahu meninggalkan ruang tamu. Aulia masih meraung memanggil Datuk Rahman namun langsung tidak dipedulikan.
“Lepaskan daddy!”  Aulia masih berkeras. “Sebelum tangan daddy naik ke muka Lia, baik Lia lepaskan daddy!” Datuk Rahman menolak kasar tubuh Aulia yang sujud di kakinya.
“Abang, jangan buat Lia macam ni bang. Ni anak kita..” Giliran Datin Zahrah pula memujuk suaminya. Tidak sampai hati melihat Aulia dilayan kasar oleh Datuk Rahman.
“Anak yang sanggup memalukan keluarga sendiri? Anak yang sanggup menconteng arang ke muka kita Zah? Mana kurangnya didikan yang daddy berikan kepada Lia? Dekat mana Lia letak kepala otak Lia masa Lia buat semua tu? Lia tak ingat Tuhan? Tak ingat mummy dan daddy?” Rasa sebak mula bertamu di hati Datuk Rahman.
Siapa yang tidak sedih apabila mengetahui kebenaran yang anak sendiri sanggup bezina sehingga mengandung anak luar nikah!
“Sudahlah Lia, jangan merayu dengan daddy lagi. Selepas ni Lia kena terima apa sahaja keputusan yang daddy buat untuk Lia,”
“Tak nak. Lia boleh jaga anak ni sendiri. Jangan paksa Lia kahwin dengan lelaki yang Lia tak cinta. Please.”
“Aulia Rahman!” Datuk Rahman bertempik kuat. Mak Bib yang berada di dapur pun terkejut mendengar tempikan kuat itu. “Lia dah malukan daddy sekarang Lia masih nak aturkan apa yang daddy perlu buat?”
“Biar Lia selesaikan masalah ni sendiri. Please.”
Daddy tak setuju. Suka atau pun tidak Lia tetap akan ikut kemahuan daddy.” Datuk Rahman panjat tangga ke tingkat atas.
Pintu bilik dihempas kuat.
Aulia merapati Datin Zahrah. “Mummy.. Tolong Lia.”
“Lia, apa yang daddy cakap tu betul. Lia setuju ajelah dengan pilihan daddy. Daddy takkan aniaya anak dia sendiri. InsyaAllah Lia akan bahagia dengan perkahwinan Lia nanti.”
“Takde orang yang nakkan Lia dalam keadaan macam ni mummy. Lia bukan macam perempuan lain.
“Tapi semua tu salah Lia sendiri kan? Bukan ada orang yang paksa Lia buat dosa ni.” Tiada orang paksa? Dia sendiri tidak pernah rela disentuh oleh lelaki yang bukan suaminya, bukankah itu satu paksaan?
“Lia tak salah..”
Datin Zahrah melenting sedikit apabila melihat anaknya yang masih tidak mahu mengaku bersalah. Tidak rasa berdosa dengan Allah selepas melakukan maksiat. “Apa yang tak salahnya Lia? Lia dah buat dosa besar pun Lia masih rasa tak bersalah? Tak berdosa? Lia.. Minta ampun dari Allah.”
“Bukan Lia yang nak semua ni mummy. Lia tahu halal dan haram.”
“Aulia, mummy tahu anak mummy ni baik. Mungkin Lia tersalah langkah tapi ingatlah yang pintu taubat Allah swt sentiasa terbuka luas untu semua umatnya. Mummy harap Lia buat solat sunat taubat dan minta ampun dari Allah.” Datin Zahrah mengelus lembut rambut anak kesayanganya. Walaupun Aulia sudah tersalah langkah, Aulia tetap anaknya.
Mungkin ada juga salah dia dalam mendidik Aulia sehingga anaknya tersasar jauh dari apa yang dia fikirkan. Ingatkan Aulia hanya tidak menutup  aurat dengan sempurna sebaliknya Aulia melakukan satu dosa yang lebih besar.
“Lia lupa apa yang selalu mummy dan Mak Bib pesan dengan Lia sebelum keluar rumah? Lia lupa apa yang mummy selalu ingatkan Lia semasa Lia dengan Arul?
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)”
“Lia tak lupa mummy. Lia tak pernah lupa.. Lia minta maaf.”  Ya Allah.. Kalau nak diikutkan hati yang marah memang dia marah sangat dengan Aulia sekarang ini tetapi apabila difikirkan semula tak sampai hati membiarkan Aulia melalui semua ini seorang diri.
“Sudahlah Lia. Mummy nak naik atas jenguk daddy. Lia sabarlah ya. Daddy cuma nak yang terbaik untuk Lia.” Datin Zahrah bangkit meninggalkan Aulia seorang diri di ruang tamu.
“Apa tu Mak Bib?” Mak Bib sembunyi sesuatu dalam tangannya.
“Takde apa-apa Datin. Kertas kosong aje.” Bukan Datin Zahrah tak perasan wajah pucat lesi. Datin Zahrah mendekati Mak Bib. Tangan Mak Bib yang disembunyikan dibelakang badan ditarik perlahan-lahan.
“Apa ni Mak Bib?” Wajah Datin Zahrah terkejut bukan kepalang. “Siapa punya ni?” Datin Zahrah pandang sekeliling. Dia berada dalam bilik Aulia sekarang ni.
“Siapa punya ni Mak Bib?” Mak Bib geleng kepala. Sumpah dia tak tahu siapa punya. Dia kahwin pun tidak takkanlah dia pula yang nak guna benda ni. “Aulia?” Mak Bib ketap bibir.
“Mak bib tak tahu Datin. Mungkin kawan Aulia yang punya.” Wajah Datin Zahrah berubah cemas.
“Mak Bib! Dah tiga minggu ni Mak Bib. Anak siapa ni? Ya Allah.. Mak Bib.” Datin Zahrah mengurut dada.
“Datin.. Datin..” Mak Bib memapah Datin Zahrah yang sudah jatuh terjelopok di atas lantai. Mak Bib membaringkan Datin Zahrah di atas katil Aulia.
“Mak Bib.. Kenapa Aulia tergamak buat saya macam ni Mak Bib. Apa salah saya dalam mendidik Lia? Ya Allah.. Sampai hati Lia.” Air mata Datin Zahrah mulai membasahi pipi.
“Bukan Lia. Kita belum tahu lagi alat ni siapa yang punya. Mungkin kawan Lia, model yang selalu datang di rumah kita tu. Mak Bib yakin Lia takkan buat benda-benda yang tak baik macam ni. Lia tu anak yang baik.” Mak Bib turut mengesat air mata yang mengalir di pipinya.
Kalaulah dia tahu Datin Zahrah akan masuk ke bilik Aulia, cepat-cepat dia buang sampai dalam bakul tu tadi. Akibat terkejut melihat alat penguji kehamilan, Mak Bib sendiri pun terkaku di muka pintu tandas. Akibatnya Datin Zahrah merampas alat itu dari tangannya.
Mak Bib menggelengkan kepalanya. Melihat Aulia yang bersujud di kaki Datuk Rahman sebentar tadi membuatkan hatinya sebak. Dia menjaga Aulia sejak anak itu lahir lagi. Dia yang membesarkan Aulia bersama Datin Zahrah. Dia tahu Aulia takkan tergamak buat semua ini.
Mungkinkah Aulia diperangkap? Atau ada seseorang telah morogol Aulia? Ya Allah, janganlah ada sesiapa yang berniat buruk terhadap Aulia.
Lamunan tentang kejadian petang tadi hilang entah ke mana sebaik sahaja sepasang mata tuanya menagkap sesusuk tubuh Aulia yang bergerak ke tangga.
“Lia..” Aulia yang mahu melangkah naik ke anak tangga pertama berpaling semula. Melihat wajah sedih Mak Bib, Aulia terus menangis.
Tubuh Mak Bib dipeluk erat. “Lia tak buat semua tu Mak Bib.. Lia tak buat.” Mak Bib angguk. Kedua-dua belah pipi Aulia disentuh lembut.
“Pandang Mak Bib. Mak Bib percayakan Lia. Lia anak Mak Bib, Mak Bib tahu anak Mak Bib ni takkan tergamak buat benda macam tu.. Kan?” Aulia bertambah sedih. Satu-satunya insane yang percayakan dia.
“Mak Bib, tolonglah Lia. Lia tak nak kahwin dengan pilihan daddy. Lia tak nak kahwin dengan lelaki yang Lia tak kenal.” Aulia memohon simpati Mak Bib. Mungkin Mak Bib boleh pujuk daddy dia untuk membatalkan hasrat tu.
“Jom kita duduk dekat dapur.” Mak Bib memimpin tangan Aulia ke dapur.
Aulia duduk bersebelah Mak Bib. “Lia, Mak Bib bukan nak masuk campur hal Lia tapi dengar cakap Mak Bib. Walau apapun yang berlaku, jangan jadi anak yang derhaka.”
“Tapi Lia tak salah. Walaupun Lia tak harap anak ni membesar dalam rahim Lia, tapi Lia takkan buang anak ni sebab Lia boleh besarkan dia seorang diri.”
Mak Bib mengiyakan kata Aulia. “Mak Bib faham. Mak Bib yakin Lia boleh besarkan anak Lia tanpa bantuan sesiapa tapi ….”
“Tapi apa Mak Bib? Mak Bib tak yakin dengan Lia?”
Mak Bib menggeleng. “Dengar dulu apa yang Mak Bib nak cakap dengan Lia.” Aulia diam. Air mata yang mengalir deras di pipi dikesat dengan belakang tapak tangannya.
Mak Bib menghela nafas berat. Dia faham apa yang dilalui oleh Aulia sekarang ini. “Mak Bib yakin yang anak Lia boleh membesar dengan sempurna walaupun tanpa suami di sisi Lia tapi Lia pernah tak terfikir apa yang akan jadi kepada anak ni bila dia dah besar? Bila dia tanya mana ayah dia, apa Lia akan cakap dengan dia? Lia.. Lia kena fikir untuk masa depan anak Lia.”
“Lia boleh cakap yang ayah dia dah mati.” Senang pemikiran Aulia. Buat apa nak serabutkan kepala otak dia.
“Lia, semua ni bukan semudah yang Lia sangka. Bila Lia nak daftarkan anak Lia, pendaftar akan minta sijil nikah Lia.. Kalau Lia takde sijil nikah, Lia nak tengok anak Lia berbin kan dengan Abdullah atau Lia nak dia dibinkan dengan nama Lia sendiri?”
Aulia geleng. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahukan. Dia tidak tahu sama ada dia patut berkahwin atau tidak. Bukankah lebih mudah kalau dia melarikan diri ke luar negara dan bersalin di sana. Nanti bila orang tanya cakap ajelah dia kahwin dengan mat salleh.
Aulia menangis lagi. “Kenapa hidup Lia jadi macam ni?”
“Walaupun Mak Bib tak tahu macam mana anak ni wujud dalam rahim Lia tapi jangan mengeluh sayang.. Allah takkan uji hambanya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya itu. Allah tahu Lia kuat untuk hadapi semua ini. Mak Bib yakin Lia pun kuat.”
“Lia tak kuat Mak Bib. Lia dah hampakan harapan daddy. Lia dah malukan  keluarga Lia.”
Shuuuu, takde sesiapa yang tahu Lia mengandung. InsyaAllah kita akan sama-sama jaga rahsia ni.” Ya Allah, inilah yang dinamakan keluarga. Ada pada bila-bila masa tidak kira susah atau senang semuanya sanggup dihadapi bersama.
Aulia tak sangka Mak Bib sangat sayangkan keluarga ini. Walaupun Mak Bib orang luar tetapi Mak Bib melayani semua orang dalam rumah ni macam ahli keluarga sendiri.
“Terima kasih Mak Bib.” Aulia peluk Mak Bib.
“Ingat Lia, Rasulullah s.a.w bersabda dan membawa maksud: Redha Allah bergantung kepada redha ibu ayah. Murka Allah s.w.t bergantung kepada murka kedua ibu dan ayah (Riwayat Al-Hakim). Jadi kalau Lia mahu mendapatkan keredhaan Allah swt dalam hidup ini, Lia kena dapatkan redha dari mummy dan daddy Lia terlebih dahulu. Ikut sajalah cadangan daddy.
“Lia faham. Lia naik dulu Mak Bib.”


p/s : Thanks kepada semua yang sudi tunggu! Ni untuk korang semua sayang-sayang. 
Love,
Sri. 

Monday 9 September 2013

Bab 20 Cinta Tak Akan Berakhir

Azara membetulkan duduknya yang serba tidak kena. Pandang luar salah, pandang depan pun salah. Semuanya nampak canggung dan tidak kena. Kalau ikutkan hati memang dia nak keluar aje dari restoran ini tapi memandangkan Razlan ada bersama terpaksalah dia menunggu. Lagipun sekarang ini dia sudah tidak berani ke mana-mana lagi tanpa Razlan atau ditemani oleh Puan Melati.


“Cantik betul pekerja you. Kalau boleh set kan makan malam I dengan dia mungkin lebih baik.” Azara rasa nafasnya sedikit semput mendengar cadangan daripada Datuk Lukman. Adoi, nak makan malam apa bendanya lagi. Sekarang dah makan tengah hari pun dah kenyang gila!
“Minta maaf Datuk, polisi syarikat kami tiada waktu bekerja selepas pukul 6.00 petang kecuali pekerja sendiri yang mahu berbuat demikian. Jadi agak susah sikit kalau Datuk nak makan malam dengan Azara sebab Azara tak suka bekerja waktu malam.”
Memanglah lega dengan jawapan daripada Razlan tapi kalau Datuk Lukman sendiri yang berkeras takut Razlan mengalah pula. Dia memang tak mahu temankan Datuk Lukman makan malam. Gatal macam apa lagi! Tangan tu macam kena ulat beluncas.
Eh, bukan Razlan kata waktu bekerja selepas pukul 6.00 sekiranya pekerja sendiri yang mahu berbuat demikian ke? Amboi, Razlan memang mengambil kesempatan ketika dia mula-mula bekerja dulu. Tak pernah tanya pendapat dia pun nak kerja lebih mada atau tak. Main arah aje.
“Macam mana Zara, you sudi tak makan malam dengan I malam ni?”
Nah! Direct soalan dari Datuk Lukman.
“Saya minta maaf Datuk, malam ni saya dah ada janji dengan tunang saya nak makan malam bersama.” Bibir mengukir senyuman paling manis.
Razlan menjeling ke arah Azara. Tunang? Amboi, sekali petik tunang terus!
Atau Azara memang betul-betul ada tunang? Razlan telan air liur. Dia tak pernah tanya langsung pasal Azara. Memang dia tidak tahu sama ada gadis cantik di sisinya ini sudah berpunya atau masih lagi sendirian.
“Oh, tak sangka pula you dah bertunang sebab I tengok jari you masih kosong.”
Azara mengalih pandangan mata ke jarinya. Memang masih kosong. “Saya tanggalkan cincin masa mandi semalam. Terlupa nak sarung semula.”
Datuk Lukman mengangguk faham. Dia memang gatal tapi lebih seronok kalau menggatal dengan si jelita yang masih bujang. Tak sanggup kalau muka kacak dia kena pukul dengan lelaki lain nanti.
“Bila nak kahwin?”
Jari naik menyentuh hujung hidung mancungnya. Banyak pula soalan Datuk Lukman ni. Kan keluar ni sebab nak bincang pasal projek, apa pula sembang pasal dia sekarang ini. Langsung tidak ada kaitan. Tak suka!
Sorry lah kalau I nampak macam menyibuk sikit. Bertuah lelaki yang dapat kahwin dengan wanita jelita macam you.” Bibir hitam Datuk Lukman senyum segaris. Hampa juga bila mengetahui bahawa Azara sudah berpunya.
“Apa yang bertuahnya Datuk, saya pun manusia biasa juga, tiada apa yang istimewa pun.”
Hati Razlan mula dicuit dengan perasaan cemburu. Nampak mesra pula Azara dengan Datuk Lukman. Bukan dia tidak kenal dengan Datuk tua ini, gatal dan suka mengusung perempuan ke bilik tidur. Isteri dah tiga tapi masih lagi tidak mampu mengikis sikap gatal dan miang. Sepatutnya di usia seperti ini Datuk Lukman sudah mendekatkan diri dengan yang Maha Esa. Ini tidak, rumah kata pergi kubur kata mari pun masih lagi terkinja-kinja di dunia yang fana ini.
So Datuk, macam mana dengan projek kita ni? Jadi atau Datuk masih nak fikir lagi?”
“Apa pendapat you Zara? You rasa I patut teruskan dengan projek ini atau tak?”
Azara kerling wajah Razlan. Adoi, pasti lelaki ini bengang dengan dia. Datuk Lukman ni pun satu, kenapa tanya pendapat dia pula. Bukankah lelaki itu sudah pun berkali-kali berurusan dengan syarikat Encik Latif, takkanlah masih lagi meragui cara Razlan bekerja?
“Datuk tak suka dengan cara Tuan Razlan kendalikan projek ke?”
Mata Razlan mencerlung memandang wajah Azara. Amboi, mulut! Nak kena cili ke Azara ni? Berani Azara nak mempertikaikan cara dia bekerja?
“Tak, bukan itu maksud I.. Apa pendapat you tentang projek ini?”
Mulut Azara berubah menjadi bentuk O. Pasal projek ingatkan pasal cara kerja Razlan. “Kalau pasal projek ni saya setuju sangatlah kalau Datuk melibatkan diri. Bukan apa, projek ni memang sesuai sangat dengan Datuk sebab apa yang saya nampak Datuk ni memang seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak. Mungkin sebab Datuk belum ada cucu.”
Razlan rasa tawanya mahu terhambur keluar. Berani Azara cakap pasal cucu? Memang dia masih belum kenal dengan Datuk Lukman ni. Hidup pun nak seronok aje, apa pula nak ada cucu.
You cakap I tua ke Zara?”
Azara segera menggeleng. “Tak, bukan macam tu Datuk.. Bila saya tengok muka Datuk saya memang nampak ada satu sisi penyayang yang ada dalam diri Datuk. Jadi saya yakin anak-anak yatim mesti sukakan Datuk.”
Azara berhenti seketika. Nafas ditarik perlahan. Dia yakin Datuk Lukman masih mempunyai secebis hati yang bersih dan baik. “Hidup kita tak panjang Datuk, belum tentu yang tua akan mati dahulu sebelum yang muda. Datuk ada banyak harta dan peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah swt. Mungkin dengan projek ini Datuk akan lebih dekat dengan Allah, siapa tahu.. kan?”
You pandai berkata-kata, Azara. Bagus betul you ada pekerja macam ni Raz.”
Azara menggeleng. “Saya bukan sesiapa untuk memberikan nasihat tapi ini hanya pandangan kerdil saya sahaja. Sedekah adalah amal jariah yang takkan pernah putus di akhirat kelak. Saya yakin yang Datuk sendiri sudah banyak memberikan sumbangan amal kepada pelbagai majlis.”
Datuk Lukman mengangguk beberapa kali. Kata-kata lembut Azara menikam sehingga ke dasar hati. Selama ini dia membuat amal kebajikan kerana duitnya yang terlalu banyak bukan kerana Allah swt.
So, Encik Razlan.. I setuju dengan projek kita kali ini. semoga usaha sama kita akan berjaya. Ini projek amal julung kali yang terbesar pernah I libatkan diri.”
Razlan senyum mekar. Bravo Azara!

Thanks Datuk. Semoga usaha sama kita akan berterusan.” Razalan berjabat tangan dengan Datuk Lukman. Bibir tidak lekang mengukir senyuman. Bangga dengan Azara!


“Tak sangka you ni pandai pujuk orang ya.” Porsche Cayman berwarna hitam gah mencelah di celah-celah kenderaan yang banyak. Mesti orang dah nak masuk kerja semula sebab tu banyak kereta di atas jalan raya.
“Mungkin Datuk Lukman sendiri memang berminat dengan projek ini. Saya hanya bagi pandangan aje pun.” Kepala ditoleh sedikit memandang ke arah Razlan yang sedang tekun memandu.
“Mungkin you memang pandai manipulasi orang kot?”
Bibir tergelak kecil. Dia pandai manipulasi orang? Alahai, siapa yang dia boleh manipulasi. Kawan pun tak ramai. “Mana ada. Tuan ni merepek aje.”
“Siapa tunang you?”
Spontan bibir Azara ketawa kuat. “Saya main-main aje tadi.. Tak sangka Datuk Lukman percaya. Nasib baik dia percaya, kalau tak saya kena teman dia dinner malam ni. Tak naklah saya!”
“I takkan izinkan you keluar dengan dia pun..”
Mendengar jawapan Razlan, Azara berasa lega. Sekurang-kurangnya Razlan tidak membiarkan dia keluar dengan sembarangan lelaki. Baguslah kalau macam tu.
I nak keluar kejap lagi. Nanti I drop you di bawah aje, boleh?” Razlan toleh sedikit ke arah Azara yang masih ralit memandang wajahnya.
Sure.”
“Janganlah pandang muka I tak nak lepas.. Tahulah I ni kacak pun.”
Azara mencebik. Menyampah! Suka perasan bos dia ni.
Telefon bimbit Azara yang berteriak memaksa Azara mengeluarkan telefon dari beg tangannya. ‘Izreen!’ Apa yang kakak dia nak sekarang ni? Tak pernah-pernah kakak dia menelefon dia ketika ini sebelum ini.
Iphone 5 digenggam kemas di dalam tangan. Sumpah malas nak menjawab panggilan telefon kakak dia. Nak cakap apa? Bergaduh depan Razlan? Buat malu aje kalau Razlan dengar dia bertekak dengan kakak dia sekarang ini.
“Kenapa tak jawab call tu?”
Wajah Razlan di cari dengan anak matanya. “Takde apa-apa yang penting pun, malas nak jawab.”
Family?”
Azara menggeleng.
“Bekas kekasih?”
Sekali lagi anak mata Azara melekap di wajah Razlan. “Bukan. Orang lain.”
Melihat Azara yang tidak berminat untuk berbual tentang panggilan misteri itu, Razlan mendiamkan diri. Lantaklah. Tak mahu cakap sudah. Bukan dia rugi apa-apa pun.
Panggilan telefon daripada Izreen sekali lagi berbunyi. Azara mula rimas. Sampai dua kali telefon dia, ada apa hal yang penting sangat ni? Kalau setakat nak menjerit dalam telefon malas dia nak layan.
Tet! Tet!
Ha, hantar mesej pula.
‘Kau ni pekak ke aku call tak tahu nak jawab? Bodoh!’
Ya Allah, sabar ajelah dengan sikap Izreen ni. Main ikut sedap mulut dia aje nak mengata! Suka hati dia je nak panggil Azara bodoh. Izreen tu pandai sangat ke? Ergh!
Telefon bimbit sekali lagi berbunyi. Bingit!
Jari runcing Azara menekan butang ‘padam’ pada telefon bimbitnya. Puas hati!
“Marah betul you dengan caller tu eh?”
“Kenapa Tuan cakap macam tu?” Soal Azara tanpa memandang wajah Razlan. Macamlah Razlan tahu siapa pemanggil tadi. Menyibuk aje!
“Berkali-kali I tengok dia call you tapi langsung you tak jawab pun.”
“Malas nak jawab sebab takde apa yang penting. Pemanggil tu pun bukannya penting pun.” Azara menyelak rambut yang jatuh ke dahi ke belakang telinga.
“Kalau tak penting takkan dia call you banyak kali?”
“Saya dah cakap takde apa yang penting pun. Sejak bila pula Tuan sibuk sangat pasal hal saya ni?” Suara Azara mula meninggi sedikit. Dah la dia rimas dengan Izreen, sekarang ni Razlan pula macam sengaja nak cari pasal dengan dia.
Memang sengaja nak cari nahaslah nampak gayanya! Memang dia tak boleh nak bertolak-ansur lagi kalau pasal Izreen. Rasanya dia dah banyak kali kena sound dengan Encik Idris kes Izreen dengan Zakri. Ei, lama-lama jadi meluat pula dengan Zakri ni!
I memang suka sibuk pasal you sebab I nak sibuk pasal you.”
“Tak perlu sibuk pasal saya.” Tajam jelingan Azara kepada Razlan.
Sudahnya Razlan mendiamkan diri. Garang betul Azara hari ini. Adalah tu yang tak kena di mana-mana. Period agaknya.
Kereta Porsche Cayman berhenti betul-betul di depan pintu masuk utama. Janganlah dia terserempak dengan sesiapa sehingga dia sampai ke tingkat tiga belas. Memang tak sangguplagi dah telinga dia nak menadah dengan pelbagai gosip liar di syarikat. Cakaplah apa pun macamlah dorang tu semua nak percaya.
“Petang nanti I jemput you dekat bawah.” Azara mengangguk dan terus melangkah keluar dari perut kereta mewah itu.


“Azara.” Bibir mengukir senyuman kepada lelaki yang menghulur tangan kepadanya. Firdaus jongket bahu apabila Azara tidak menyambut huluran tangannya.
“Firdaus, kawan baik Razlan. Maksud I sangat baik.”

Sekali lagi bibir Azara mengukir senyuman. “Maksudnya Encik Firdaus tahu semua rahsia Raz?”
Bibir Firdaus melepaskan satu tawa halus. Skema benar Azara ni sampai membahasakan dia sebagai Encik Firdaus. “Abang Firdaus. I am twenty eight. Tua daripada you, kan?”
Azara angguk mengiyakan soalan Firdaus. “Zara dua puluh enam.”
“Kalau macam tu baguslah. You must call me Abang Firdaus.” Firdaus menekankan perkataan must. Jatuh tahap wajib tu.
Razlan mencebik. Gatal! Nak pancing Azara lah tu. “Kau jangan nak gedik sangat eh Daus. Abang Firdaus konon! Blah la..” Bahu Firdaus ditumbuk perlahan oleh Razlan. Geli aje nak bahasakan diri sebagai abang dengan perempuan lain. Ew.
“Jangan layan sangat Razlan ni Zara, dia memang selalu dengki dengan abang. Zara just panggil abang dengan panggilan abang aje. Boleh?”
Azara menjeling sedikit kepada Razlan. Dia tahu lelaki itu tidak suka tapi kalau dia panggil Firdaus dengan panggilan encik macam skema sangat aje, kalau panggil awak macam pelik pula sebab baru kenal.. Abang? Ish tak macam gedik ke?
“Zara fikir apa ni? Tak suka ke kalau ada abang macam Abang Firdaus?”
Razlan mengetap giginya.Amboi, gatal betul Firdaus ni. Dah berkali-kali dia warning dengan Firdaus jangan menggatal dengan Azara, tak sangka kawan baik dia ni nak juga menggatal dengan wanita jelita ini. ish!
“Kau jangan nak lebih-lebih eh Daus. Gatal!”
Firdaus menghamburkan tawanya. Nampak sangat Razlan cemburu. “Jeles ke?”
Rona wajah Razlan mula berubah. “Nonsense.”
Ah, kenapa Azara nak tersentap pula. Memang pun sejak dulu lagi Razlan tak pernah sukakan dia. Razlan dengan dia hanya kawan di luar dan majikan di pejabat. Azara, jangan bermain dengan api. Kau belum kenal siapa Razlan.
“Abang kerja di mana?”
Pandangan mata Firdaus serta-merta terhala ke wajah Azara. Tawa yang galak tadi serta-merta terhenti. Tak percaya dengan panggilan yang terbit dari bibir wanita jelita yang duduk di sisi Razlan. Silih berganti wajah Azara dengan wajah Razlan. Oh kawan, sorry!
“Abang kerja dengan Panasonic. Zara suka kerja dengan Alan ni?”
Azara menggigit bibir bawahnya sedikit. Dia bukan suka sangat nak panggil Firdaus dengan panggilan abang tapi sebab geram dengan Razlan dia panggil ajelah. Sengaja mahu melihat reaksi lelaki itu.
“Suka kerja dengan Encik Latif sebab dia baik. Zara memang pernah kerja dengan Encik Latif sebelum Zara pergi Amerika dulu.” Firdaus mengangguk kecil. Mata di arah sedikit ke arah Razlan. Mencuka bukan main lagi muka Razlan.
“Encik Latif dengan Alan siapa lagi best?”
Amboi, soalan cepu emas daripada Firdaus ni. Sengaja nak kenakan dia depan Razlan ke?
“Zara?” Zara angkat kening dengan panggilan Firdaus.
“Haa, I pun nak tahu jugak yang mana lagi seronok you bekerja? I dengan papa I?”
Gigi putih melepak ditayangkan kepada Razlan dan Firdaus. “Dua-dua best. Zara tak kisah pun dengan siapa Zara bekerja asalkan bos Zara tu layan semua pekerja dengan baik.”
Good answer. Boleh abang tanya pasal diri Zara?”
Fuh.. Selamat tak tanya pasal kerja lagi dah. Tanyalah apa sahaja tentang diri dia asalkan bukan tentang Izreen. Ewah! Macamlah Firdaus tahu yang kakak dia ialah Izreen dan macamlah Firdaus kenal siapa Izreen.
“Boleh. Ask me anything. Kalau Zara boleh jawab Zara jawab.”
Firdaus sengih. “Zara ada berapa adik-beradik?”
“Dua aje. Zara ada kakak.”
“Kakak you kerja dekat mana?” Eh, menyibuk aje Razlan ni nak tahu pasal kakak dia pula.
“Kerja dengan abah saya.”
“Kenapa Zara tak kerja dengan keluarga Zara?”
Pandangan mata Azara menikam wajah Firdaus. Dia tidak sukakan soalan ini. Dia tidak suka jika ada orang luar mahu mengambil tahu tentang hal keluarga dia. Memang dia malas sangat-sangat nak berbual tentang abah dan Izreen. Kalau pasal Puan Nona boleh.
“Saja nak timba pengalaman sendiri. Lagipun Zara memang suka hidup sendiri.”
“Bukan sebab you buang keluarga you?”
Kening Azara berkerut seperti mahu bercantum. Bila masa pula dia buang keluarga dia? Merepek aje Razlan ni. “Saya tak pernah buang keluarga saya. Saya memang suka hidup sendiri sejak dulu lagi.” Azara membela diri.
“Kau ni Alan, tak baik tuduh Zara macam tu. Aku tengok Zara ni baik aje orangnya, kau ni…”  Firdaus kurang senang dengan cara Razlan menuduh Azara yang bukan-bukan. Main sedap mulut aje bila bercakap.
“Zara dah ada buah hati?”
Teh tarik yang baru melalui rongga trakea seperti mahu keluar melalui rongga hidung! Gila soalan straight to the point. Memang jenis yang tulus dan jujur betul Firdaus ni.
Soalan Firdaus hanya dijawab dengan senyuman oleh Azara.
“Dah la kau makan cepat capati kau tu. Aku punya mee goreng mamak sepinggan ni pun dah habis. Kau tu cakap tak henti-henti sejak tadi..” Razlan menepuk perlahan meja kayu di hadapan mereka.
Sibuk aje Firdaus ni nak ambil tahu pasal Razlan. Ei, memang penyibuk tahap dewa ni!
“Aku tengah makanlah ni. Makan sambil berbual dengan Zara. Kau makan tak bercakap-cakap sebab tu habis.”
You tu makan cepat sikit, I nak balik rumah mama malam ni. Nanti balik lambat sangat mama risau pulak!”
Firdaus menahan gelak. Sejak bila pula Puan Sofiah pandai membebel kalau Razlan balik lewat? Tak pernah pula dia dengar Puan Sofiah membebel. Takkanlah sejak dua menjak ni Puan Sofiah dah jadi kaki bebel pula?
“Makanlah kau tu Daus, tak payah nak tenung muka kacak aku ni!”
“Perasan!” Firdaus tergelak kecil melihat Azara terkial-kial menyuap mee goreng mamak ke dalam mulutnya.
Pinggan plastik berwarna biru cair ditarik kasar oleh Razlan. Azara tercengang-cengang. Tak sopan betul Razlan ni.. Dia tengah makan boleh Razlan ambil pinggan dia?
Selamba mee goreng mamak itu disuap ke dalam mulut sendiri. “Kalau tak suka cakap ajelah, tak payah nak diam.”
Razlan tak tanya pun dia nak makan apa tadi, main order aje. tup-tup sampai mee goreng mamak dua pinggan atas meja. Takkan dia nak cakap tak nak kot? Nak kena jerkah dengan Razlan depan orang ramai ni? Tak kuasa dia!
You tak suka mee goreng mamak kan?”
Azara angguk. Macam mana Razlan tahu dia tak suka mee goreng? Melihat Razlan sudah menghabiskan suku daripada mee dalam pinggan itu, hati Azara bersorak riang. Yahooo, tak perlu paksa habiskan mee goreng tadi. Lega!

p/s: Kepada semua minta maaf lagi sebab Sri lambat up entry baru. Maaf. Maaf.. Saya sangat sibuk sekarang ini. Tengah tulis manuskrip CTAB ni laju-laju tapi seminggu dapat la siap 1 atau 2 bab.. Memang takde masa nak menulis sebab banyak kerja tertangguh dan banyak sangat kerja nak kena siapkan. Tak sabarnya nak hujung tahun. Tolong.. tolong. Saya perlukan cuti. :(
Terima kasih yg tak terhingga kepada yang sudi baca, komen dan say hai hai. Thanks a lot! Maaf kalau Sri takde reply komen korang semua.. Baca tapi tak sempat nak reply. Kalau reply pun lama sangat baru reply. Sobs. Jangan marah ye korang-korang semua.
KPI dan ADDS nanti bila Sri ada masa Sri up entry baru ye. *Janjiku ini bukan janji palsu tapi ku tiada masaa. Sobs.*