Saturday 29 June 2013

Bab 9 Cinta Tak Akan Berakhir


Hey, where the hell are you? Ingat I tunggul ke nak tunggu you dekat bawah ni?!” Tersentak hati Azara di jerkah orang Razlan. Tak pasal-pasal. Apa salah dia?

“Sekejap… saya baru lepas mandi.”

What?!”

Adoi, cair tahi telinga dia kena jerkah macam ni dengan Razlan.

“Sekejap lagi saya turun. Kejap aje.” Telefon dicampak ke atas katil.

Azara menarik sehelai dress tanpa lengan separas lutut berwarna biru lembut dan segera disarungkan ke tubuhnya. Rambut disikat dengan jari dan dibiarkan lepas ke belakang. 

Gincu bibir Revlon berwarna merah jambu dioles laju ke bibir. Ya Allah, kenapalah Razlan dah sampai. Kalau lewat lagi lima minit memang dia sempat nak bersolek elok-elok, ni main tempek bedak dan lipstik aje.

Eye shadow memang tak sempat nak pakai lagi dah. Kalau tonyoh juga benda alah tu pada mata dia memang mampus kena tempik lagi sekali dengan Razlan. Perfume Hypnose disembur laju ke tubuhnya. Lantaklah wangi ke terlebih wangi ke.. Tak kuasa nak layan!

Azara terkocoh-kocoh menarik sepasang kasut bertumit tinggi dari almari kasut dan dihempas ke lantai bumi. Pagi-pagi lagi dah kena marah dengan Razlan. Pembunuh mood orang betullah Razlan ni.

Punat lif ditekan berkali-kali. Cepatlah sikit lif ni pun. Masa orang tengah kalut ni lah nak buat lembab! Selalu belum apa lagi dah terbuka pintu lif ni.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Azara melangkah masuk ke dalam perut lif. Janganlah Razlan menelefon dia lagi untuk kali yang ke sepuluh. Kan dah cakap bagi dia lima belas minit, takkan tak boleh sabar sikit. Sikit je.. itu pun susah ke?



Melihat Porsche Cayman yang sudah tersedia menunggu dia, kaki Azara melangkah laju menuju ke arah kereta.


“Maaf, saya lambat sikit.”

“Sikit you cakap? 20 minutes tau I tunggu macam orang bodoh dekat bawah ni you cakap lambat sikit? Ikutkan hati I nak je I tinggal you tadi!” Azara buat bodoh dengan tempikan Razlan.

Bola matanya segera mencari wajah Razlan. Nak tinggal dia? “Habis kenapa Tuan tak tinggal aje saya tadi?”
Nah, terkeluar pun ayat ni. Baru puas hati dia!

“Kesian, nanti you terhegeh-hegeh pula cari peluang I keluar dengan I.”

Azara mencebik. Perasan! Tolonglah sikit, siapa yang terhegeh-hegeh pada siapa sekarang ni? Hee, tak faham betullah dia dengan sikap Razlan ni. Entah apa yang lelaki ni nak pun tak tahulah.

Kereta mewah itu berdecit meninggalkan kawasan perumahan Azara. “Banyak duit you ya boleh tinggal di kawasan rumah mewah macam ni.”

“Kenapa tak boleh ke kalau orang macam saya nak tinggal di sini?” Memanglah gaji dia tak sampai lima angka macam gaji Razlan atau silap-silap mencecah enam angka tapi itu tidak bererti dia tidak mempunyai duit!

Razlan membuat mulut berbentuk O. “Siapa taja?”

Wajah Azara serta-merta berubah. Razlan berfikir yang bukan-bukan tentang dia ke? Ish, siapalah yang nak taja hidup dia kalau bukan mak dan abah. Duit dalam akaun tu semua duit mak dan abah selepas tolak duit dia. “Abah saya taja duduk dekat sini. Abah saya yang kaya bukan saya yang kaya. Tuan jangan salah faham pula.” Azara membetulkan persepsi Razlan terhadap dia.


Razlan mengangguk. Tidak berminat dengan cerita keluarga Azara. Langsung tidak berminat! Dia berminat tentang sesuatu yang lain tentang Azara, bukan keluarga Azara.

“Awal you tidur malam tadi.”

Azara membulatkan matanya. Wah, macam mana Razlan tahu?

Perasan akan riak terkejut di wajah Azara Razlan bersuara lagi. “Kawan you Hanis tu tak sampaikan pesan I ke?”

“Macam mana Tuan tahu pasal Hanis?”

“Azara, I called you last night. I pesan pada kawan you suruh tunggu I pukul 7.30 pagi. Tak dapat pesanan?” Azara pantas menggelengkan kepalanya. Hanis tak cakap apa-apa pun sebelum balik semalam.

“Betul ke Tuan call saya?” Azara menyoal tidak percaya. Dia tak sedar pun bila telefon bimbit dia berbunyi.

“Cuba you check calls log. Ada tak panggilan daripada I malam semalam pukul 11 lebih.”

Tangan pantas menyeluk beg tangan Balenciaga kesayangan. Iphone 5 segera di tarik keluar. Mata membulat besar macam nak tersembul. “Sorry, saya tak tahu Tuan call saya semalam. Tak sedar pula.”

“Kawan you yang jawab panggilan tu, I dah suruh dia pesan pada you I ambil you pukul 7.30 pagi ni. Tak sangka pukul 7.50 baru you terhegeh-hegeh nak turun.” Azara membiarkan perkataan tehegeh-hegeh berlalu tanpa singgah di hatinya.

Sorry.. Kalau saya tahu saya siap awal-awal tadi.” Azara bersuara perlahan. Rasa bersalah pada Razlan. Sungguh dia memang tak tahu langsung!

Tangan segera menaip WhatsApp kepada Hanis.

Kenapa tak cakap dengan aku yang Tuan Razlan
suruh aku turun pukul 7.30 pagi? – Hantar.

Tet! Tet! WhatsApp dibalas oleh Hanis.

(Tepuk dahi). Zara my darling, aku terlupa. So sorry!
Razlan marah kau ke?

Azara mengetap bibirnya geram. Tunggu lagi tak marah, siap kena jerkah lagi tau! Ei, geramnya dia dengan Hanis.

Tak marah pun, dia siap suruh aku turun lambat lagi. Sanggup tunggu aku lama-lama lagi.
Rasa nak cucuk perut kau aje sekarang ni! – Hantar.

Tangan menggenggam erat Iphone di tangan. Hanis ni memang nak kena cekik dengan dia tau! Tak pasal-pasal kena marah dan kena jeling maut dek Razlan sebab dia lambat dua puluh minit. Maunya tak lambat kalau sempat makan roti bakar dan milo segelas. Memanglah kena menikmati saat-saat bersama rezeki di depan mata sambil menyelak majalah Pengantin keluaran terbaru.

Tet! Tet! Sekali lagi tangan menggesek pada permukaan telefon bimbit.

Great to hear that guy tak marah. Jangan lupa senyum dan goda bos kau okay.
Aku doakan kau berjaya!
Love u Zara.

Azara menamatkan perbualannya dengan Hanis di WhatsApp. Dah mula masuk bab merepek dah si Hanis ni. Malas nak layan lagi dah.

Pandangan mata dibuang ke arah luar tingkap.

“Dah habis mesej dengan kawan you tu?”

“Hah?” Azara menoleh memandang Razlan yang sedang memandu. Gila kacak Razlan hari ini. sumpah kacak gila dengan baju t-shirt dan seluar jeans. Kata ada majlis keraian, takkan pakai baju t-shirt Pola hijau lumut macam ini aje kot?

Kemudian memandang dirinya. Nasib baiklah tak pakai baju kebaya tadi. Kalau pakai kebaya memang buat malu aje nak berjalan dengan Razlan yang nampak santai hari ini.

“Apa kawan you cakap?”

“Oh, takde apa pun.. Dia mintaa maaf sebab terlupa nak inform pada saya pasal pesanan Tuan tu.”
“Dia tinggal dengan you ke?”

“Eh, tak adalah.. Dia tinggal dengan suami dia la. Saya tinggal sendiri.”

I see. You duduk sorang di rumah tu?” Azara mengangguk mengiyakan soalan Razlan. “Tak takut ke?”

Ramahnya Razlan. Ni Razlan ke ni? Kening berkerut memikirkan sikap lelaki yang selalu mengherdik dia di pejabat dengan lelaki yang duduk di sebelah dia ketika ini.

“Azara.. I bercakap dengan you, please jangan berangan!” Razlan menoleh sedikit ke arah Azara yang nampak comel dengan gaun separas lututnya. Comel sangat!

“Ah.. ya. Ya. Sorry. Apa Tuan tanya tadi?”

Razlan tergelak kecil. Kadang-kadang sikap takut-takut Azara ni comel juga. “I tanya you tinggal seorang diri kat rumah tu tak takut ke?”

“Tak adalah. Nak takut apanya..?”

“Tak takut hantu?”

Azara tesentak dengan perkataan hantu yang terkeluar dari bibir Razlan. Tak pernah terfikir pun dan tak pernah jumpa. “Belum pernah jumpa lagi setakat ini. Tak takut kot..”

“Wah, cakap besar nampaknya.”

“Bukan cakap besar tapi malaslah fikir. Saya tak percaya pun pasal hantu-hantu ni Tuan. Lagi pun hantu tu pun makhluk Allah juga..” Azara memberikan penjelasan tentang kata-katanya.

Okay.”

Wajah Razlan kembali serius memandang jalan raya. Azara mengeluh kecil. Ingatkan boleh berbual santai dengan lelaki ini rupanya emo tak kena gaya. Haish..

“Boleh saya tanya Tuan sikit?”

“Apa dia?” Nada suara Razlan tidak menunjukkan yang dia minat berbual dengan Azara.

“Kita nak meraikan apa ya?”

“Anak yatim.” Ish, memanglah anak yatim tapi sempena apa? Urusan siapa, syarikat atau persendirian?

“Syarikat kita ke yang meraikan mereka, Tuan?”

“Boleh tak diam dan ikut aje?” Sudahnya Azara mengunci rapat bibirnya. Tadi Razlan juga yang ajak dia berbual sekarang ni Razlan pula yang nak angin satu badan. Apa kes mamat ni. Meroyan!

Heee, ikutkan hati nak aje dia cubit-cubit mulut Razlan. Suka hati nak marah, maki-hamun, hedik dia, lepas tu suka hati juga ajak dia berbual dan sekarang suruh dia senyap pula? Tak faham betul dengan sikap lelaki pelik bernama Adib Razlan ni! Pelik yang amat sangat.

Bosan dengan suasana dalam kereta yang sunyi sepi, Azara mula menguap. Matanya dah mula nak terpejam semula. Ini baru dua puluh lima minit kereta bergerak ni.. Dia perlu tunggu lagi sejam lebih untuk sampai ke Melaka.

Matanya mengerling ke arah meter kereta. 140 km/j? Mungkin tak sampai satu jam lagi kot dia perlu bertahan sebelum sampai ke Melaka. Razlan ni tak takut kena speed trap ke?

“Tuan tak boleh bawa slow sikit ke?” Sebenarnya kecut perut juga melihat meter yang asyik bergerak 140 km/j dan kadang-kadang jarum meter bergerak sehingga 150 km/j. Rasa nak melayang nyawa ni. Dia nak pecut 120 km/j pun rasa seriau aje.

“Takut ke?”

Azara menggeleng apabila Razlan menoleh sekilas ke arah dia. “Bukan takut cuma berhati-hati dijalan raya tu kan penting.. Tuan kejar masa ke?”

“Tak pun..”

Sumpah rasa nak menangis! Kalau tak kejar masa kenapa nak bawa laju-laju!

“Kalau tak kejar masa tak perlulah laju sangat.”

You takut ke?”

“Tak.. Bukan saya takut tapi saya tak suka orang bawa kereta laju-laju sebab bahaya.”

Jadi Azara tak suka dia bawa laju? Dia suka buat benda yang Azara tak suka sebab itu satu cabaran kepada dia. Makin banyak perkara Azara tak suka, semakin dia mahu menyakat Azara.

Meter kereta mula bergerak ke nombor 160 km/j. Azara mula berisghtifar dalam hati. Kenapa Razlan nak main-main dengan dia ni. Takkan tegur sikit pun dah terasa kot? Bos apa kalau tak boleh nak terima kritikan dan teguran orang bawahan ni!

“Tuan..”

Azara nampak Razlan buat tak tahu. Saja nak sakitkan hati dia! Azara pejam mata sambil tangannya erat menggenggam tali pinggang keledar. Tawakal ajelah.

“Dah sampai. Jom turun.” Pelahan-lahan mata dibuka. Terasa pening pula sekarang ini. Mungkin sebab dia pejam mata dengan kepala otak yang tertekan kot sebab tu pening.

Perlahan-lahan pintu kereta ditolak keluar. Peningnya kepala dia sekarang ni! Ini semua sebab Razlan yang menyelit sana sini lepas tu tekan brek macam orang gila. Dia kecut perut sampai rasa nak muntah!

Tubuh cuba berdiri tegak di sebelah kereta mewah Razlan. Memerhati keadaan sekeliling. Avillion Hotel? Buat apa datang hotel?

“Kita nak ke mana ni?”

“Hotel.”

Thud!

Azara kelam-kabut. Apa yang Razlan cuba buat dengan dia? Kenapa mereka datang ke hotal mewah ini? Razlan ada niat yang tidak baik kepada dia? Kalau ada siaplah Razlan, dia sepak Razlan dengan kasut tumit tinggi dia ni.

“Buat apa dekat sini?”

You rasa orang datang hotel buat apa?” Rahang gigi rasa nak terburai ke tanah. Orang datang hotel buat apa? Takkan Razlan maksudkan yang mereka berdua aan bermadu asmara di sini? Oh, gila! Mak dah pesan dengan dia jangan buat hal yang tak elok.

Kalau mak tak pesan sekalipun dia takkan buat. Dia tahu halal dan haram. Takkanlah dia nak buat perkara tak senonoh dengan bos sendiri. Dia orang kepercayaan Encik Latif, jadi tak mungkin dia akan hancurkan kepercayaan yang Encik Latif berikan kepada dia.

Kepala memang tak bertutup tapi tak bermakna dia liar! Pakaian dia selama ini pun tidaklah terlalu teruk. sekali-sekala pakai skirt pendek memang dia buat juga.  Kalau ikutkan Izreen lagi dahsyat dalam cara berpakaian.

“Shall we?” Pertanyaan Razlan mengembalikan Azara ke dunia nyata. Suasana tempat letak kereta ini nampak seperti meriah. Ramainya orang di sini pada hujung minggu! Penuh kereta di tempat letak kereta.

“Tuan, saya tak main-main dengan Tuan. Please jangan main-main dengan saya. Saya tak suka.”

“Kalau I suka, you nak buat apa?” Razlan menapak mendekati Azara yang sudah mula gelabah. Nampak sangat muka tu pucat lesi. Kalau toreh pun mungkin tak berdarah sekarang ini.

Azara masih berdiri kaku di sebelah pintu penumpang.

“Jom.” Tangan Azara ditarik supaya mengikut dia.

“Tak nak!”

“Azara, jangan bagi I naik angin dengan you. Jom cepat!”

Azara menarik tangannya yang dipegang oleh Razlan. Suka hati aje Razlan nak pegang tangan dia buat apa?

“Tuan masuklah sorang, saya tak nak masuk. Saya tunggu Tuan dia luar.”

Razlan tergelak besar, “Apa I nak buat kalau I masuk sorang-sorang? I need you to help me.”

Azara rasa nak tampar muka Razlan. Kurang ajar betul! Apa Razlan ingat dia perempuan murahan ke?

“Tuan boleh masuk sorang diri. Saya boleh tunggu Tuan sampai Tuan selesai.”

Tak kuasa dia nak menurut arahan bos dia yang gila dan tak betul ni. Kali ini dia perlu ingkar arahan Puan Nona. Memanglah kena ikut semua arahan bos tapi kalau sampai kena layan bos ke katil dia tak sanggup. Dia ada maruah diri yang perlu dia jaga.

I want you to come with me Azara.” Perlahan suara Razlan berbisik di telinga Azara.

 “Tuan.. Tak nak!”

Just walk and keep quite!” Sekali lagi Razlan menarik tangan Azara. Kali ini lebih kuat untuk memaksa Azara bergerak mengikut kehendak dia.

“Kalau saya bising juga Tuan nak buat apa? Paksa juga saya masuk hotel dengan Tuan?”
“I will kiss you here.”

Azara berhenti melangkah. Mengeraskan dirinya di depan pintu utama Hotel Avillion. Apa Razlan ni. “Please behave.” Tegas suara Azara mengingatkan bosnya. Dia sangat menghormati Razlan tapi bukan dengan cara ini untuk dia menunjukkan tahap hormatnya pada Razlan.

“I am. So now you nak berjalan masuk sendiri atau nak I dukung you masuk?” Azara mula rimas dengan sikap Razlan. Apa kes memat gila ni! Kata nak meraikan anak yatim mana anak yatimnya?

Azara menjeling. Duh! Sah dia kena tipu!

“Jom!” Razlan menarik sedikit kuat pergelangan tangan Azara supaya bergerak. Keras kepada sangat Azara ni, kena paksa baru dia buat. Kalau berlembut aje dengan perempuan macam ni memang naik lemak.

Azara rasa mahu menangis. Kali ini dia dah tersilap langkah. Rupanya Razlan ni bukan sahaja sombong tapi lebih teruk daripada itu!


Tuesday 25 June 2013

Bab 8 Cinta Tak Akan Berakhir


Lemah longlai Azara melabuhkan punggungnya di sofa rumah. Sekejap aje dah hari Jumaat. Esok dah kena temankan Razlan ke Melaka untuk majlis meraikan anak yatim. Ish, majlis apa la esok. Nak pakai baju apa pun belum fikir lagi.

“Hoi, termenung apa?!”


Pantas mata Azara melekat pada tangan Hanis yang menampar kuat pehanya. “Sakitlah, gila!”

“Eleh, tampar sikit pun dah sakit. manja!”

Anak mata Azara melekap tajam menikam wajah Hanis. “Kau tengok tangan kau yang berisi, gemuk-gemuk ni… Kau cakap aku tampar sikit pun sakit? Itu tampar peha, kalau kena muka mau tersembam aku di lantai tu, tahu?” Jari telunjuk lurus menunjukkan lantai di depan mereka yang dilapisi dengan sehelai permaidani berwarna coklat gelap.

Hanis tergelak besar. Tangannya di angkat ke depan muka. “Gemuk-gemuk eh jari aku?” Azara pantas mengangguk. “Ha, kau tunggu kau mengandung nanti, tangan kau besar macam gergasi!” Hanis ketawa seronok.

“Kepala hotak kau berjambul!”

Serentak dua sahabat baik itu ketawa mengekek.

“Zara, kau busy apa sampai tak sempat nak pergi rumah aku? Aku dah tiga kali tau datang rumah kau dalam masa sebulan ni.. Kau langsung tak pernah jenguk rumah aku. Sampai hati. Aku nak merajuklah dengan kau..” Muncung ditayang kepada Azara.

“Ala, sorry la Anis. Bukan aku tak nak pergi tapi sebab aku memang banyak gila kerja nak buat. Sumpah aku sibuk yang amat-amat sibuk!” Azara buat muka kerut sambil menekankan perkataan sibuk. “Ha, kau dapat rasa tak betapa sibuknya aku?”

“Iyelah, kau sibuk. Aku pun sibuk juga tapi ada aje masa nak datang rumah kau lepas kerja hari Jumaat.”
Azara tayang sengih. “Jumaat aku balik terus tidur. Tak nak buat apa-apa lagi dah.”

“Iyelah. Esok pergi beli barang baby nak tak?”

Mulut automatik mengeluh. “Esok aku ada kerja di Melaka. Bos aku memang kurang asam betul! Paksa aku temankan dia ke majlis apa entah dengan anak-anak yatim..” Lemah Azara bersuara. Dah janji dengan Azam tapi terpaksa batalkan.

Sudahnya Azam tarik muka lima belas inci. Merajuklah konon. Nak merajuk pun dia boleh buat apa, dah kena kerja takkan nak cakap no dekat bos. Yang membayar gaji dia Encik Latif, ayah kepada Razlan, kalau ingar arahan anak silap-silap tak bergaji dia bulan ini.

“Bos kau? Razlan yang kau cakap otak senget tu?” Azara mengangguk laju.

Hanis tayang riak tidak percaya. “Sejak bila kau menurut perintah sangat ni Zara?”

“Mak aku cakap kalau dah kerja tu biar ikhlas, jangan lawan arahan bos. Kalau bos kata warna hijau kena pilih hijau jangan ambil warna ungu pula.”

Hanis tergelak besar. Azara memang anak yang baik, sangat menurut kata-kata Puan Nona. Memang sangat-sangat sayangkan Puan Nona! “Mak kau bukan suruh kau ikut sebijik-sebijik arahan bos kau tu tapi jangan lah over melawan. Itu maksud mak kau tu, Zara oi..”

“Tak. Aku tahulah mak aku. Bila aku balik rumah cerita pasal Tuan Razlan atau aku mengumpat Tuan Razlan setiap hari dalam telefon mak aku menangkan Tuan Razlan bukan aku.. Sekali pun tak pernah menangkan aku sedangkan aku ni anak dia.. Kena buli dengan Tuan Razlan lagi. Mak aku cakap bukan buli tapi bos aku tu sengaja nak uji ketahanan mental dan emosi aku.”

Senyuman penuh makna terukir di bibir Hanis. “Mak kau berkenan kot dengan Razlan kau tu..”

Azara ketuk kepala Hanis dengan bantal segi empat ditangannya. “Berkenan apa benda kalau kenal pun tidak. Setiap hari dengar aku kutuk Tuan Razlan takkanlah nak berkenan dengan lelaki yang selalu buli anak dia. Gila kot.”

“Manalah tahu naluri keibuan mak kau tu kuat.. Sampai bila rasa dialah jodoh untuk anak kesayagan aku! Ha, gitu.”

“Merepek! Tak ingin aku dengan lelaki yang sombong macam tu..” Azara tayang muka seriau. Dia dan Razlan? Oh, tidak sanggup jadi kuli Razlan! “Kau tahukan yang bos aku tu perangai dia pelik. Tak naklah aku!”

Hanis membetulkan duduknya. Terasa lenguh dengan kedudukan sekarang. Biasalah ibu mengandung dah tujuh bulan lebih memang rasa sengal-sengal seluruh badan. Kadang-kadang rasa nak bersalin sekarang juga!

“Zara, bos kau tu nak pikat kau agaknya.”

“Kau… merepek! Bos aku tu sewel. Sekejap baik sekejap lagi meroyan. Kau ingat aku nak dengan lelaki macam tu? Muka memang handsome gila Anis tapi perangai tak betul. Tak mahulah aku!”

“Kau juga yang cakap dia tiba-tiba belikan kau makanan masa kau tak keluar lunch hari tu kan.. Ha, bukan ke tu menunjukkan dia nak pikat kau?”

Kepala Azara digeleng laju. Berulang kali sambil bibirnya menyebut perkataan merepek. “Anis, aku ni sihat dan otak aku boleh berfikir dengan baik lagi. Tak cukup gila lagi otak aku untuk jatuh cinta dengan bos aku tu.”

“Tak baik tau kau cakap macam tu. Mungkin Razlan sengaja nak curi perhatian kau sebab tu dia layan kau macam tu.. Padahal dalam hati dia dah mula syok dekat kau. Kan?”

Azara rasa mahu mencubit pipi Hanis namun dia tahan.  “Dah la, tak nak la cakap pasal ni lagi.”

No, aku nak cakap lagi. Kau layan la aku sebagai ibu megandung.” Heh, apa kaitan mengandung dengan Razlan pula.

“Kau cakap perkara takde kaitan dengan kandungan kau tu ya. Jangan merepek!”

Hanis tergelak kecil melihat muka garang Azara. Bukan main lagi tak suka berbual pasal Razlan dan cakap Razlan nak pikat dia. Cuba kalau sama-sama kutuk Razlan, semangat Azara nak bercerita pasal Razlan.

“Zara.. Kau tak rasa macam aku rasa ke?” Hanis menepuk bahu Azara.

“Ish! Rasa apa?”

“Rasa yang Razlan tu sukakan kau..”

Laju Azara membalas kata-kata Hanis. “Tak!”

“Cuba kau fikir balik kenapa dia ajak kau ke Melaka sedangkan setiausaha dia kan ada. Kak Haleda yang kau pernah kenalkan dekat aku tu bukannya tak lawa. Lawa.. tua sikit aje daripada Razlan.. Kalau dia nak ajak Kak Haleda tu dah lama dia ajak tapi dia ajak kau. Kan?”

“Mungkin sebab Kak Haleda dah selalu temankan dia ke majlis agaknya. Nak ajak muka lain pula.”  Azara membela diri walaupun otaknya ligat memikirkan kata-kata Hanis. Dia pun ada terfikir juga kenapa dia yang menjadi pilihan Razlan sedangkan Haleda yang sering menemani dia ke majlis sebelum ini.

“Lagi satu kau juga yang cakap Razlan saban malam ada di pejabatnya sampai kau habis kerja. Kau tak fikir ke dia temankan kau buat kerja sampai malam? Bila kau balik baru dia balik?”

Azara meningkah pendapat Hanis. “Tak betul. Dia buat kerja dia la sampai malam bukan temankan aku.
“Tapi dia balik bila kau balik, kan?”

“Memanglah balik sama-sama dengan aku. Mungkin sebab dia takut kot nak tinggal di pejabat sorang-sorang. Tapi kadang-kadang dia balik awal juga. Jadi terbuktikan yang dia bukannya temankan aku buat kerja sampai malam.”

Hanis ketawa besar. “Tak mungkinlah dia takut sebab dia dah biasa dengan semua tu.. Aku rasa dia cuma buat alasan aje ada kerja sampai malam sedangkan dia nak temankan kau kerja.. Nak dekat dengan kau.”

Argh! Hanis merepek! “Kau jangan nak pengaruhi aku dengan pendapat kau yang merepek tu ya!”

“Terpulanglah dekat kau.. Hati aku yakin yang dia dah terpikat dengan kau. Dia saja je layan kau dengan kasar dan garang sebab dia nak buat kau ingat dia selalu. Nak kau selalu cakap-cakap pasal dia.”
“Dah la. Duduk sini kejap aku hidangkan kau spaghetti.”

“Ala, tak payahlah. Dah pukul sepuluh malam ni makan apa lagi. Gemuk nanti.”

“Kau memang dah gemuk pun. Lepas bersalin boleh diet semula. Aku dah masak sebelum kau sampai tadi ya. Kena makan jugak. Wajib! Duduk sini diam-diam mak buyung.” Tangan menampar perlahan peha Hanis.

Kalau bukan sebab Khairul perlu kerja lewat malam memang Hanis tak sampai ke rumah dia malam ini. Terima kasih kepada bos Khairul yang menyuruh Khairul siapkan kerja sampai siap juga. Haha.




“Anis, seronok tak mengandung?” Rasanya ini dah kali berjuta-juta Azara menyoal dia perkara yang sama.

“Zara, kalau kau tu teringin nak mengandung kau kahwin la cepat-cepat. Kalau Razlan tak lamar kau, apa kata kau aje yang lamar Razlan?”

Azara rasa spaghetti yang masuk ke dalam mulut terlekat di dadanya. Lamar Razlan? Sumpah tak nak! “Apa kaitan aku dengan Razlan?”

“Kau kan selalu sebut nama dia, mungkin dia dah terlekat dalam hati kau kot. Baik kau semak semula manalah tahu kot-kot dia ada dalam hati kau tu..”

Azara menggosok hidungnya perlahan. “Tak lama lagi kau dah ada anak kan.. Macam tak percaya aje.” Azara mengubah topik perbualan.

“Seronok sangat mengandung ni Zara. Rasa macam magik. Perut kau yang kecil tu boleh mengembang sampai macam sekarang. Allah Maha Besar.. Ini anugerah tak ternilai Zara. Satu perasaan yang sangat-sangat menakjubkan!” Hanis menarik tangan Azara yang duduk di hujung meja sebelah denganya.

“Tak sangka jodoh kau dengan Khairul yang kau menyampah sangat dulu tu..” Azara tergelak mengenangkan layanan Hanis terhadap Khairul dulu-dulu. Bukan main menyombong lagi sikap Hanis dengan Khairul. Layan tak layan aje semasa Khairul mengorat dia dulu. Kelakar!

“Aku pun tak percaya.. Dulu bukan main lagi aku menyampah dengan Khai tu.. Tak sangka dia jodoh aku. Lelaki yang terbaik pernah aku kenal selepas ayah aku.” Ceria wajah Hanis. Seri ibu mengandung agaknya.
“Aku doakan jodoh kau dengan dia sampai akhir hayat.”

Thanks! Aku pun doakan kau cepat-cepat berjodoh dengan Razlan.” Azara membuka mulutnya sedikit luas. Hanis ni kenal dengan Razlan pun tidak suka hati aje doakan dia dengan Razlan.

“Kau bukan kenal Razlan tu, kalau muka dia hodoh kau nak dia jodoh dengan aku?”


“Kan kau juga yang cakap dia kacak gila.”

Betul juga, setiap kali berbual pasal Razlan dia akan sebut ‘He is so handsome! “Muka kacak tapi perangai hodoh tak seronok juga.”

“Kau ubahlah perangai hodoh dia kepada yang elok. Muka mungkin tak boleh diubah tapi akhlak tu boleh diubah Zara. ” Malaslah cakap dengan Hanis ni, memang ada saja yang nak dibalas. Sudahnya Azara terdiam.




Hanis memaksa diri menjegilkan biji matanya. Kalau boleh tongkat mata dengan lidi memang dia dah ambil lidi letak di kelopak matanya. Jam di dinding putih itu dikerling. Dah pukul 11.20 malam ni. Mana suami dia pergi tak balik-balik lagi!

Tadi janji nak jemput dia pukul 11.00 malam dia rumah Azara tapi sampai sekarang belum sampai. Tubuh Azara yang sudah terbaring di atas sofa panjang di perhatikan sekilas. Mengantuk sangatlah tu.

Lepas makan mereka menonton telemovie Mama Mama Mia dia Astro, belum habis cerita lagi Azara dah terlena. Sah penat gila kerja di pejabat tu. Azara.. Azara!

Telefon bimbit Azara yang tiba-tiba nyaring berteriak mengejutkan Hanis. Iphone 5 berwarna putih itu segera di capai. “Tuan Razlan?” Skema gila Azara save nama Razlan sebagai Tuan Razlan. Bibir Hanis spontan mengukir senyuman. Memang Azara anggap Razlan sebagai bos dia rupanya.

Butang hijau pada telefon di swipe. “Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam. Azara esok I ambil you pukul 7.30 pagi. You tunggu di bawah rumah you, I malas nak tunggu lama-lama.” Razlan terus memberikan arahan.

Sorry ye Encik Razlan. Zara dah tidur.”

“Ni siapa?” Nada suara Razlan sedikit terkejut. Itulah cakap main sembur aje. Tak tanya khabar langsung!

“Saya Hanis, kawan Zara. Encik nak bercakap dengan Zara ke?”

“Oh.. Tak perlulah. Tolong sampaikan pesanan saya pada Azara ya.”

“InsyaAllah..”

Panggilan ditamatkan oleh Razlan. Hanis meletakkan semula telefon bimbit Azara di atas meja. Rugi tak sempat berbual dengan Razlan pasal Azara. Kalau tak boleh juga dia tanya sama ada Razlan ada menaruh hati pada kawannya atau tidak. Manalah tahu kot-kot Azara boleh naik pelamin tahun ini juga.

Dari segi percakapan Razlan dengan dia selepas Razlan tahu dia bukan Azara sebentar tadi, dengarnya macam lembut saja. Tak sombong macam Azara gambarkan pun dan sungguh dia langsung tak rasa yang Razlan tu orangnya kejam atau sombong. Mungkin Azara yang bersikap prejudis terhadap bosnya kot.

Mencintaimu tak mengenal waktu.. Tak mengenal puitis.. Hanya tulusnya hati.. Selalu..” Hanis segera menyeluk beg tangannya. Telefon bimbir Samsung S3 ditarik keluar.

“Assalamualaikum, abang.”

“Sayang, abang ada dekat depan pintu rumah Zara ni.” Hanis terkial-kial untuk bangun.

“Sekejap bang, Zara tertidur. Anis nak kejutkan dia kejap.”

Okay, abang tunggu sayang. Rindu nak tengok muka sayang abang ni..” Hanis tergelak mendengar kata-kata Khairul. Dah kahwin pun masih lagi dengan sikap romantis dia tu. Ayat tak pernah nak menyakitkan hati, sentiasa membuatkan hatinya berbunga dan gembira.

“Zara..” Lengan Azara yang diletakkan di atas dahi ditampar lembut. “Zara..”

Masih tidak berkutik. Tidur mati ke Azara ni. “Zara!”

Perlahan-lahan Azara menggerakkan tubuhnya. “Emm, kenapa?”

“Khai dah sampai tu. Aku dah nak balik ni.”

Tubuh Azara duduk tegak di hadapan Hanis sambil menggosok matanya. “Khai dah sampai? Awalnya Khai sampai.” Tangan mencekak sedikit demi sedikit rambut panjang yang berselerak di kepala dan disanggul tanpa menggunakan getah.

“Awal apanya, dah pukul 11.45 malam ni.. Apa yang awalnya. Dah, kau tu bangun pergi tidur dalam bilik. Aku nak balik ni.”

Azara memimpin tangan Hanis ke muka pintu. Tangan ligat membuka grill pintu berwarna putih. “Sorry Khai, aku tertidur tadi. Nak masuk dulu?”

“Ish, tak perlulah. Dah lewat ni. Aku datang ambil Anis aje. Nantilah aku datang rumah kau lagi..” Khairul menolak perlawaan Azara tanpa berfikir panjang. Lagipun tadi Hanis dah cakap yang Azara terlena di sofa. Kesian pula dengan Azara yang sudah letih.

“Lewatnya kau balik hari ni.”

“Biasalah kerja banyak. Kalau tak siap agaknya esok baru boleh balik.” Azara tayang senyum. Dia faham kerja banyak tahap rasa tak mahu balik ke rumah tu macam mana sebab kerja dia pun sama, banyak gila!

“Korang berdua ni sama aje kan.. kerja banyak memanjang. Aku pun kerja juga tapi takde la banyak sangat kerja aku macam korang tu.”

Azara tergelak melihat muka merajuk Hanis. “Kau arkitek, lain. Duduk di pejabat lukis pelan aje. Tak sama macam kami yang kena lawat tapak projek, buat laporan yang entah apa-apa dan nak kena buat macam-macam ni. Nasib kau lah Anis kahwin dengan orang macam Khai yang gila kerja juga.”

“Ah, sama je skop kerja aku dengan skop kerja kau tu.. dah la aku nak balik ni. Sengal dan pinggang aku.. Rasa macam nak patah je. Nak balik dapatkan urutan percuma dari tukang urut aku ni.”

“Untunglah kan orang tu ada tukang urut, aku ni takde siapa nak tolong urut.”

“Ada, bos kau tu boleh tolong urutkan kau. Jangan lupa kirim salam pada bos kau ya!”

“Dah.. dah. Pergi balik.” Azara menolak tangan Hanis supaya meninggalkan rumahnya. Khairul dan Hanis tergelak besar melihat Azara yang menghalau mereka.

“Aku baliklah ni. Jaga diri.” Hanis memeluk Azara dan mencium pipi sahabatnya itu. “Bye!”

Grill rumah dirapatkan kembali. Pintu kayu di kunci dari dalam. Kaki melangkah ke ruang tamu. Telefon bimbit di atas meja di capai laju dan melangkah masuk ke dalam bilik.

Tubuh langsingnya dihempas ke atas tilam. “Selamat malam wahai duniaku.”

Perlahan-lahan mata dipejam rapat dan Azara terus terlena. 

Wednesday 19 June 2013

Bab 7 Cinta Tak Akan Berakhir


Hari ini merupakan kali pertama Azara menyertai mesyuarat dengan kakitangan syarikatnya selepas hampir sebulan bekerja dengan Encik Latif.

Beberapa kali juga kembang kempis hidungnya menahan menguap. Lama gila kot dorang ni mesyuarat. Entah apa motif Razlan suruh dia turut sama dalam menyuarat kali ini. Dia bukannya ada apa-apa kepentingan pula dalam syarikat ni jadi tak perlu kot dia turut sama mendengar pasal kewangan syarikat. Itu kan dibentangkan oleh Encik Firdaus selaku pengurus kewangan syarikat. Adoi!

Pen ditangan diketuk ke jarinya. Dah mula hilang tumpuan dan nak main-main dah.

Kepala otak mula menerawang ke tempat lain. Teringatkan Puan Nona yang baru dia temui dua hari lepas. Sikap Encik Idris masih sama, dingin. Langsung tak tengur dia. Bersalam dengan dia pun tak sudi. Abah.. abah. Apa salah Zara pada abah?

Tiba-tiba mulutnya mengeluh berat.

Yes, Azara? Ada apa-apa masalah?”

Deng!

Razlan panggil nama dia? “Aah? Ha.. Ya Tuan?” Semua mata di dalam bilik mesyarat menumpu ke arah Azara. Mati!

“Awak macam ada masalah. Ada apa-apa yang saya bentang tadi awak tak faham ke?”

Azara gigit bibir bawahnya. Jangankan faham, dengar pun tidak. Sepatah perkataan yang Razlan terangkan di depan langsung dia tak ambil pusing. Tak dengar apa-apa langsung!

“Eh, takde apa-apa masalah. Saya faham semuanya Tuan.”

“Jadi awak boleh terangkan semula kepada semua tentang bahagian ini?” Laser di tangan Razlan dihala ke arah bahagian bagunan. Bahagian apa tu? Tandas? Sekolah? Bilik rehat? Surau kecil dalam rumah? Ah, apa tu!

Bibir Azara bergerak-gerak sedikit. Sumpah dia tak tahu..

“Itulah lain kali kalau I terang jangan berangan teringatkan pasukan Chelsea lawan dengan  Manchester United semalam.. Kalau iye pun obsess pasal bola tak perlulah sampai berjaga malam nak tengok bola punya pasal, kan dah mengantuk.”

Pergh!

Kena sebijik di muka dia. Mana dia tengok bola pun semalam. Chelsea main? Ada dia kisah. Gila kot Razlan ni. Azara perasan beberapa makhluk Tuhan di dalam bilik mesyuarat itu tergelak kecil. Alahai, sukanya gelakkan orang ya!

Sorry, Tuan.”

“Semalam siapa menang? Chelsea atau Manchester United?” Razlan pandang tepat ke muka Azara.

Azara telan air liur. Agaknya Razlan boleh nampak tak kerongkong dia bergerak-gerak telan air liur ni?
“Saya tak tengok pun siapa yang menang sebab tertidur depan televisyen, Tuan.”

Beberapa orang pekerja dan ahli lembaga pengarah yang turut sama dan menyuarat itu tergelak kecil mendengar jawapan yang terpancul dari bibir cantik Azara.

Chelsea kalah semalam. Now, jangan nak berangan lagi. Kalau sekali lagi I nampak you menguap I suruh you bentang di depan ni.” Azara angguk laju. Gila apa nak bentang benda yang dia tak tahu, lainlah kalau dia memang uruskan projek tu.

Azara mengeliat sedikit. Tangan diluruskan ke depan dan erghhhh, leganya! Duduk tiga jam tanpa bangun-bangun memang rasa kebas punggung dia!

“See me in my room after this. No excuse.” Mulut ternganga kecil. Jumpa Razlan buat apa? Ya Allah, sabar ajelah dengan lelaki bongkak ni!

“Mulut you tu tak perlu nganga luas sangat nanti lalat masuk.” Mulut segera ditutup.

“Ada apa-apa ke yang Tuan nak bincang dengan saya?”

“Banyak. Jangan banyak tanya boleh tak?” Azara angguk malas.

Heee, sabar ajelah dengan Razlan ni. Nak jumpa ada hal apa lagi nak bincang? Dah la suka menyiksa dia dengan kerja yang maha banyaknya! Sekarang nak meeting dalam bilik dia pula? Duh! Apa malang sangat dia dapat bos yang kaki kerja sampai nak mati macam Razlan ni. Kerja melampau kot!

Azara melangkah lemah keluar dari bilik mesyuarat selepas melihat Razlan meninggalkan bilik itu bersama Encik Latif.

“Hai, muram aje muka tu.. Tak suka kena paksa masuk meeting ke?”

Azara angguk. “Siapa yang suka kalau kena paksa dengar pembentangan sampai berjam-jam lamanya. Sengal punggung tahu tak?”

Azam tergelak kecil. Comel betul sikap Azara ni! Rasa macam nak peluk-peluk aje. Comel sangat. Nak-nak bila Azara buat mimik muka mengejek Razlan lagilah dia nak tergelak.

“Malam ni awak ada apa-apa tak?”

Azara angkat kening. “Ada apa-apa tu apa?”

“Saya nak ajak awak keluar makan.. Itupun kalau awak sudi nak makan malam dengan sayalah..”

“Oh! Malam ni.. Malam ni tak boleh la awak sebab saya dah janji dengan mak saya yang saya nak balik makan di rumah.”

Azam melepaskan nafas hampa. Sejak Azara balik ke Malaysia mereka belum berpeluang untuk menghabiskan masa bersama-sama langsung. “Tak pe lah kalau macam tu. Family comes first, kan?”

What about this weekend? Boleh?” Serta-merta bibir Azam mengukir senyuman.

“Boleh! Boleh. Sangat-sangat boleh.”

Alright, set. See you this weekend Zam.” Azara berjalan meninggalkan Azam yang masih mekar dengan senyuman. Dia perlu berjumpa dengan Razlan yang kacak tetapi sombong untuk menyambung mesyuarat di bilik lelaki itu. Entah apa yang penting sangat!



“Masuk!”

Azara melangkah masuk dengan berhati-hati. Bibir masih murah dengan senyuman. Pesan Puan Nona jangan ingkar arahan bos. Yelah mak..

“Ada apa-apa yang saya boleh bantu Tuan?” Azara berdiri tegak di hadapan Razlan.

Have a sit.”

Kerusi di tarik dan Azara duduk bertentangan dengan Razlan.

Okay, baiklah.. I baru terima satu surat yang meminta I  untuk merasmika satu majlis keraian untuk anak-anak yatim di Melaka. Jadi I nak you ikut I ke Melaka weekend nanti.”

What?

“Kenapa saya?”

You mempersoalkan I?”

Azara menggeleng laju. “Tak, bukan itu maksud saya tapi saya pelik kenapa saya yang perlu temankan Tuan ke sana sebab hujung minggu bukan waktu kerja saya.”

“Siapa bos?”

Dah mula tunjuk gila kuasa dia dah! Kalau dah tanya siapa bos, terang lagi bersuluh dia memang pekerja!

“Saya tahu Tuan bos saya tapi takkan saya takde hak langsung untuk mempersoalkan skop kerja saya. Temankan Tuan ke majlis-majlis bukan kerja saya sebab tak melibatkan skop kerja saya, Tuan.”

Razlan mengetap bibirnya rapat. Berani Azara bantah arahan dia?

Fine. Kalau macam tu saya akan panjangkan isu ni kepada Encik Latif dan kita tunggu apa keputusan Chairman.”

Azara melepaskan keluhan. Nak panjangkan isu sampai ke Chairman memanglah dia akan kalah. Lepas tu satu pejabat akan heboh pasal isu remeh macam ni dan dia juga yang akan jadi mangsa bualan orang.
“Pukul berapa?”

I ambil you pukul 8.30 pagi di rumah you.”

Azara mengangguk lemah. Tiada kuasa untuk membantah. Bos kata hitam maka hitamlah. Suka gunakan kuasa! Teruk punya orang.

“Ada apa-apa lagi yang saya perlu tahu?”

Razlan menggeleng. “Kalau macam tu saya keluar dulu Tuan.”

Kaki melangkah longlai menuju ke arah pintu. Hilang mood nak kerja. Nasib baiklah lagi setengah jam dah boleh balik. Memang siaplah Razlan jadi bahan bualan dia dengan Puan Nona sekejap lagi!
“Azara.”

Azara berpaling semula. “Ya?”

“Jangan lupa text me your house address. Nanti takdelah I menggagau cari rumah you.”
Will do, Tuan.”

Razlan senyum puas. Azara… Azara!



Nasi dalam pinggan dikuis perlahan. Sebab malam ini dia balik ke rumah abah langsung tak sudi makan malam. “Mak, apa salah Zara mak sampai abah layan Zara macam Zara ni anak pungut aje..”

“Zara! Tak baik cakap macam tu tau. Kecik hati mak.”

Nafas dihembus kasar. “Mak, kalau Zara ada buat salah cakaplah dengan Zara.. Jangan seksa Zara macam ni. Abah masih marahkan Zara sebab Zara keluar dari rumah ni ke mak?”

“Bukan..”

“Habis tu?”

Puan Nona terdiam. Berfikir baik buruk jika dia bercakap benar dengan Azara. “Mak?”

“Zara.. Mak nak tanya Zara betul-betul ni. Ikhlas dari hati Zara, Zara jawab soalan mak..”

Hati mula berdebar. Kenapa mak bersikap macam ni. Buat dia menggelabah aje! “Mak janganlah buat saspen, Zara tak suka kejutan. Mak tahu kan..”

“Mak bukan nak buat kejutan, mak cuma nak tahu perkara yang sebenarnya aje..”

Aduh, mak ni memang boleh buat dia mati cepat. Debar bagai nak gila dah sekarang ini. “Apa ni mak? Tanya ajelah.. Jantung Zara macam dah tak boleh nak pam darah lagi dah sebab berdebar sangat.”

Puan Nona menarik tangan kiri anak gadis kesayangannya. Dia sayang sangat dengan Azara. Berbanding Izreen, Azara lebih rapat dengan dia.

“Kenapa Zara tiba-tiba balik ke sini?”

Riak wajah Azara berubah serta-merta. Rasa terkejut dengan soalan Puan Nona. Kenapa lepas sebulan lebih baru tanya kenapa dia balik, kenapa tak tanya masa hari pertama dia balik. Kalau dia tahu Puan Nona tak senang dengan kepulangan dia ke Malaysia dia boleh pulang semula ke Amerika Syarikat. Dia tak akan tunggu di sini lagi. “Mak tak suka ke Zara balik sini?”

Puan Nona pantas menggeleng. “Bukan itu maksud mak Zara.. Mak hanya tertanya-tanya kenapa Zara tiba-tiba muncul semula.”

“Zara nak buat kejutan untuk mak dan abah. Zara nak minta maaf pada mak dan abah sebab Zara tiba-tiba menghilang ke Amerika. Zara rasa bersalah sangat.. Sebab tu Zara tak cakap yang Zara nak balik mak.”
“Bukan sebab nak pikat Zakri semula?”

“Mak, Zara dengan Zakri dah lama putus mak. Zara dah tak ingatkan dia lagi. Mak tolonglah percayakan Zara.. Zara memang langsung takde niat nak jumpa dengan dia semula sebaik sahaja kaki Zara menjejaki bumi Malaysia semula.”

Puan Nona pejam matanya seketika. Otaknya mencerna kata-kata Azara. Tidak tahu betul ke tidak kata-kata Azara ni..

“Zara memang tak tahu langsung yang kakak dah putus tunang sebelum Zara balik sini?” Azara mengangguk laju dengan pertanyaan Puan Nona. Memang tak tahu dan tak mahu tahu langsung pasal Izreen dan tunangnya yang malang tu.

“Zara kenal tak siapa bekas tunang kakak?”

Sekali lagi Azara menggeleng. Memang sumpah dia tak tahu siapa tunang Izreen. Masa Izreen bertunang bukannya dia ada di sini dan masa Izreen putus tunang pun dia tiada di sini. Selepas dua tahun sembilan bukan dia berada di Amerika Tiba-tiba sahaja Puan Nona khabarkan kepada dia yang Izreen mahu bertunang, sangkanya dengan Zakri tapi lelaki lain..

Kemudian bila dia balik semula ke Malaysia, Hanis cakap kakak dia dah putus tunang dengan lelaki yang dia tidak kenali itu. Ha, memang itu sahaja yang dia tahu pasal kisah kakak dia. Lebih-lebih memang dia tak tahu pun.

“Kenapa Zara balik masa kakak putus tunang?”

“Mak, kan Zara dah cakap yang Zara memang tak tahu langsung pasal kisah kakak dengan bekas tunang dia tu.. Zara tak tahu pun kakak putus tunang sebelum Zara balik ke sini. Dua bulan sebelum Zara balik lagi Zara dah rancang semua ni mak.. Takde kaitan dengan kakak langsung! Zara balik sini atas kehendak Zara sendiri sebab tu Zara cari kerja di Malaysia. Zara balik sebab Zara memang nak balik. Zara nak jumpa mak, Zara rindukan mak.. Salah ke Zara balik?”

Puan Nona memandang tepat ke dalam anak mata Azara. Dia tahu Azara tidak bercakap bohong dengan dia. Dia kenal anak gadis dia! Dia tahu Izreen sengaja mereka-reka cerita yang tidak baik tentang Azara.

“Zara, mak suka kalau Zara tinggal dengan mak daripada Zara tinggal seorang diri di rumah Zara tu.. Mak bukan apa, mak tak suka bila ada orang bawa cerita tak baik pasal anak mak.”

Dahi licin Azara sudah berubah menjadi beberapa lapis. “Siapa yang cakap apa pasal Zara?”

Keluhan dilepaskan dari bibir Puan Nona. “Kakak cakap Zara selalu bawa balik lelaki ke rumah. mak tahu mak takde bukti tapi mak nak Zara tahu sini Malaysia, bukan Amerika.”

Tangan mengepal penumbuk. Apa lagi yang Izreen tak puas hati ni! Kenapa nak burukkan dia depan mak pula?

“Mak, kalau Zara di Amerika sekalipun Zara takkan bawa lelaki masuk ke bilik Zara mak. Zara dah dua puluh enam tahun, mak besarkan Zara dengan didik yang cukup baik.. Zara tahu halal haram mak..”

Air mata yang tumpah dikesat dengan belakang tangan kiri. Sedihnya dia dengan sikap Puan Nona. Sampai hati Puan Nona percayakan kata-kata Izreen. “Kalau nak tak percayakan Zara mak boleh pergi rumah Zara, mak boleh tinggal dengan Zara.. Mak tengoklah apa aktiviti Zara pada setiap malam.”

Nak usung lelaki ke rumah? Gila apa.. Dia kerja setiap hari balik pukul 9.00 malam, paling awal pun pukul 7.30 malam dia akan sampai rumah. Tak kuasa dia nak layan benda-benda macam ni, balik rumah terus tidur! Bila masa pula ada lelaki yang datang rumah dia. Hanis dan Khairul pernahlah datang itu pun tiga kali aje. Takkanlah Khairul pun Izreen dah tak kenal lagi dah kot.

“Mak bukan takpercayakan Zara tapi bila Zara jauh dari mata mak, mak risaukan Zara. Mak tak tahu apa aktiviti malam Zara..”

“Mak, kan Zara telefon maka setiap malam takkan tu tak cukup lagi? Pernah mak dengar suara lelaki dari rumah Zara?”

Puan Nona menggeleng. “Mak, Zara tak tahu apa yang kakak masih tak puas hati dengan Zara tapi mak tolonglah percayakan Zara.. Hanya mak seorang sahaja sumber kekuatan Zara, Zara takde orang lain lagi dah selain mak.”

Tangan Puan Nona dibawa ke bibir dan dikucup lembut. Dia sayang sangat-sangat pada Puan Nona. Itulah nyawa dia. Itulah kekuatan dia selama ini.

“Mak minta maaf sebab mak meragui anak mak sendiri. Mak takkan percaya lagi cakap kakak. Mak tahu Zara anak mak yang baik.” Puan Nona mengusap pipi Azara. Mengesat air mata yang gugur ke pipi anak bongsunya.

Kalaulah dia ada jodoh yang sesuai untuk Azara memang dah lama dia paksa Azara kahwin biar tenang sikit hidup Izreen yang tak habis-habis nak merosakkan hidup Azara! Entah apa yang tak puas hati dengan Azara pun dia tak tahu. Tak faham juga dengan sikap anak sulung dia yang keras kepala dan hati batu tu!

“Makanlah.. Penat mak masak banyak-banyak ingatkan nak makan ramai-ramai tadi tak sangka pula kakak nak keluar dengan Zakri malam ni.”

Nasi dalam pinggan dikuis-kuis sahaja. Takde selera lagi dah nak makan. Bukan sebab Zakri tapi takde selera mengenangkan sikap kakaknya yang busuk hati. Pendengki!



Entah apa yang Izreen nak daripada dia sekarang ini. kalau Izreen harap dia akan ke Amerika semula, sorry. Silap besar. Dia bukannya Azara yang lembik dulu-dulu lagi. Dia Azara yang dah kebal dan kental!

p/s  ; A very quick update from me. Rindu semorang.. Nanti ada masa Sri akan balas semua komen ye. Do drop some comments! Boleh kenal-kenal. Hiks. Love you all.
Muahhhhx!

Entry seterusnya harap bersabar sikit ye sebab I am so darn busy right now. Internet rumah buat hal lagi sekarang ni ha. Ni pun baru dapat interner semula after 4 days talian terputus.. Aiyoo! Apa pun Sri nak ucapkan million thanks to al my readers. Yang silent readers tu komen-komenlah sikit ye. :D