Tuesday 13 August 2013

Bab 16 Cinta Takkan Berakhir.


Beberapa buah beg roda bersaiz sederhana dipandang kosong. Bibirnya mengeluh perlahan. Kenapa Razlan ambil berat sangat pasal dia? Azara garu tepi telinganya. Pelik sungguh dengan sikap Razlan. Tup-tup malam ini lelaki itu tidur di rumah Puan Melati. Seganlah dia! Memanglah ini rumah umi Razlan tapi Azara rasa pergerakan dia dalam rumah ini serba tidak kena.

Rasa seperti ada mata yang sedang memerhati dia. Puan Melati tinggal di bilik bawah kerana lebih mudah untuk bergerak ke dapur kalau dahaga katanya. Bilik Razlan terang-terangan di bahagian atas kalau lelaki ini singgah untuk tidur di sini.

“Adoi. Malang betul nasib kau Zara.” Tubuh serentak berbaring sambil menghadap siling. Kipas yang berputar diperhati dengan hati yang sebal.

“Zara!” wajah Razlan yang tiba-tiba tersembul di muka pintu menyebabkan Azara spontan terduduk tegak.


“Tuan ni tak reti ketuk pintu dulu ke?” Wajah sudah mencuka kerana geram dengan Razlan. Memanglah rumah mak tiri Razlan tapi hormatlah dia sikit sebagai tetamu di rumah ini.

“Siapa Tuan? Kan umi dah pesan jangan panggil I Tuan. Lupa?”

“Tak lupa tapi tak biasa. Tuan kan bos saya elok kalau saya panggil Tuan dengan panggilan yang sepatutnya. Tak elok pula kalau ada yang dengar saya panggil bos saya dengan gelaran awak aje. Kita bukan kawan pun.” Balas Azara panjang lebar. Depan Puan Melati bolehlah dia panggil Razlan dengan panggilan ‘awak’ belakang Puan Melati panggilan Tuan masih juga meniti di bibirnya.

“Kalau macam tu boleh kita jadi kawan sekarang?”

Azara menjeling ke arah Razlan yang sedang menapak menuju ke katil.

“Tak boleh.”

Langkah Razlan terhenti lebih kurang dua tapak sebelum sampai ke katil. “Kenapa tak boleh? Apa yang menghalang you untuk berkawan dengan I? Boyfriend tak bagi?” Ei, semua orang memang ada pemikiran yang sama macam Razlan eh? Kalau tak nak kawan aje mesti cakap kekasih tak benarkan. Ah, apa dia peduli kekasih aje pun bukannya suami. Kalau suami tu lainlah juga.

“Bukan.. saya takde boyfriend.”

“Habis tu?”
Azara berdiri tegak di sisi katil. “Sebab saya tak layak kawan dengan Tuan. Tuan bos, saya ni kuli aje di pejabat tu.”

Razlan tegelak kecil. Amboi, kiranya Azara ni berkawan dengan orang yang setaraf ajelah. Set-set bos semua tak boleh buat kawanlah kiranya. “Kalau macam tu, di pejabat you jadi kuli, di luar awak jadi kawan I, boleh?”

Erk? “Tak naklah. Kan senang kalau kat mana-mana pun Tuan jadi bos saya..”

Nope. I tak nak. I nak jadi kawan you sebab I nak kenal you lebih dalam lagi.”

Azara kalih pandangan matanya ke tempat lain. Segan malu bertentang mata dengan Razlan ketika ini. kali pertama Razlan cakap sambil pandang ke dalam anak mata dia. Kalau di pejabat kau mimpilah Razlan nak bercakap sambil pandang muka kau dengan pandangan yang maha lembut dan ikhlas macam sekarang ini.Memang tak mungkin!

“Tak perlulah jadi kawan. Nak buat apa kawan dengan saya, bukannya ada apa-apa faedah pada Tuan pun. Takde untung sepuluh sen pun.”

I tak berkawan dengan orang yang boleh bagi profit kepada I aje. I kawan denan semua orang Zara.” Zara? Razlan panggil dia Zara! Sah lelaki ni memang mereng. Sejak semalam lagi Razlan panggil dia Zara. Takkan nak tunggu dia hampir kena perkosa baru panggilan Azara berubah kepada Zara kot?

“Tuan, saya rasa eloklah kalau Tuan keluar dulu. Kalau umi nampak Tuan ada dalam bilik saya apa pula kata umi nanti. Tak manis.” Azara berjalan menuju ke muka pintu. Memegang tombol dan menarik pintu agar terbuka luas.

“Cakap you nak kawan dengan I dulu baru I keluar. Kalau tak I sanggup bermalam dalam bilik ni dengan you.” Amboi, ugut nampak. Siap ada urus niaga lagi ni!

“Tuan jangan nak buat lawak dengan saya sekarang ni.. Saya tak berminat dengan tawaran Tuan.”

“Okay, kalau macam tu.. Katil you ni nampak macam empuk. Boleh I tidur sini?” Razlan kenyit mata kepada Azara.

Okay, kita kawan. Sekarang Tuan puas hati?”

Razlan menggeleng. Aih, dah kawan pun masih belum puas hati lagi? Kena buat apa lagi baru Razlan nak berpuas hati dengan dia? Dodoikan kawan baru dia tidur baru puas hati?
“Apa saya kena buat untuk puaskan hati Tuan?”

Senyuman mekar terukir di bibir Razlan. “Tukar panggilan Tuan kepada Raz. Mungkin lebih selesa untuk you.”

Selesa untuk dia? Ah tolonglah. Dia selesa panggil Razlan dengan panggilan Tuan, ada jurang antara mereka yang akan sentiasa mengingatkan hati dia tentang batas-batas hubungan mereka adalah hanya berdasarkan majikan dan pekerja. 

Memanglah dia ada terasa suka sikit dengan Razlan tapi rasa suka yang sedikit itu dia cuba buang jauh-jauh sebab Razlan dan cakap yang antara mereka takkan ada apa-apa. Depan Puan Sofiah pulak tu!

“Fikir apa lagi Zara? Setuju ke tidak?” Azara menggeleng tidak setuju. “Susah ke?”

“Susah sangat nak buat.”

“Habis tu tadi depan umi boleh aje you panggil I Razlan. Tak kekok pun.”

Mata Azara membulat besar. Siapa kata tak kekok? Kekok gila okay! Memang sangat kekok tapi sebab tadi petang dia bengang dengan Razlan yang tidak berbincang dengan dia sebelum buat apa-apa keputusan sebab itulah laju aje keluar nama Razlan. Kalau boleh dia nak jerit di telinga Razlan panggil nama lelaki itu dengan nyaring, biar pekak telinga!

“Depan umi lain.. depan Tuan lain.”

“Raz.. not Tuan.” Razlan membetulkan panggilan Azara kepadanya. “Boleh ke tidak?”

Suka memaksa betul lelaki ini! Memang jenis takkan mengalah. Kalau dah kata itu memang itulah satu-satunya cara yang ada. “Baiklah, Raz. Puas hati sekarang?”

Razlan tergelak kecil melihat wajah Azara yang mencuka. “Marah ya?”

“Tak marah pun cuma tanya awak puas hati ke tidak. Kalau dah puas hati boleh keluar sekarang. Saya nak kemas barang.” Tangan menunjukkan ke arah luar. Mempersilakan Razlan untuk meninggalkan bilik tidur Azara.

“Nak I tolong you kemas barang?”

Azara kalut. “Eh… tak payah. Tak payah. Saya boleh kemas sendiri semua tu awak jangan risau. Lagipun bukannya banyak sangat barang saya.”

Razlan menapak ke arah longgokan beg dan beberapa buah kotak di hadapan almari pakaian. “Nak I tolong masukkan pakaian you ke dalam almari? I dengan berbesar hati nak tolong kawan I ni. Bukan senang tau nak dapatkan khidmat I.”

Azara berlari laju ke arah beg pakaian yang sedang dipegang oleh Razlan. “Tak perlu.. Tak perlu susah payah Raz. Saya boleh buat sendiri semua ni. Awak tak perlu risau. Muka awak pun dah mengantuk tu, pergilah tidur.”

You segan kalau I nampak barang-barang peribadi you eh?” muka Azara bertukar merah padam. Kurang asam punya Razlan! Mesti Razlan maksudkan ‘adik kakak’.

“Ah ya.. Mestilah saya segan dengan awak.. Jadi awak jangan risau sebab saya boleh kemas semua pakaian saya sendiri. Pintu di sana ya.” Sekali lagi tangan Azara menunjukkan arah pintu keluar.

“Apa yang nak disegankan? Dekat rumah I tu ada kakak dan adik perempuan. Setakat bra dan panties tu semua saya dah pernah tengok. Kalau tengok yang you punya pun apa salahnya?” Nah! Razlan sebut bra dan panties terus.

Kalaulah boleh tengok muka dia sekarang ni sumpah memang malu gila! Tahap nak menyorok muka dalam almari. Dia mana ada adik-beradik lelaki jadi memanglah dia segan kalau ada lelaki sebut bra dan panties!

“Raz, saya tak kisah awak pernah tengok ke pernah pegang ke atau apa-apa yang pernahlah pasal ehm yang awak cakap tadi tu sebab saya pun tak segan juga. Cuma saya boleh kemas sendiri semua tu. Tak manis kalau awak kemaskan untuk saya. Umi nampak nanti umi ingat saya ni pemalas pulak.” Ehm yang disebut oleh Azara ialah merujuk kepada bra dan panties tapi sumpah dia memang segan gila nak sebut perkataan itu depan Razlan.

“Apa ehm?”

Mangkuk jamban betul Razlan ni. Saja je kan nak kenakan dia! “Kawan-kawan saya. Dah la penat nak halau awak ni. Kalau awak tak nak keluar saya yang keluar dari bilik ni.”

“Ha pergilah. Bagi masa sejam nanti I siap kemas semua pakaian you ni.” Azara melopong. Ingatkan takut dengan ugutan rupanya buat rilek aje? Cis!

“Awak ni tak faham bahasa ke Raz? Saya cakap saya boleh buat sendiri saya buat sendirilah.” Beg roda berwarna putih dirampas dari tangan Razlan. “Keluarlah saya nak rehat. Penat tau angkat barang.” Okay, Azara memang nak tergelak dengan muka buruk dia sekarang ini. memang dia tak tahu rupa kesian apa yang dia tayang depan Razlan tapi dia yakin buruk gila muka dia!

“Okay, sebab I rasa kesian dengan muka sepuluh sen you tu, I keluar. Make sure you tidur awal. Kalau tak larat simpan semua ni buat esok aje. Kalau nak cuti lagi sekali pun I boleh luluskan.”

“Eh, no.. no. I can go for work tomorrow. No worries!”

“Esok tunggu I di bawah. Pergi kerja sama-sama.”

“Kalau saya pergi sendiri tak boleh ke?”

“Tak.” Razlan menjawab tanpa menoleh ke arah Azara. Pintu bilik berwarna coklat itu kembali dirapatkan semula.

Nafas dilepaskan kuat. Geram! Kalau Azam nampak dia dengan Razlan esok mesti Azam akan tanya dia soalan yang merepek-repek. Malas nak layan!




Razlan duduk di birai katil. Bibirnya masih lagi tersenyum teringatkan gelagat Azara. Comel sangat! Baru cakap nak tolong kemaskan pakaian aje dah kelam-kabut rampas beg roda dari tangannya.
“Azara..”

Ketukan di pintu menyentakkan Razlan. “Boleh umi masuk?”


“Masuklah umi. Rumah umi kan..”

Puan Melati senyum ke arah Razlan. “Rumah umi tumpang kasih anak-anak.”

“Ish, umi ni suka tau cakap macam tu. Mama dengan umi Alan sayang dua-dua. Sama je! Takde kurang takde lebih pun.”

“Zara?”

Riak wajah Razlan berubah. Tersentak dengan soalan Puan Melati. “Apa kaitan dengan Zara pula ni umi..” Ketawa dibuat-buat.

“Umi tanya.. Zara tu Alan sayang ke tidak?”

“Mana ada.. Itukan pekerja di syarikat papa. Takde kaitan dengan Alan pun.”

Puan Melati menarik nafas dalam-dalam. Takde kaitan konon. Petang tadi mengamuk bagai nak gila dengan sikap keras kepala Azara tu apa? Bukan sebab sayang tak sanggup nak biarkan Azara tinggals sendiri?

“Alan masih nak berahsia dengan umi ke?”

Razlan membalas senyuman uminya. “Adoi, nak berahsia apa ni umi. Mana ada Alan rahsiakan apa-apa daripada umi. Zara tu memang pekerja di syarikat papa. Alan nampak dia hampir kena perkosa jadi dah memang tanggujawab Alan untuk tolong dia.”

“Iye lah tu.. Alan sukakan dia ke?” Tebak Puan Melati.
“Merepek je umi ni!”

“Apa yang merepeknya.. kalau Alan sukakan dia baguslah sebab umi pun suka sangat dengan Zara tu. Baik, sopan.. lembut aje gaya dia bercakap. Bukan macam gaya bekas tunang Alan tu, bercakap dengan umi pun menyombong sangat gayanya.”

Umi ni memag sengaja nak bangkitkan soal Izreen. Dia punyalah sakit hati dengan Izreen sekarang ni, umi pula nak bercakap pasal Izreen.

“Alan dengan Izreen tu dah putus pun. Malaslah cakap pasal dia lagi.”

“Umi nak juga bercakap pasal dia sebab umi memang tak berkenan langsung dengan pilihan Alan tu. Mama yang suka sangat dengan dia. Depan mama bolehlah dia bercakap lembut macam pijak semut pun tak mati dengan umi ni bukan main kasar lagi bahasanya!”

Razlan membuka matanya luas. “Dia cakap apa-apa yang menyakitkan hati umi ke?”

“Banyak..” Perlahan suara Puan Melati. Memang dia senyap selama ini kerana Razlan nampak sayang benar dengan Izreen tapi dia lega amat sangat bila Razlan putus dengan Izreen. Memang gadis itu tak sesuai dengan Razlan. Muka cantik perangai tak cukup elok!

“Apa yang dia cakap dengan umi? Umi cakap dengan Alan biar Alan marah dia!”

“Tak perlulah ungkit lagi Alan. Dah lepas pun tapi umi harap Alan takkan berbaik semula dengan dia. Dia bukan perempuan yang sesuai dengan Alan.”

Razlan angguk. Memang sehingga ketika ini hati dia masih ada nama Izreen, minda dia sekali-sekala diterjah dengan wajah jelita Izreen tapi dia takkan kembali dengan wanita jelita itu. Tidak sama sekali! Dia tidak boleh bertoleransi dengan wanita yang tidak setia. Curang memang dia takkan boleh maafkan.

“Zara ni kerja di syarikat papa? Umi tak pernah dengar pun papa atau sesiapa sebut nama dia sebelum ini..”

“Baru kerja dua bulan lebih. Dulu pergi Amerika tiga tahun, ni baru balik.”

“Ada masalah keluarga ke?” Razlan jongket bahu.

“Alan tak pernah tanya langsung pasal keluarga dia. Malas nak tanya..”

Puan Melati tergelak kecil. “Kalau nak pikat anak kena ambil hati orang tuanya dulu. Jumpa mak ayah dia dulu, kalau rasa sesuai bolehlah masuk meminang Zara. Umi suka sangat-sangat dengan Zara ni..”
Wajah ceria Puan Melati menyebut nama Azara pun sudah cukup untuk menggambarkan betapa umi sangat menyenangi Azara. Mungkin macam ini juga perasaan mama semasa pertama kali berjumpa dengan Azara ketika makan tengah hari kelmarin.

Kuasa apa yang Azara ada sampai kedua-dua ibunya boleh jatuh sayang kepada Azara? Ajaib!

“Kenapa umi suka dia?”

“Wajah lembut.. Cantik sangat. Rasa tak puas nak pandang muka Zara tu.. Cakap pun lembut aje. seronok umi berbual dengan dia. Merendah diri dan yang penting tak sombong sedikit pun macam bekas tunang Alan tu. Yang tu kalau bercakap tak pernah nak kalah. Semua dia aje yang lebih. Dengan umi pun nak bersaing. Entah apa-apa punya perangai!” Menyampah benar Puan Melati dengan sikap Izreen.

“Benda dah lepas tak payah kenang lagi lah umi..” Konon, padahal dia pun meluat dengan Izreen yang asyik nak tayang Zakri kepada dia. Nak tunjuk sangat bahagia tu. Kalau esok Tuhan ambil rasa sayang tu padan muka!

“Alan masih sayangkan dia ke?”

“Maksud umi, Izreen?” Puan Melati angguk.

Nafs ditarik dalam-dalam sebelum menjawab soalan Puan Melati. “Dia cinta pertama Alan tapi bukan cinta terakhir Alan.. Alan tak pasti apa yang ada dalam hati Alan tapi dah dua bulan umi. Life must go on. Apapun yang berlaku, Alan takkan kejar apa yang dah pergi dari hidup Alan. Bukan Alan yang buang dia tapi dia yang buang Alan. So.. past is past.”

Kepala Razlan diusap lembut. “Umi tahu anak umi ni buat-buat kuat aje tapi umi nak Alan buka hati Alan untuk perempuan lain. Zara tu baik sangat budaknya.. manalah tahu kalau-kalau dia tu jodoh yang Allah kirimkan untuk Alan.”

“Malaslah nak fikir pasal kahwin ni umi..”

Puan Melati menampar pehan Razlan. “Kahwin tu sunnah. Alan tak kahwin Alan tak tahu nikmat berumahtangga ni. Lepas Alan kahwin baru Alan tahu betapa nikmatnya perkahwinan itu.”

“Umi seronok ke kahwin?”

“Ish budak bertuah ni tanya umi pula. Alan kena kahwin dulu lepas tu Alan rasai sendiri nikmat sebuah perkahwinan.”

“Umi ni macam mama.. Papa aje yang sempoi. Langsung tak suruh Alan kahwin. Tak kisah pun bila Alan nak kahwin asalkan Alan kerja kuat untuk syarikat. Papa cakap tak nak kahwin pun tak apa.”

Bibir mengeluh berat. Suami dia ni memang nak kena basuh ni! Siaplah bila balik sini nanti memang dia akan basuh habis-habisan. Ada ke cakap tak apa tak kahwin pun.. “Mana boleh tak kahwin.. Alan kena kahwin sebab isteri Alan kena lahirkan cucu-cucu perempuan yang comel untuk umi.”

Ya Allah.. sebijik perangai macam mama! “Umi, Kak Inas dengan Melda kan ada. Nanti dorang lahirkanlah cucu perempuan untuk umi dengan mama pula.. Nak harapkan Alan memang susah sikit.”

“Apa yang susahnya? Kahwin lepas tu buat anak banyak-banyak. Kalau malas nak jaga umi boleh tolong jaga anak Alan.”

Razlan tergelak besar. Senangnya umi bercakap. Macamlah kahwin tu boleh cari isteri di pasar. Pilih mana yang berkenan lepas tu kahwin dan buat anak. Setahun nanti muncul seorang lagi khalifah Allah di muka bumi. Ewah, senangnya hidup!

“Sabarlah, nanti dah jumpa yang sesuai Alan akan kenalkan dengan umi ya?”

“Zara tu tak sesuai ke?”

“Tengah mencari kesesuaianlah ni umi.. Kena sabar-sabar sikit. Zara tu keras kepala dalam lembut dia tu.. Tersembunyi!” Razlan tergelak kecil sambil disambut oleh Puan Melati.

“Iyelah. Umi doakan dialah yang terbaik untuk Alan. InsyaAllah. Dah pukul sebelas malam ni. Umi nak masuk tidur. Alan pun tidurlah, esok nak kerja. Kang tak jaga pula.”

“Nak tidurlah ni umi.” Razlan mencium tangan Puan Melati. “Assalamualaikum, umi.”

Waalaikummussalam.”

Pintu bilik kembali dirapatkan oleh Razlan selepas melihat Puan Melati menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Kalau dia tak ada di sini memang jaranglah Puan Melati memanjat tangga ke tingkat atas.

7 comments:

  1. aduh... cm mana kalo Alan tau Zara adik bekas tunang dia..uhuks... dh lama jd silent reader.. skrg baru nk bertgo sape ngan penulis.... hi cik penulis...ekkeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nurul Johari. Ala, kite baru nk reply komen awak!
      Sorry la Sri busy gilerrrrr, sempat baca komen je tk sempat nak reply.
      Sapalah selalu, InsyaAllah akan di layan.
      Terima kasih sudi membaca karya Sri di sini.

      Delete