Saturday 29 June 2013

Bab 9 Cinta Tak Akan Berakhir


Hey, where the hell are you? Ingat I tunggul ke nak tunggu you dekat bawah ni?!” Tersentak hati Azara di jerkah orang Razlan. Tak pasal-pasal. Apa salah dia?

“Sekejap… saya baru lepas mandi.”

What?!”

Adoi, cair tahi telinga dia kena jerkah macam ni dengan Razlan.

“Sekejap lagi saya turun. Kejap aje.” Telefon dicampak ke atas katil.

Azara menarik sehelai dress tanpa lengan separas lutut berwarna biru lembut dan segera disarungkan ke tubuhnya. Rambut disikat dengan jari dan dibiarkan lepas ke belakang. 

Gincu bibir Revlon berwarna merah jambu dioles laju ke bibir. Ya Allah, kenapalah Razlan dah sampai. Kalau lewat lagi lima minit memang dia sempat nak bersolek elok-elok, ni main tempek bedak dan lipstik aje.

Eye shadow memang tak sempat nak pakai lagi dah. Kalau tonyoh juga benda alah tu pada mata dia memang mampus kena tempik lagi sekali dengan Razlan. Perfume Hypnose disembur laju ke tubuhnya. Lantaklah wangi ke terlebih wangi ke.. Tak kuasa nak layan!

Azara terkocoh-kocoh menarik sepasang kasut bertumit tinggi dari almari kasut dan dihempas ke lantai bumi. Pagi-pagi lagi dah kena marah dengan Razlan. Pembunuh mood orang betullah Razlan ni.

Punat lif ditekan berkali-kali. Cepatlah sikit lif ni pun. Masa orang tengah kalut ni lah nak buat lembab! Selalu belum apa lagi dah terbuka pintu lif ni.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Azara melangkah masuk ke dalam perut lif. Janganlah Razlan menelefon dia lagi untuk kali yang ke sepuluh. Kan dah cakap bagi dia lima belas minit, takkan tak boleh sabar sikit. Sikit je.. itu pun susah ke?



Melihat Porsche Cayman yang sudah tersedia menunggu dia, kaki Azara melangkah laju menuju ke arah kereta.


“Maaf, saya lambat sikit.”

“Sikit you cakap? 20 minutes tau I tunggu macam orang bodoh dekat bawah ni you cakap lambat sikit? Ikutkan hati I nak je I tinggal you tadi!” Azara buat bodoh dengan tempikan Razlan.

Bola matanya segera mencari wajah Razlan. Nak tinggal dia? “Habis kenapa Tuan tak tinggal aje saya tadi?”
Nah, terkeluar pun ayat ni. Baru puas hati dia!

“Kesian, nanti you terhegeh-hegeh pula cari peluang I keluar dengan I.”

Azara mencebik. Perasan! Tolonglah sikit, siapa yang terhegeh-hegeh pada siapa sekarang ni? Hee, tak faham betullah dia dengan sikap Razlan ni. Entah apa yang lelaki ni nak pun tak tahulah.

Kereta mewah itu berdecit meninggalkan kawasan perumahan Azara. “Banyak duit you ya boleh tinggal di kawasan rumah mewah macam ni.”

“Kenapa tak boleh ke kalau orang macam saya nak tinggal di sini?” Memanglah gaji dia tak sampai lima angka macam gaji Razlan atau silap-silap mencecah enam angka tapi itu tidak bererti dia tidak mempunyai duit!

Razlan membuat mulut berbentuk O. “Siapa taja?”

Wajah Azara serta-merta berubah. Razlan berfikir yang bukan-bukan tentang dia ke? Ish, siapalah yang nak taja hidup dia kalau bukan mak dan abah. Duit dalam akaun tu semua duit mak dan abah selepas tolak duit dia. “Abah saya taja duduk dekat sini. Abah saya yang kaya bukan saya yang kaya. Tuan jangan salah faham pula.” Azara membetulkan persepsi Razlan terhadap dia.


Razlan mengangguk. Tidak berminat dengan cerita keluarga Azara. Langsung tidak berminat! Dia berminat tentang sesuatu yang lain tentang Azara, bukan keluarga Azara.

“Awal you tidur malam tadi.”

Azara membulatkan matanya. Wah, macam mana Razlan tahu?

Perasan akan riak terkejut di wajah Azara Razlan bersuara lagi. “Kawan you Hanis tu tak sampaikan pesan I ke?”

“Macam mana Tuan tahu pasal Hanis?”

“Azara, I called you last night. I pesan pada kawan you suruh tunggu I pukul 7.30 pagi. Tak dapat pesanan?” Azara pantas menggelengkan kepalanya. Hanis tak cakap apa-apa pun sebelum balik semalam.

“Betul ke Tuan call saya?” Azara menyoal tidak percaya. Dia tak sedar pun bila telefon bimbit dia berbunyi.

“Cuba you check calls log. Ada tak panggilan daripada I malam semalam pukul 11 lebih.”

Tangan pantas menyeluk beg tangan Balenciaga kesayangan. Iphone 5 segera di tarik keluar. Mata membulat besar macam nak tersembul. “Sorry, saya tak tahu Tuan call saya semalam. Tak sedar pula.”

“Kawan you yang jawab panggilan tu, I dah suruh dia pesan pada you I ambil you pukul 7.30 pagi ni. Tak sangka pukul 7.50 baru you terhegeh-hegeh nak turun.” Azara membiarkan perkataan tehegeh-hegeh berlalu tanpa singgah di hatinya.

Sorry.. Kalau saya tahu saya siap awal-awal tadi.” Azara bersuara perlahan. Rasa bersalah pada Razlan. Sungguh dia memang tak tahu langsung!

Tangan segera menaip WhatsApp kepada Hanis.

Kenapa tak cakap dengan aku yang Tuan Razlan
suruh aku turun pukul 7.30 pagi? – Hantar.

Tet! Tet! WhatsApp dibalas oleh Hanis.

(Tepuk dahi). Zara my darling, aku terlupa. So sorry!
Razlan marah kau ke?

Azara mengetap bibirnya geram. Tunggu lagi tak marah, siap kena jerkah lagi tau! Ei, geramnya dia dengan Hanis.

Tak marah pun, dia siap suruh aku turun lambat lagi. Sanggup tunggu aku lama-lama lagi.
Rasa nak cucuk perut kau aje sekarang ni! – Hantar.

Tangan menggenggam erat Iphone di tangan. Hanis ni memang nak kena cekik dengan dia tau! Tak pasal-pasal kena marah dan kena jeling maut dek Razlan sebab dia lambat dua puluh minit. Maunya tak lambat kalau sempat makan roti bakar dan milo segelas. Memanglah kena menikmati saat-saat bersama rezeki di depan mata sambil menyelak majalah Pengantin keluaran terbaru.

Tet! Tet! Sekali lagi tangan menggesek pada permukaan telefon bimbit.

Great to hear that guy tak marah. Jangan lupa senyum dan goda bos kau okay.
Aku doakan kau berjaya!
Love u Zara.

Azara menamatkan perbualannya dengan Hanis di WhatsApp. Dah mula masuk bab merepek dah si Hanis ni. Malas nak layan lagi dah.

Pandangan mata dibuang ke arah luar tingkap.

“Dah habis mesej dengan kawan you tu?”

“Hah?” Azara menoleh memandang Razlan yang sedang memandu. Gila kacak Razlan hari ini. sumpah kacak gila dengan baju t-shirt dan seluar jeans. Kata ada majlis keraian, takkan pakai baju t-shirt Pola hijau lumut macam ini aje kot?

Kemudian memandang dirinya. Nasib baiklah tak pakai baju kebaya tadi. Kalau pakai kebaya memang buat malu aje nak berjalan dengan Razlan yang nampak santai hari ini.

“Apa kawan you cakap?”

“Oh, takde apa pun.. Dia mintaa maaf sebab terlupa nak inform pada saya pasal pesanan Tuan tu.”
“Dia tinggal dengan you ke?”

“Eh, tak adalah.. Dia tinggal dengan suami dia la. Saya tinggal sendiri.”

I see. You duduk sorang di rumah tu?” Azara mengangguk mengiyakan soalan Razlan. “Tak takut ke?”

Ramahnya Razlan. Ni Razlan ke ni? Kening berkerut memikirkan sikap lelaki yang selalu mengherdik dia di pejabat dengan lelaki yang duduk di sebelah dia ketika ini.

“Azara.. I bercakap dengan you, please jangan berangan!” Razlan menoleh sedikit ke arah Azara yang nampak comel dengan gaun separas lututnya. Comel sangat!

“Ah.. ya. Ya. Sorry. Apa Tuan tanya tadi?”

Razlan tergelak kecil. Kadang-kadang sikap takut-takut Azara ni comel juga. “I tanya you tinggal seorang diri kat rumah tu tak takut ke?”

“Tak adalah. Nak takut apanya..?”

“Tak takut hantu?”

Azara tesentak dengan perkataan hantu yang terkeluar dari bibir Razlan. Tak pernah terfikir pun dan tak pernah jumpa. “Belum pernah jumpa lagi setakat ini. Tak takut kot..”

“Wah, cakap besar nampaknya.”

“Bukan cakap besar tapi malaslah fikir. Saya tak percaya pun pasal hantu-hantu ni Tuan. Lagi pun hantu tu pun makhluk Allah juga..” Azara memberikan penjelasan tentang kata-katanya.

Okay.”

Wajah Razlan kembali serius memandang jalan raya. Azara mengeluh kecil. Ingatkan boleh berbual santai dengan lelaki ini rupanya emo tak kena gaya. Haish..

“Boleh saya tanya Tuan sikit?”

“Apa dia?” Nada suara Razlan tidak menunjukkan yang dia minat berbual dengan Azara.

“Kita nak meraikan apa ya?”

“Anak yatim.” Ish, memanglah anak yatim tapi sempena apa? Urusan siapa, syarikat atau persendirian?

“Syarikat kita ke yang meraikan mereka, Tuan?”

“Boleh tak diam dan ikut aje?” Sudahnya Azara mengunci rapat bibirnya. Tadi Razlan juga yang ajak dia berbual sekarang ni Razlan pula yang nak angin satu badan. Apa kes mamat ni. Meroyan!

Heee, ikutkan hati nak aje dia cubit-cubit mulut Razlan. Suka hati nak marah, maki-hamun, hedik dia, lepas tu suka hati juga ajak dia berbual dan sekarang suruh dia senyap pula? Tak faham betul dengan sikap lelaki pelik bernama Adib Razlan ni! Pelik yang amat sangat.

Bosan dengan suasana dalam kereta yang sunyi sepi, Azara mula menguap. Matanya dah mula nak terpejam semula. Ini baru dua puluh lima minit kereta bergerak ni.. Dia perlu tunggu lagi sejam lebih untuk sampai ke Melaka.

Matanya mengerling ke arah meter kereta. 140 km/j? Mungkin tak sampai satu jam lagi kot dia perlu bertahan sebelum sampai ke Melaka. Razlan ni tak takut kena speed trap ke?

“Tuan tak boleh bawa slow sikit ke?” Sebenarnya kecut perut juga melihat meter yang asyik bergerak 140 km/j dan kadang-kadang jarum meter bergerak sehingga 150 km/j. Rasa nak melayang nyawa ni. Dia nak pecut 120 km/j pun rasa seriau aje.

“Takut ke?”

Azara menggeleng apabila Razlan menoleh sekilas ke arah dia. “Bukan takut cuma berhati-hati dijalan raya tu kan penting.. Tuan kejar masa ke?”

“Tak pun..”

Sumpah rasa nak menangis! Kalau tak kejar masa kenapa nak bawa laju-laju!

“Kalau tak kejar masa tak perlulah laju sangat.”

You takut ke?”

“Tak.. Bukan saya takut tapi saya tak suka orang bawa kereta laju-laju sebab bahaya.”

Jadi Azara tak suka dia bawa laju? Dia suka buat benda yang Azara tak suka sebab itu satu cabaran kepada dia. Makin banyak perkara Azara tak suka, semakin dia mahu menyakat Azara.

Meter kereta mula bergerak ke nombor 160 km/j. Azara mula berisghtifar dalam hati. Kenapa Razlan nak main-main dengan dia ni. Takkan tegur sikit pun dah terasa kot? Bos apa kalau tak boleh nak terima kritikan dan teguran orang bawahan ni!

“Tuan..”

Azara nampak Razlan buat tak tahu. Saja nak sakitkan hati dia! Azara pejam mata sambil tangannya erat menggenggam tali pinggang keledar. Tawakal ajelah.

“Dah sampai. Jom turun.” Pelahan-lahan mata dibuka. Terasa pening pula sekarang ini. Mungkin sebab dia pejam mata dengan kepala otak yang tertekan kot sebab tu pening.

Perlahan-lahan pintu kereta ditolak keluar. Peningnya kepala dia sekarang ni! Ini semua sebab Razlan yang menyelit sana sini lepas tu tekan brek macam orang gila. Dia kecut perut sampai rasa nak muntah!

Tubuh cuba berdiri tegak di sebelah kereta mewah Razlan. Memerhati keadaan sekeliling. Avillion Hotel? Buat apa datang hotel?

“Kita nak ke mana ni?”

“Hotel.”

Thud!

Azara kelam-kabut. Apa yang Razlan cuba buat dengan dia? Kenapa mereka datang ke hotal mewah ini? Razlan ada niat yang tidak baik kepada dia? Kalau ada siaplah Razlan, dia sepak Razlan dengan kasut tumit tinggi dia ni.

“Buat apa dekat sini?”

You rasa orang datang hotel buat apa?” Rahang gigi rasa nak terburai ke tanah. Orang datang hotel buat apa? Takkan Razlan maksudkan yang mereka berdua aan bermadu asmara di sini? Oh, gila! Mak dah pesan dengan dia jangan buat hal yang tak elok.

Kalau mak tak pesan sekalipun dia takkan buat. Dia tahu halal dan haram. Takkanlah dia nak buat perkara tak senonoh dengan bos sendiri. Dia orang kepercayaan Encik Latif, jadi tak mungkin dia akan hancurkan kepercayaan yang Encik Latif berikan kepada dia.

Kepala memang tak bertutup tapi tak bermakna dia liar! Pakaian dia selama ini pun tidaklah terlalu teruk. sekali-sekala pakai skirt pendek memang dia buat juga.  Kalau ikutkan Izreen lagi dahsyat dalam cara berpakaian.

“Shall we?” Pertanyaan Razlan mengembalikan Azara ke dunia nyata. Suasana tempat letak kereta ini nampak seperti meriah. Ramainya orang di sini pada hujung minggu! Penuh kereta di tempat letak kereta.

“Tuan, saya tak main-main dengan Tuan. Please jangan main-main dengan saya. Saya tak suka.”

“Kalau I suka, you nak buat apa?” Razlan menapak mendekati Azara yang sudah mula gelabah. Nampak sangat muka tu pucat lesi. Kalau toreh pun mungkin tak berdarah sekarang ini.

Azara masih berdiri kaku di sebelah pintu penumpang.

“Jom.” Tangan Azara ditarik supaya mengikut dia.

“Tak nak!”

“Azara, jangan bagi I naik angin dengan you. Jom cepat!”

Azara menarik tangannya yang dipegang oleh Razlan. Suka hati aje Razlan nak pegang tangan dia buat apa?

“Tuan masuklah sorang, saya tak nak masuk. Saya tunggu Tuan dia luar.”

Razlan tergelak besar, “Apa I nak buat kalau I masuk sorang-sorang? I need you to help me.”

Azara rasa nak tampar muka Razlan. Kurang ajar betul! Apa Razlan ingat dia perempuan murahan ke?

“Tuan boleh masuk sorang diri. Saya boleh tunggu Tuan sampai Tuan selesai.”

Tak kuasa dia nak menurut arahan bos dia yang gila dan tak betul ni. Kali ini dia perlu ingkar arahan Puan Nona. Memanglah kena ikut semua arahan bos tapi kalau sampai kena layan bos ke katil dia tak sanggup. Dia ada maruah diri yang perlu dia jaga.

I want you to come with me Azara.” Perlahan suara Razlan berbisik di telinga Azara.

 “Tuan.. Tak nak!”

Just walk and keep quite!” Sekali lagi Razlan menarik tangan Azara. Kali ini lebih kuat untuk memaksa Azara bergerak mengikut kehendak dia.

“Kalau saya bising juga Tuan nak buat apa? Paksa juga saya masuk hotel dengan Tuan?”
“I will kiss you here.”

Azara berhenti melangkah. Mengeraskan dirinya di depan pintu utama Hotel Avillion. Apa Razlan ni. “Please behave.” Tegas suara Azara mengingatkan bosnya. Dia sangat menghormati Razlan tapi bukan dengan cara ini untuk dia menunjukkan tahap hormatnya pada Razlan.

“I am. So now you nak berjalan masuk sendiri atau nak I dukung you masuk?” Azara mula rimas dengan sikap Razlan. Apa kes memat gila ni! Kata nak meraikan anak yatim mana anak yatimnya?

Azara menjeling. Duh! Sah dia kena tipu!

“Jom!” Razlan menarik sedikit kuat pergelangan tangan Azara supaya bergerak. Keras kepada sangat Azara ni, kena paksa baru dia buat. Kalau berlembut aje dengan perempuan macam ni memang naik lemak.

Azara rasa mahu menangis. Kali ini dia dah tersilap langkah. Rupanya Razlan ni bukan sahaja sombong tapi lebih teruk daripada itu!


6 comments:

  1. zara jgn la buruk sangka,cian razlan yg angkuh tu

    ReplyDelete
  2. Yayyy bab ni best dgn ngauman singa jantan tuan razlan hehe. Bersangka baik la Zara.. Tuan razlan nak belanja brunch tuuu

    ReplyDelete
  3. NICE N KELAKAR LA...

    ReplyDelete
  4. menarik la cita ni...xsabar nk tggu novel kuar

    ReplyDelete