Tuesday 11 June 2013

Bab 6 Cinta Tak Akan Berakhir


Beg tangan Balenciaga yang dibeli ketika bercuti ke London hampir setahun yang lalu semasa tinggal di Amerika Syarikat dicampakkan ke atas katil. Sebal dengan sikap Razlan yang suka menuduh!

Tak guna punya bos! Dah la mulut macam longkang lepas tu cakap ikut sedap hati dia aje nak cakap apa pun. Tak fikir perasaan orang lain langsung. Bengang gila dengan sikap Razlan ni! Meluatnya!!

“Jangan suka sangat mengadu dengan Haleda. I tak suka. Dia tu setiausaha I bukan setiausaha you. Kalau terasa nak ada setiausaha you boleh jadi bos. Kerja tekun sikit untuk naik pangkat lepas tu I will hire a new staff untuk jadi setiausaha you.”

Sumpah rasa macam nak sumbat peha ayam dalam mulut Razlan.

“Tak guna punya bos!” Azara mencampak sebiji bantal ke lantai. Ei, bengangnya!

Razlan ingat dia hebat sangat ke bila jadi CEO dia syarikat ayah sendiri? Kalau dia hebat, dia akan kerja sendiri. Azara tak perlu pun menyibuk nak kerja di syarikat Encik Idris sedangkan kalau dia nak kerja di sana boleh aje! Bila-bila masa pun boleh tapi sebagai pembancuh teh. Ni semua Izreen punya kerja! Ada ke dia pemegang Ijazah kelas pertama nak disuruh bancuh teh. Teruk betul perangai kakak dia!

Bila masa pula dia mengadu yang bukan-bukan dengan Haleda. Dia yakin bukan Haleda yang bercakap dengan Razlan pasti ada salah faham di sini. Bukan dia baru kenal Haleda hari ini, dah lama dia berkawan dengan Haleda. Dah macam kakak dia sendiri dah Haleda tu.

Azara mengerling jam di atas meja kecil sebelah katil. Dah pukul 12.20 tengah malam. Esok pukul 9.00 pagi dah kena masuk kerja. Dia belum mandi lagi. Letihnya.. Rasa nak mahu bangkit dari katil lagi dah. Nak tidur terus dengan mekap yang bertempek di muka.

“Jangan malas Zara, nanti muka naik jerawat baru pada muka tu. Mandi!” Kata-kata Puan Nona bagaikan kejutan elektrik kepada Azara.
Huh?

Azara bangkit duduk di atas katil. Hish, macam dengar Puan Nona bercakap dengan dia pula tadi.

Kaki bingkas berjalan menuju ke ampaian tuala. Sehelai tuala merah jambu ditarik dan tubuh diloloskan ke dalam bilik mandi.

Selesai mandi, Azara berbaring semula di atas katil. Mata sudah bersedia untuk pejam pada bila-bila masa. Tak mahu fikir hal dunia lagi dah.. Masa untuk rehat yang secukupnya!

Baru dua minit mata terpejam, deringan telefon bimbit mengejutkan Azara.

Private number?

Razlan? Eh, mana pula Razlan dapat nombor telefon dia? Ni mesti sebab nak minta maaf pasal cakap yang bukan-bukan tentang dia tadi. Itulah cakap main sedap mulut aje, sekarang ni kan dah menyesal.

Hello, Assalamulaikum.” Nada suara Azara seperti biasa, lembut dan sopan. Yakin Razlan yang menelefon dia ketika ini.

“Waalaikummussalam.. Zara..”

Azara terkedu. Zakri! Apa lelaki ini nak daripada dia?

“Zara sihat?”

Senyap.

“Zara.. Abang rindukan Zara.”


Rindu? Pergi mati. Tak kuasa dia nak rindukan Zakri semula. Apa lagi lelaki ini nak daripada dia? Tak puas-puas lagi nak kacau hidup dia. Ni siap buat private number lagi, apa hal?

“Zara.. Zara masih di sana?”

Senyap lagi.

Akhirnya Azara menamatkan panggilan tanpa berbual sepatah pun dengan Zakri. Tak mahu lagi dah ada apa-apa kaitan dengan Zakri. Nanti Izreen serang dia membuta tuli aje. Izreen bukannya pernah percaya atau dengar apa dia cakap. Yang Izreen nampak semua kesalahan adalah salah Azara bukannya orang lain. Kalau Zakri yang menghubungi dia satu hari pun yang jadi mangsa ialah Azara.

Kalau dah cinta mati sangat dengan Zakri tu, kahwin ajelah. Takde lagi dah orang lain nak kacau Zakri tu. Izreen pun akan rasa lebih selamat selepas Zakri memang milik dia sepenuhnya. Habis cerita. Itu pun gedik tinggalkan Zakri dan bertunang dengan orang lain lagi.

Hergh! Siapalah tunang kakak dia dulu memang malang! Lelaki yang paling malang sebab macam tu aje kena dumped dengan kakak dia. Alasan tak cinta. Gila. Senang aje Izreen main-mainkan perasaan orang lain.

Sumpah dia pun memang tak faham apa yang ada dalam hati dan kepala otak Izreen. Malas nak cuba memahami kakak dia sebab semakin dia cuba faham situasi kakak dia semakin dia yang menjadi mangsa.

Dia dengan Zakri dah merancang untuk bertunang kot, alih-alih Izreen mengadu dengan Encik Idris yang selama ini dia menjalinkan hubungan serius dengan Zakri. Tanpa usul periksa Encik Idris membatalkan perancanga pertunangan dia dengan Zakri.

Siapa tak marah? Siapa tak kecewa?

Hati yang parah dibawa ke Amerika Syarikat. Mahu berada jauh daripada semua orang. Mahu lari daripada masalah yang menyakitkan!

Ingatkan selepas tiga tahun dia pulang semula, kakak dia dah kahwin sebab Puan Nona ada beritahu yang Izreen dah bertunang. Alih-alih bila dia sampai ke Malaysia, Hanis beritahu yang kakak dia dah putuskan pertunangan dengan lelaki yang dia sendiri tak kenal dan tak tahu nama. Kesian!

Azara mengeluh kuat. Tubuhnya terlentang mengadap siling berwarna putih. Tubuh yang  terasa sedikit menggigil akibat suhu penghawa dingin yang sejuk segera menarik selimut tebal membaluti tubuhnya sehingga ke separas dada.

“Lantaklah kakak.. Zara tak nak ambil tahu pasal hidup kakak..” Azara memejam matanya rapat. Mahu tidur dengan tenang. Telefon bimbit diset kepada mood senyap. Tidak mahu Zakri menelefon sekali lagi.



Mata yang masih kelat ditenyeh perlahan. Azara terjaga pukul 8.45 pagi. Kelam-kabut dia menolak selimut tebal yang menutup sehingga ke paras kepala. Adoi, macam mana dia boleh terlajak tidur ni? Tak dengar pun alarm telefon bimbit dia berbunyi.langsung tak dengar.

Iphone 5 dicapai kasar. “Damn! Silent rupanya.” Iphone dicampak ke atas katil semula. Dia kena hantar semua laporan semalam pukul 9.30 pagi hari ini. Janganlah stuck dalam jammed!

Azara mandi dengan kelajuan maksima. Laju gila tak sampai lima minit dah keluar semula dari tandas. Sehelai baju berwarna merah ditarik keluar. “Pakai baju ini ajelah, tak payah gosok lagi dah!”

Pengering rambut dihalakan kasar ke kepala. Adoi, habislah rambut dia..

Siap bermekap ala kadar, kunci dan beg tangan diacapai kasar. Kaki Azara melangkah laju menuju ke pintu rumah.

“Zara, lambatnya.. Encik Razlan dah minta laporan semalam. Dia cakap nak semua sekali.” Haleda muncul di belakang Azara yang sedang berjalan laju menuju ke biliknya.

“Kak, Zara overslept sebab semalam balik lewat. Penat sangat-sangat. Tuan marah tak?”

“Entahlah. Cakap okay aje dengan akak tadi cuma dah banyak kali dia tanya akak mana Zara pergi tak sampai-sampai lagi. Risau agaknya.”

Azara mencemik. Risau apa jadahnya, mesti tunggu masa nak sembur dialah tu sekejap lagi.

“Kak, Zara nak jumpa Tuan dulu. Nanti lunch kita borak lagi ya.”

Pintu bilik Adib Razlan Bin Latif diketuk dua kali. Mendengar laungan masuk dari dalam bilik, Azara melangkah masuk. Rasanya dekat seratus kali mulutnya berzikir dan memohon doa agar Razlan tak bengang dengan dia.

Office bapak you ke?”


“Bukan.”

Menjawab?! Bengangnya. Razlan tegak memandang Azara. “Kalau sedar diri yang this is not your father’s office, can you please tunjuk sikap elok sikit? Baru kerja satu hari dah nak tunjuk besar kepala?”

Azara diam membatu. Menelan satu per satu kata-kata pedas Razlan. Dia dah biasa kena maki lagi teruk daripada ini. Kalau setakat kena herdik macam ni apalah sangat dengan hati dia yang dah kebal ini.

“Tadi menjawab sekarang senyap kenapa?”

“Tuan, ini fail yang tuan minta tapi saya minta maaf sebab saya hanya sempat siapkan lima laporan. Lagi satu laporan saya hantar tengah hari nanti.”

Razlan menepuk mejanya kuat. “You jangan ingat you pula bos dekat sini Azara! I nak laporan tu sekarang. Dah la pukul 10.30 baru masuk office, kerja pun tak siap!”

“Bagi saya satu jam, saya akan siapkan segera.”

“Forty minutes in my desk!”

Sure.”

Azara melangkah keluar dengan bibir yang terukir senyuman. “Hai kak.”

“Zara okay ke?”

Dah agaknya mesti Haleda risaukan dia. Memang kuat pun Razlan menempik tadi mestilah Haleda dan yang berada di luar ni dengar.

Okay aje kak. Sikit je tu, Zara pernah kena marah lagi teruk daripada tu. Jangan risaulah kak. Nanti lunch kita makan sama ya?” Azara menepuk lembut bahu Haleda.

Haleda memerhatikan Azara yang melangkah seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Kental betul hati Azara! Kalaulah dia yang ditengking oleh Razlan sebentar tadi agaknya dah menangis dah dia.



Fail berwarna hitam dibuka satu muka surat ke satu muka surat yang lain. “Kalau macam inilah cara you buat kerja, I tak faham kenapa papa I puji you melambung-lambung sampai ke langit. Tak nampak ke ni salah eja?”

Pensel 2B jenama Standard ditekan kuat di atas beberapa perkataan yang salah. Azara gigit bibir bawah melihat tangan Razlan yang dah keluar urat-urat. Memang dia tak perasan langsung ada kesalahan ejaan dalam laporan ni.

“Tuan, saya minta maaf sebab saya memang langsung tak perasan kesalahan ejaan dalam laporan ni. Tak apa saya akan semak semula lepas lunch saya akan serahkan semula kepada Tuan.”
I want it now!”

Azara kerling jam tangannya. Pukul 12.05 tengah hari. Takkan dia tak boleh keluar makan kot? Dah la pagi tadi langsung tak sempat nak sarapan apa-apa pun, sekarang pun tak makan. Perut dia bukannya tahan sangat kalau tak makan.. Nanti mesti muntah-muntah.

“Tuan..”

“Do it now. Get out.”

Nafas dihela berat. Kaki melangkah keluar semula dari bilik Razlan. Razlan memang sengaja nak menyiksa dia!

Kalau ikutkan hati memang dia rasa nak melalak sekarang ni. Lapar gila!


“Zara, jom makan. Dah sepuluh minit akak tunggu Zara tau..” Haleda menegur Azara sebaik sahaja Azara masuk ke dalam biliknya. 

“Kak, Zara ada kerja nak siapkan ni. Akak makan dengan Azam ya hari ni? Zara tak boleh keluar makanlah kak..”

“Habis Zara nak makan apa?”

“Bungkuskan nasi goreng ikan masin untuk Zara, boleh?”

“Okaylah. Air nanti ambil di pantry lah ye.” Haleda menarik nafas dan menghembus perlahan. Kesian Azara. Kaki melangkah keluar semula dari bilik Azara menuju ke meja kerjanya semula.

“Mana Zara?”

“Zara ada kerja nak buat pula Zam. Kita makan berdua ajelah hari ni..”

“La, awak tak pujuk dia ke? Habis tu nanti dia nak makan apa pula?”

“Dah pujuk tapi Zara tak nak keluar jugak. Dia minta saya bungkuskan nasi goreng ikan masin aje untuk dia.” Haleda mengambil beg tangan di bawah meja kerjanya.

Melihat Azam seakan-akan menarik muka kecewa Haleda tergelak kecil. “Hai, nampaknya macam ada orang kecewa aje..”

Azam menarik muka hampa. Ingatkan dia boleh makan bersama Azara hari ini memandangkan semalam dia ada temu janji dengan klien. “Semalam masa Zara keluar makan pun saya tak sempat nak temankan sebab ada temujanji ingatkan hari ni dapat makan sama-sama. Dah lama saya tak berborak dengan dia.”

“Takpe, esok-esok ada lagi. Bukannya Azara tu nak berhenti kerja esok. Jangan risaulah.” Haleda memujuk Azam. Dia tahu Azam memang sejak sekian lama menyimpan perasaan terhadap Azara. Sejak gadis itu menjalani latihan praktikal di sini tiga tahun lepas lagi.

“Oklah Leda. Jom.” Azam berjalan mendahului Haleda. Hampa hati.. hampa hati.

Betul juga kata Haleda, Azara masih lama lagi di sini. Azara akan sentiasa berada di depan matanya. Azam tersengih panjang.



Melihat sebungkus makanan yang diletakkan di atas mejanya, Azara panggung kepala. “Apa ni?”

“Nasi goreng kampung. I tak tahu you nak makan apa, I main beli ajelah apa yang I rasa okay.” Er… kenapa Razlan belikan nasi untuk dia pula? Kan tadi dia dah pesan dengan Haleda. Haleda tak belikan nasi untuk dia ke?

“Untuk saya ke, Tuan?”


Razlan mengangguk.

“Er tapi saya tak kirim pun makanan dengan Tuan.”

“Memang la you tak kirim tapi I takut pula kot-kot you pengsan sebab tak makan tengah hari. Makanlah, I nak masuk bilik I semula.” Azara memerhati susuk tubuh Razlan yang sudah menghilang ke luar.

Belikan makanan untuk dia? Azara bersandar di kerusi. Biar betul bos dia ni! Sewel ke apa? Pagi tadi mengamuk macam orang gila kot sekarang ni baik pula? Salah makan ke masa lunch tadi? Makan lipas? Lepas tu mereng?

Pipi kanan yang terasa gatal digaru dengan tangan kanan. Nak makan ke tak nak ni? Bos ada masukkan apa-apa dalam makanan kot? Hish, tak nampak muka Razlan ni macam jahat pun. Rasa macam lelaki kacak yang sombong tapi baik hati adalah. Baik hati?

Hergh! Azara, jangan nak merepek fikir pasal Razlan ya. Bos kau.. Bos kau. Bos kau sombong! Kau benci lelaki sombong. Benci. Benci. Benci.

Tangan menolak laju makanan di depan muka ke hujung meja. Tak mahu makan makanan yang dibeli oleh Razlan. Tunggu makanan dari Haleda sekejap lagi. Sabar Azara. Sabar itu separuh daripada iman.
Kriukk.. kriuk..

Azara sentuh perutnya yang kempis. Laparnya!

Jam di dinding dipandang kosong. Pukul 1.45 tengah hari dah, mana makanan yang dia kirim dengan Haleda ni? Makan batu ke apa yang lama sangat ni!

Bau nasi goreng kampung memenuhi segenap rongga hidungnya. “Makan nasi ni ajelah! Takkanlah bos nak racun aku pulak.”

Polisterin dari bungkusan merah ditarik keluar. Sedapnya!! Laju tangan Azara menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Memang lapar gila sekarang ni sebab langsung tak makan sejak pagi tadi. Segelas air pun tak minum lagi sebab sibuk bagai nak gila.

“Zara!” Azara panggung kepala. Sudu ditangan diletakkan semula ke dalam bekas polisterin.

“Ada apa Azam?”

Maat Azam menyorot memandang bekas polisterin di atas meja Azara. Sudah hampir separuh nasi dalam polisterin itu dimakan. “Haleda suruh saya hantar makanan dekat awak, tak sangka pula awak dah ada makanan.”

Azara tersengih segan. Sumpah segan! Dah la kirim makanan dengan Haleda lepas tu makan makanan yang dibawa oleh Razlan pula.

“Tuan Razlan yang belikan untuk saya tadi. Agaknya sebagai tanda minta maaf kot sebab marahkan saya pagi tadi.

“Oh.. baiknya Tuan Razlan dengan awak. Tak pernah lagi dia belikan makanan untuk mana-mana staff sebelum ini.”

Ye ke? Alamak! Janganlah ada gosip dia dengan Razlan pula lepas ni. “Mungkin dia pesan lebih kot tadi Zam.. Entahlah, saya pun tak pasti.” Azara menyembunyikan riak gusarnya. Bimbang juga kalau Azam tersalah sangka tentang hubungannya dengan Razlan.

“Tak pe, awak makanlah. Makanan ni saya bagi dekat orang lain aje nanti. Sorry ganggu awak makan, Zara.”

Azara serba salah. Dia nampak muka Azam macam berubah sangat bila dia cakap Razlan yang belikan makanan ni untuk dia. Adoi, janganlah ada suara-suara cakap belakang yang tak seronok pasal dia nanti! Sumpah dia memang tak suka suasana kerja yang macam tu..

“Saya minta maaf ye Zam. Saya memang tunggu makanan dari Kak Haleda tapi saya lapar sangat-sangat.. Bila Tuan Razlan bagi saya makanan rasa macam rezeki jatuh dari langit pula.” Azara buat-buat ketawa. Konon macam lawaklah tu..

“Tak pe, saya tak kisah pun. Awak makanlah. Saya keluar dulu.”

Pintu biliknya kembali di tutup rapat oleh Azam. Azara duduk semula di atas kerusi. Hilang selera nak makan. Kenyang terus!

Nasi yang masih berbaki hampir separuh dibungkus semula.

Sorry nasi, aku dah kenyang.” Bekas polisterin ditolak ke tepi meja.


Dokumen kembali ditarik ke depan mata. Masih banyak kerja perlu dia selesaikan sekarang ini. 

4 comments:

  1. nak lagiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar itu separuh daripada iman. remember? Haha! Thank you for reading this chapter.
      Will up new entry soon.

      Delete