Friday 24 May 2013

Bab 3 Cinta Tak Akan Berakhir


Izreen meletakkan semula cawan berwarna putih di atas meja. Angin sepoi-sepoi yang menampar perlahan pipinya tidak mampu mententeramkan jiwanya. Sebaik sahaja tahu Azara pulang semula ke Malaysia, Izreen terus mengambil penerbangan paling awal pagi tadi dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan adiknya.

Sebaik sahaja sampai ke Kuala Lumpur Encik Idris meminta dia supaya berjumpa dengan salah seorang klien penting terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Tak ada apa yang perlu dikejar di rumah kata Encik Idris.

Siapa kata tak ada? Azara tu salah seorang yang penting untuk dia bersemuka. Sangat-sangat penting! Nak merungut pun tak boleh sebab memang kerja dia. Macam tahu-tahu pula dia nak balik ke Kuala Lumpur hari ini. Akhirnya petang hampir pukul enam baru dia berpeluang balik ke rumah mak dan abahnya.

Nafas dihembus kasar. “Kenapa tiba-tiba balik?” Wajah cantik Azara dipandang dengan pandangan jengkel. Menyampah sangat dia dengan adiknya. Anak kesayangan Puan Nona!

“Kenapa Zara tak boleh balik ke?” Tangan yang memeluk tubuh dilepaskan ke bawah. Melihat kepada cara kakaknya berbual pun dah tahu gaya macam nak ajak bergaduh. Mereka dua beradik sahaja tapi kakak dia tak pernah kisah pasal dia. Tak pernah sayangkan dia.

“Aku tanya kau soalan kan? Yang kau tanya aku soalan semula buat apa? Kau ni harap aje ada master tapi bebal.” Kan dah cakap. Memang nak ajak cari gaduh. Cakap tak pernah baik-baik pun dengan dia. Asyik nak hentam aje!

“Rumah Zara di sini, jadi tak salah kalau Zara nak balik rumah Zara.”

Izreen ketawa halus. “Sejak bila baru kau sedar yang rumah kau di sini?” Azara sudah mula panas punggung. Malas sebenarnya mahu bergaduh dengan kakak dia. Baru dua hari dia balik, takkan macam ini cara kakak dia sambut kepulangan dia?

“Zara rasa kita tak ada masalah pun.. kenapa kakak nak cari pasal dengan Zara? Kali ini apa pula yang kakak tak puas hati dengan Zara?”

Meja kayu di depan mata ditampar kasar oleh Izreen. “Kau balik sini sebab kau dah tahu aku putus tunang kan? Kau balik sebab kau ingat nak rampas Zakri daripada aku, kan?”

Sumpah Azara rasa mahu ketawa bergolek-golek atas rumput karpet Puan Nona. Apa Izreen merepek ni? Dia pun baru tahu yang Izreen putus tunang.. Kalau dia tahu Izreen baru putus tunang sumpah dia tak balik! Sekarang dah jadi isu pula..

“Zara tak tahu pun kakak dah putus tunang. Mak baru je cakap pagi tadi. Kalau kakak putus tunang sekalipun takde kaitan dengan Zara. Hidup kakak, bukannya hidup Zara.” Riak wajah Azara masih bersahaja. Malas nak emosional macam kakak dia sekarang ini. Entah apa-apa buat muka ketat macam tu. Ingat elok kot!

Izreen tunjuk riak bengang. Sejak ada master ni bukan main lagi Azara melawan cakap dia. Dulu bukan main lagi menikus. Kalau dia kata hitam maka hitamlah. “Hey, sejak bila kau dah pandai menjawab cakap aku ni Zara? Aku ni kakak kau tau tak, jadi hormat aku sikit!”

Azara melepaskan tawa halus. “Zara hormat pada orang yang tahu hormat orang lain. Kakak pun tak hormat Zara macam mana Zara nak hormat pada kakak?”

“Kau ni kurang ajar eh Zara!” Izreen berjalan laju mendapatkan Azara. Rambut panjang milik Azara ditarik kasar. “Kurang ajar!!”

Azara menjerit kesakitan.

“Kau ingat kau dah besar sangat ke Zara? Kau rasa kau hebat daripada aku bila kau belajar tinggi berbanding aku? Kau memang sengaja nak lawan dengan aku kan?” Rentapan di rambut Azara makin kuat dan suara Azara menjerit nyaring menahan sakit di kulit kepala.

“Lepaslah! Sakit!” Azara memegang kuat tangan Izreen yang semakin kuat mencengkam rambutnya.
“Kau rasakan. Hati aku ni lagi sakit bila tengok muka kau tu Zara!”

Puan Nona yang berada di dapur terkocoh-kocoh berlari keluar kerana mendengar anaknya saling menjerit.
“MasyaAllah… Reen!! Apa yang Reen buat ni..” Tangan Izreen ditampar kuat oleh Puan Nona kerana mahu Izreen melepaskan tangannya yang mencengkam kuat rambut Azara.

“Mak, anak mak ni dah kurang ajar dengan Reen. Apa Reen cakap semua dia balas. Dah tunjuk besar kepala!” Izreen melepaskan rambut Azara dengan kasar. Sebal!

Azara mengesat air mata yang mengalir. Sakit gila kot kakak dia tarik rambut dia tadi.“Apa yang Zara kurang ajar dengan kakak? Part mana?” Azara tidak puas hati. Dia mesti membela dirinya.

“Mak tengok tu, masih lagi nak melawan! Dulu bukan macam ni.. Apa kau belajar dekat Amerika tu Zara? Belajar jadi kurang ajar baik tak payah balik!” Sekali lagi tangan Izreen menunjal kepala Azara.

“Jangan main kepalalah!” Azara yang baru mahu membalas perbuatan Izreen terhenti apabila Puan Nona menjerit nyaring.

“Ya Allah.. sudah! Sudah! Penat mak nak layan perangai kamu berdua ni.. Dah besar panjang pun bergaduh macam budak-budak!” Puan Nona menampar tangan Izreen yang berdiri depannya.

“Sakitlah mak.. Kenapa mak pukul Reen? Mak sepatutnya pukul anak mak yang tak sedar diri ni. Dia balik sini sebab nak goda Zack mak! Dia memang sengaja balik sebab nak rosakkan hubungan Reen dengan Zack.”

Puan Nona menggeleng dengan tuduhan Izreen. “Apa yang Reen merepek ni Reen oi.. Zara tak tahu apa-apa langsung pasal hubungan Reen dengan Zack.”

Izreen menjuihkan bibirnya. Tak tahu atau buat-buat tak tahu! Dia yakin adik dia memang sengaja balik ke sini sebab nak merosakkan hubungan dia dengan Zakri. “Kau ingat eh Zara, kalau kau ada hati nak rosakkan hubungan aku dengan Zack, aku tak teragak-agak untuk bunuh kau!”

“Izreen Fatiha!! Astagfirullah hal’azim. Apa yang Reen merepek ni. Ya Allah, mulut tu jaga sikit Reen, jangan main cakap ikut sedap mulut saja! Ini adik Reen, sampai hati Reen nak bunuh adik sendiri?” Puan Nona melepaskan amarahnya. Izreen memang melampau kali ini. “Zara memang tak tahu apa-apa pun, kenapa Reen nak salahkan Zara dalam hal ni?”

“Apa yang dia tak tahu mak? Reen baru pututs tunang seminggu lepas, tiba-tiba hari ni dia dah muncul. Mesti sebab dia dah ada rancangan jahat dia sebab tu dia balik ke sini! Bertahun-tahun tak balik, hari ni muncul dekat sini buat apa? Menyemak aje!” Izreen masih tidak puas hati dengan Azara cuba bergerak ke hadapan untuk menyerang Azara sekali lagi namun berjaya ditegah Puan Nona.

“Mak nak Reen masuk dalam. Pergi mandi! Sekejap lagi dah nak masuk Maghrib. Syaitan banyak petang-petang macam ni sebab tu cakap pun merapu aje. Dah, pergi masuk!” Tubuh genit Izreen ditolak supaya melangkah masuk ke dalam rumah.

“Kau jangan nak seronok sangat Zara!” Izreen menjerit kuat di muka pintu sebelum menghilang ke dalam rumah.

Azara kembali duduk di meja santai. Penatnya nak layan kerenah kakak dia. “Mak..” Puan Nona yang baru mahu melangkah masuk semula berpaling. “Zara nak berbual dengan mak.”

“Dah nak Maghrib ni Zara, malam nantilah kita berbual. Sekejap lagi abah balik dari jogging..”

“10 minutes je mak. Please.” Mahu tidak mahu Puan Nona melangkah melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu.

“Zara nak cakap apa?”

“Zara rasa Zara nak pindah keluar dari rumah ni.”
Puan Nona menjerit kecil. “No way! Mak tak setuju!” Melihat reaksi emaknya Azara memang dah agak pun penerimaan emak dia sebab tu masa dia ke Amerika Syarikat dulu dia terus blah macam itu aje sambil tinggalkan sekeping nota untuk mak dan abah. Kalau minta izin jangan harap dia boleh ke sana.

Please mak. Zara tak rasa yang kakak akan layan Zara dengan baik dalam rumah ni.” Lemah suara Azara. Dah penat dah nak layan semua ini. Dua puluh enam tahun dia berdepan dengan semua ini. Penat sangat-sangat dah!

“Kalau kakak tak layan Zara dengan baik, mak kan ada. Mak boleh berbual dengan Zara kalau Zara bosan. Mak boleh siapkan makanan apa yang Zara nak makan.. Mak nak anak mak selalu ada depan mata mak.” Puan Nona menggenggam tangan Azara. Dia rindu sangat-sangat dengan anak dara dia yang seorang ini. Sangat rindu!

“Mak, abah akan lebihkan kakak. Kalau bergaduh abah akan menangkan kakak. Kali ni tolonglah bagi Zara pindah. Zara pasti abah mesti tak kisah kalau Zara keluar dari rumah ni sebab abah bukannya kisah sangat pasal Zara.”

“Mak tak setuju!” Kasar nada suara Puan Nona.

“Untuk kebahagiaan Zara, kali ini aje Zara minta dengan mak. Zara tak pernah minta apa-apa daripada mak.. Sekali je, tolonglah Zara mak.. Zara tak sanggup lagi nak bertekak dengan kakak setiap hari. Nak dengar caci maki kakak.. Jiwa ni tak tenang mak.” Jari telunjuk ditunding ke dada sendiri.

“Dah tak ada cara lain lagi ke Zara?”

Azara menggeleng lemah. Ini sahaja cara yang dia ada. Mungkin cadangan Hanis sejak berkurun lama dulu adalah cadangan yang terbaik. Sepanjang tiga tahun dia berada di Amerika Syarikat, jiwa dia tenang. Tenang yan teramat sangat walaupun dia rindu tahap menggila kepada Puan Nona.

Berjauhan dari Izreen buat hati dia rasa tenang sangat. Tak perlu dengar jerit pekik kakak dia setiap hari. Kalau jerit saja tak apa ni siap dengan pakej maki hamun lagi. Siapa yang tak sakit hati?
“Boleh ya mak?”

Puan Nona mengeluh lemah. Berat sangat hati hendak memberikan kebenaran. “Zarakan baru aje balik, duduklah lama sikit lagi. Nanti mungkin kakak akan okay dengan Zara.”

Azara menggeleng lagi. Memang takkan okay! “Dua puluh enam tahun mak, pernah tak mak nampak kakak layan Zara dengan baik? Bercakap dengan nada lembut pada Zara?” Tangan Puan Nona digenggam erat. Memohon simpati wanita berusia awal lima puluhan itu.

Thud!

Puan Nona rasa seperti mahu menangis semahu-mahunya. Kesiannya Azara! Mangsa keadaan Izreen yang selalu mengambil kesempatan terhadap sikap lembut Azara.

“Kalau itu yang terbaik untuk Zara, mak doakan Zara bahagia. Jangan lupa selalu balik jenguk mak. Kalau boleh setiap hari.”

Azara menjerit kegembiraan. Tubuh Puan Nona segera dipeluk erat. “Thank you mak! You are the best mom in the world!”

Puan Nona tersenyum pahit. Azara mungkin suka, dia yang akan berduka.. Memendam rasa rindu yang amat sangat terhadap Azara. “Nanti mesti mak rindukan Zara.”

I will visit you often, mak! Very often!” Kepala Puan Nona dicium berkali-kali. Lega sangat selepas Puan Nona memberikan kebenaran untuk dia tinggal sendiri. Sukanya!




Razlan menghempas tubuhnya ke atas katil. Sunyinya hidup dia sekarang ni. Cakap megah depan mama dan keluarganya yang dia takkan rindukan Izreen tapi yang berlaku sekarang ialah sebaliknya.

Izreen tinggalkan dia sebab nak balik dengan bekas kekasih?


Mengenangkan sikap Izreen sepanjang tempoh pertunangan mereka memang buat dia rasa sakit hati yang amat sangat tapi dia benar-benar ikhlas mencintai gadis itu. Dia tidak pernah jatuh cinta dengan wanita lain selain Izreen. Hanya Izreen seorang sahaja pengarang jantung dia selama dia mengenali wanita itu.

I tak sayangkan you lagi Raz. Hubungan kita setakat ini aje sebab you sangat-sangat membosankan I.”

Razlan bengang! Baru balik dari kerja terus singgah ke office Izreen untuk membuat kejutan alih-alih dia nampak Izreen sedang keluar berpimpin tangan dengan lelaki lain? Apa ni?

“Macam ini aje you nak tamatkan hubungan kita? Reen, selepas apa yang kita lalui selama tujuh bulan, macam ini aje you nak putus dengan I?”

Izreen tergelak kecil. “I dengan Zakri bercinta dua tahun sebelum I kenal dengan you. Sepanjang bertunang dengan you pun I masih lagi berkawan dengan Zakri. I minta maaf sebab tak jujur dengan you tapi I kena cakap dengan you yang I tak sayangkan you, Raz. Pertunangan kita dulu satu kesilapan. I marah pada Zakri waktu tu.. Tapi rupanya selama ini hati I ada pada Zakri, not you.”

Kalau ikutkan hati dia yang bengang teramat sangat memang dia nak aje tumbuk muka comel Izreen tapi macam dayuslah pula pukul perempuan. Dia bukan pemarah jauh sekali menjadi kaki pukul.

I akan ke rumah you untuk pulangkan cincin. I harap mama you tak kisah pasal ni.. Kalau boleh I tak mahu libatkan orang tua I, jadi nanti I akan cakap sendiri dengan mama you.”

Kata-kata Izreen hanya bagaikan angin lalu kepada Razlan.

Why?” Razlan tidak tahu kenapa dia masih mempersoalkan kepada Izreen ‘kenapa’ gadis itu mahu memutuskan pertunangan mereka..

“Raz, I told you already yang I tak ada perasaan pada you lagi.. Hati I masih ada pada Zakri. I sayangkan Zakri dan I harap you faham.”

 Izreen yang baru mahu melangkah pergi terhenti apabila Razlan menarik tangan gadis itu. “Apa silap I, Reen? Apa yang tak kena pada hubungan kita selama ini?  Sebab I bukan lelaki romantik yang you nak selama ni? Just because of that?” Kalau itu yang menjadi puncanya dia boleh berubah. Izreen mahu bunga berbakul-bakul setiap hari? Boleh, dia boleh surih Haleda selesaikan hal itu dengan florist.

No.. Bukan pasal tu aje Raz. Banyak.. banyak sangat masalah kita! Terutamanya pasal perasaan. I rasa terabai bila you gila kerja. You rasa selamat bila I jadi tunang you sedangkan dulu waktu you kejar cinta I you sanggup tunggu depan office I berjam-jam lamanya. Bila you dah dapat apa yang you nak, you buat I macam tunggul.”

What?

Bila masa dia buat Izreen macam tunggul? Setiap malam dia akan hubungi gadis itu sebelum tidur. Setiap malam mereka bergayut di telefon walaupun dia penat menggila. Kalau Izreen harapkan dia bermesej dua puluh empat jam memang dia tak boleh buat sebab dia ada komitmen lain!

“Walaupun I dengan Zakri pernah putus tapi Zakri akan hantar bunga pada I setiap hari. Zakri akan tarik kerusi untuk I duduk bila kami keluar makan bersama. Zakri belikan I hadiah setiap bulan pada ulang bulan perkenalan kami. Sampai sekarang pun Zakri masih buat pelbagai kejutan untuk I.. Dan I rasa dihargai. Perasaan yang sangat-sangat bahagia!”

Jadi selama ini Izreen membandingkan dia dengan Zakri? Zakri baik. Zakri romantis. Zakri itu, Zakri ini.. Semuanya Zakri.

Razlan mengepal penumbuk. Geram sangat-sangat dengan sikap Izreen. “Fine. Kalau itu kata you, I harap you akan bahagia.”

Razlan mengeluh lemah. Itulah kali terakhir dia bertemu dengan Izreen. Tiga hari lepas gadis itu ada datang ke rumahnya namun ketika itu dia masih bengang dengan Izreen jadi dia tidak turun ke bawah. Sekarang dia sudah mula terasa kehilangan Izreen.

Tujuh bulan kenal dengan Izreen setiap malam bergayut telefon kot sebelum tidur. Sekarang ni senyap sunyi takde sesiapa lagi nak berbual. Betullah kata orang bila dah kehilangan baru akan terasa memerlukan.

Kenapa hati dia terpaut pada Izreen? Sedangkan sikap Izreen langsung tidak sama seperti yang dia bayangkan. Izreen selalu berkasar dengan dia. Suka melawan apa yang dia cakap dan langsung tidak suka menerima pendapat orang lain.

Satu lagi keluhan terbit dari bibir Razlan.

Bantal panjang berbentuk silender ditarik dan dikepit di celah kangkang. Dia rindukan Izreen. Sungguh dia sangat rindukan gadis itu tapi dia takkan mengalah dengan Izreen. Izreen memilih untuk bersama Zakri jadi biarkan! Tengok sampai bila Zakri boleh bertahan dengan Izreen.



2 comments: