Thursday 23 May 2013

Bab 2 Cinta Tak Akan Berakhir


Azara menolak troli yang memuatkan beberapa buah beg roda bersaiz besar menuju ke pintu lapan. Nafas dihembus perlahan. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Malaysia selepas hampir tiga tahun meninggalkan Malaysia, meninggalkan keluarga dan meninggalkan kenangan lama.

“Baliklah Zara.. Mak dengan abah dah rindu sangat dengan Zara. Mak tahu Zara masih marahkan kakak tapi kakak dah berubah. Baliklah..” Rayuan Puan Nona setiap kali menelefon dia. Tidak pernah jemu memujuk dia pulang ke Malaysia.

“Nantilah mak, Zara belum ada hati nak balik.”

“Zara tak kesiankan mak ke? Setiap hari mak rindukan Zara.. Kalau abah izinkan dah lama mak terbang ke Amerika tu Zara.. Mak rindu sangat dengan anak mak.” Zara mengesar air mata yang mengalir turun. Setiap kali berbual dengan Puan Nona, setiap kali itulah Puan Nona suruh dia pulang ke Malaysia.

Tiga tahun buka satu jangka masa yang sekejap.. Tiga tahun membawa diri ke Ohio, Amerika Syarikat hari ini dia pulang dengan segulung ijazah peringkat sarjana. Kalau bukan kerana membawa hati yang kecewa tidak mungkin dia akan ke Ohio. Jika bukan kerana Zakri mungkin dia masih juga di sini.

Ah, kenangan. Semua sudah berlalu.dia kembali sebagai Azara yang baru. Azam baru, semangat baru. Mata meliar ke merata tempat. Mencari seseorang yang sudah berjanji akan menjemput dia di sini.


“Zara!” Tubuh serentak berpusing ke kanan tatkala mendengar namanya dilaung kuat.

“Hanis!” Tangan didepa luas ketika melihat Hanis berjalan pantas mendapatkan dia. “Oh my God! I miss you so much!” Tangan mengusap perut Hanis yang menghalang tubuh mereka untuk bersatu dengan lebih erat. “Bila due?”

“Lambat lagi.. Dua bulan lebih lagi.” Zara mengangguk.

Tiga tahun dia ke Ohio, Hanis dah kahwin dengan Khairul. Dah nak bersalin pun. Dia masih juga sama, sendiri tanpa teman.

“Sampai hati kau pergi macam tu aje.. Tak balik masa kenduri kahwin aku!” Hanis menampar perlahan bahu Azara.

Nafas dihela berat. Saja je Hanis ni nak ungkit kisah lama. Bukan Hanis tak tahu kenapa dia meninggalkan bumi Malaysia. “Tahniah untuk perkahwinan kau dan tahniah untuk bakal anak kau ni..” Azara mengubah topik perbualan. “Tak sabar nak tengok anak kau, Anis. Mesti comel!”

Don’t change the topic, Zara.”

“No, I am not.”Azara tayang riak muka selamba. Malas nak cakap pasal benda dah lepas. Bosan!

Parents kau tahu tak kau dah balik?” Azara menggeleng sambil tersengih. “Nak buat kejutanlah ni kononnya?”

Yeap!”

Khairul membantu Azara menolak troli yang penuh dengan beberapa biji beg besar. “Kau macam duduk sepuluh tahun dekat AS, Zara. Barang kau mak aiii banyaknya!”

“Lamalah juga tiga tahun tu.. Rasa macam tiga puluh tahun aku dekat sana.” Zara sengih.

Hanis cangkuk tangannya pada lengan Azara. “Itulah lama sangat merajuk siapa suruh? Nasib baik ingat juga nak balik ke sini, ingatkan kau nak mati dekat sana je..” Amboi, pedas betul sindiran Hanis!

“Kau menyindir ke?”

Hanis menggeleng. “Tak, aku memang nak mengumpat kau. Kejam! Pergi tak beritahu, alih-alih lesap. Tiba-tiba telefon aku cakap kau ada di AS. Sampai hati kau kan Zara.. Sedih aku tau!”

Azara mengetatkan rangkulan tangan Hanis dilengannya. “Aku minta maaf okay. Kan aku selalu aje call kau dari sana.. Takkan tu pun masih nak marah lagi?”

Langkah Hanis yang tiba-tiba terhenti memaksa Azara turut sama berhenti. “Kau beli hadiah apa untuk aku?”
Spontan Azara tergelak besar. Hampeh punya kawan! Bukan nak tanya dia sihat ke tidak, tanya beli hadiah apa.. “Aku beli kau macam-macam. Untuk baby pun ada sekali. Tak sabar nak jadi aunty!”

“Itulah suruh kahwin tak mahu.”

“Takde yang sudi.”

Khairul yang menolak troli dibelakang wanita kesayangannya itu hanya tergelak mendengar butir-butir pebualan Hanis dan Azara. Bergaduh macam anjing dengan kucing. Cakap sikit aje dah nak menyinga lepas tu dua-dua gelak serentak. Adoi, janganlah anak dia pun join group Azara dan Hanis. Mau pening kepala dia melayan mereka nanti.

Selesai mengangkut semua beg ke dalam boot kereta, Khairul berjalan pantas menuju ke tempat duduk pemandu.

“Zara, sorry la kau kena duduk depan hari ni. Anis ni memang tak boleh duduk depan langsung sejak-sejak mengandung ni. Aku ni dah jadi macam driver lah kiranya.” Khairul tergelak sambil memandang Hanis yang duduk bersandar di belakang.

“Alaaa, bila lagi Anis nak bermanja dengan kau kan. Waktu-waktu macam inilah dia nak tunjuk taring pun.” Giliran Azara dan Khairul ketawa besar. Hanis yang duduk di belakang tidak habis-habis mencubit bahu suaminya.

“Suka ye abang mengata Anis.. Abang tu pun sama masa awal-awal Anis mengandung dulu muntah-muntah, pening tu apa?”

Azara ketawa besar. Menekan perutnya yang terasa senak melihat gelagat suami isteri ini. Sumpah memang sakit perut sebab dulu Hanis selalu bercerita yang Khairul mengalami morning sickness padahal yang mengandung ialah Hanis.

Selepas masuk bulan ke dua barulah morning sickness Khairul beransur pulih dan kembali sihat sehingga sekarang. Hanis pula tidak banyak masalahnya kecuali tidak boleh memandu langsung, tidak boleh duduk di bahagian depan semasa dalam kereta dan tidak boleh bau sabun mandi. Agaknya kawan baik dia ni memang langsung tak menggunakan sabun ketika mandi sampailah sekarang! Haha.

Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan tempat letak kereta KLIA. “Anis, kau mandi tak hari ni?”
“Eh, mestilah mandi. Kau ingat aku kambing ke takut air?”

“Tak.. Kau lagi pelik dari kambing sebab kau takut sabun.” Azara ketawa lagi apabila mendengar Hanis menjerit nyaring. Geramlah tu.

“Aku bukan takut sabun cuma sabun tak berapa sukakan aku sejak aku mengandung ni. Ei, tak guna punya sabun!”

Azara ketawa lagi. Memang hari ketawa sedunia ni. Asyik gelak sakan aje sejak jumpa dengan Hanis dan Khairul.

“Takpe, kau sabar sikit aje lagi. Two months! Lepas tu kau boleh mandi sebotol sabun mandi sehari.” Hanis mencebik dengan usikan Azara. Tak guna betul kawan dia, perli bukan main lagi!

“Kau tunggu kau mengandung nanti Zara.. Kau tengok la masa tu apa benda pelik kau alami. Silap-silap kau suruh suami kau tidur luar sebab busuk dengan bau suami sendiri.” Azara mencelik luas. Pandangan mata dihala kepada Khairul.

“Kau kena halau tidur luar ke Khai?”

Khairul menggeleng. “Tak adalah. Aku wangi selalu sampai Anis ni asyik nak berkepit dengan aku je sejak mengandung. Aku yang alah bau dia.”

Sekali lagi tawa Azara terhambur sakan. “Kau ke yang kena halau Anis? KorangOh my God! Sakit perut aku dengar cerita menandung kau ni Anis..”

Hanis tayang muka tak puas hati. “Kau tunggu Zara.. kau tunggu! Nanti kau terimalah nasib kau masa kau mengandung nanti.” Amboi, mengugut!

“Tak baik tau kau doakan yang tak elok dekat aku.. Kau kena doakan yang baik-baik untuk aku.” Azara sengih panjang.

“Ye lah, aku doakan kau cepat kahwin.”

Khairul yang sedang memandu segera mengaminkan doa yang disebut oleh Hanis. “Amin. Amin. Aku pun doakan kau cepat kahwin. Boleh bagi kawan untuk bakal anak aku nanti.”

“Merepek.. merepek! Malas cakap pasal ni. Kau cuti bersalin berapa lama nanti?” Sekali lagi Azara mengubah topik perbualan. Malas nak cakap pasal diri dia. Tak suka!

“Tiga bulan aje. Kalau boleh nak ambil setengah tahun sampai anak aku besar baru nak masuk kerja tapi itulah dah nama pun makan gaji..”

“Ala, takpe lah. Nanti kau tinggal anak kau dengan mak kau kan? InsyaAllah takde apa-apa.. Jangan risau sangatlah. Pandailah mak kau tu jaga cucu sulong dia ni.” Azara menyedapkan hati Hanis. Dia tahu sahabatnya itu risau jika anaknya dihantar ke pengasuh, bimbang kalau-kalau pengasuh buat yang tidak senonoh kepada anaknya.

Bukan nak cakap tapi memang ada pengasuh yang tidak berhati perut. Pukul budak, dera dan tidak memberi makan kepada budak kecil. Ya Allah, jauhkanlah semua itu daripada keluarga dia dan sahabat-sahabat dia. Semoga semua kanak-kanak kecil dilindungi sentiasa. Amin!

So apa plan kau lepas ni Zara?”

Pandangan terarah kepada Khairul yang sedang memandu di sebelahnya. “Rehat sekejap kot. Aku dah dapat surat daripada syarikat lama aku tu suruh lapor diri lima hari daripada sekarang tapi aku dah minta tangguh. Aku ingat nak duduk rumah dulu dalam dua minggu lepas tu baru masuk kerja.”

“Bagus jugak tu.. Sekurang-kurangnya bolehlah kau habiskan masa dengan mak abah kau dulu sebelum kerja.” Azara angguk dengan cadangan Khairul. Memang itu pun rancangan dia. Banyak perkara yang perlu dia bualkan dengan mak dan abah.

“Zara.. Zara!” Zara kalih ke belakang apabila bahunya ditampar berulang kali oleh Hanis.

“Apa?”

“Kakak kau tu macam mana?”

Azara mengalih pandangan mata ke hadapan semula. “Macam mana apa?”

“Laa, macam mana dengan tunang dia tu? Kan haritu kau cakap mak kau kata kakak kau ada masalah dengan tunang dia tu. Kau balik ni nak rampas Zakri ke apa?”

Azara segera berpaling ke belakang semula. Memandang wajah Hanis dengan pandangan garang. “Amboi kau ni mulut… jangan nak main tuduh-tuduh eh.”

“Ala, janganlah garang. Aku tanya aje.. Aku pun nak tahu juga apa perkembangan kakak kau dengan tunang dia dan bekas kekasih kau tu..”

“Entah!” Azara menjawab malas. Memang malas nak ambil tahu pun. Kalau boleh tak mahu dikaitkan apa-apa langsung dengan kakak dia dan kekasih kakak dia.

“Kau ni kalau tanya aje semua entah.. entah! Mak aku cakap dia ada pergi rumah kau minggu lepas. Kakak kau dan putus tunang eh?” Azara membeliakkan matanya. Putus tunang?

“Mana kau tahu?”

Hanis mendengus geram. “Kan aku cakap mak aku yang cakap. Mak aku kata mak kau yang bagitahu dia.. Mak kau pun dah pening dengan kakak kau tu..”

Azara telan air liur. Terasa kesat berpasir air liur dia sekarang ini. Bukan kakak dia baru aje bertunang ke? Takkan dah putus? Rambut yang jatuh berjuntai di dahi diselit ke belakang telinga. Heee, kakak.. kakak!

“Kau tahu ke kenapa kakak aku putus tunang?” Sekali lagi Azara menoleh ke belakang. Hanis jongket bahu.

“Mak aku tak cakap pun kenapa.. Tak serasi agaknya.” Azara angguk. Mungkinlah kot.. Kakak dia kan pelik sikit. Suka berebut dengan dia. Bila dia tak ada di Malaysia agaknya semua perkara tak serasi dengan diri kakaknya.

Ni bila dia dah balik ke Malaysia entah apa yang kakak dia nak rebutkan dengan dia selepas ini.




Azara menunduk memandang lantai yang dilapisi sehelai permaidani berwarna hijau muda. Hati mula mengomel geram dengan sikap abahnya Encik Idris. Siapa tak geram kalau dah balik tapi elok nampak muka aje terus kena sembur?

“Abah tak pernah ajar anak abah jadi kurang ajar. Zara ingat kalau Zara lari ke luar negara masalah boleh selesai? Zara ingat bila Zara buat perangai macam ni abah akan pujuk Zara? Sanjung Zara? Zara tu bukan budak kecil lagi! Ada otak tapi tak mahu pakai!” kata-kata Encik Idris seperti butir-butir peluru yang menembak tepat ke hatinya. Sakit dan pedih!

“Zara minta maaf, tapi masa tu Zara tak boleh berfikir. Zara rasa marah sangat dengan kakak.” Azara bersuara perlahan.

“Itu kakak Zara, apa salahnya kalau Zara mengalah dengan kakak? Takkan dengan kakak pun Zara nak berebut?” Dah agak. Abah pasti akan lebihkan kakak. Kakak tak pernah salah pada pandangan mata abahnya.

Semuanya kakak. Kakak pandai, kakak baik, kakak penyayang, kakak.. Semua kakak! Dia yang jadi mangsa korban untuk semua kesalahan kakak dia.

“Abah memang tak pernah menangkan Zara. Kakak aje yang betul dalam semua perkara.”

“Memang! Memang abah lebihkan kakak sebab kakak tu tak sihat. Kalau kakak sihat macam Zara abah takkan manjakan kakak..” Encik Idris rasa sakit hati dengan sikap Azara. Baru balik tak sampai tiga jam dah nak bertekak dengan dia.

“Zara jangan nak tunjuk keras kepala Zara dengan abah. Kalau Zara nak degil, Zara pergi balik Amerika. Tak perlu balik ke rumah abah!” Abah halau dia keluar? Abah halau dia?

“Zara balik sebab Zara rindukan abah dengan mak.. Sampai hati abah halau Zara.”

“Memang abah halau Zara sebab Zara dah sakitkan hati abah!” Suara Encik Idris melengking tinggi. Tubuh Azara terhinjut-hinjut menahan tangis. Sedih sangat!

“Abang! Ya Allah.. abang.. mengucap bang. Ni anak kita.. abang jangan cakap yang bukan-bukan dekat Zara. Kesian Zara bang.. Penat pun tak hilang lagi abang dah marah-marah Zara macam ni.”

Melihat keadaan yang sudah tidak terkawal, Puan Nona mula masuk campur. Bersusah payah dia memujuk Azara balik ke Malaysia, macam itu saja suami dia nak halau Azara? Kali ini dia takkan mengalah! Cukuplah sekali Azara tinggalkan dia. Cukuplah sekali sahaja dia menanggung rindu yang menggunung hebatnya terhadap Azara.


“Sudahlah, malas abang nak masuk campur dalam hal ni. Zara, kalau Zara nak tinggal di rumah abah, Zara kena ikut cara abah. Jangan bantah cakap abah!” Azara hanya menghantar pemergian Encik Idris ke tingkat atas dengan ekor matanya.

Air mata yang masih bersisa diseka perlahan. Sedih sangat dengan penerimaan abahnya. Ingatkan abah akan peluk cium dia tapi sebaliknya yang berlaku. Dia terpaksa meruntun kaki Encik Idris untuk mendapatkan kemaafan abahnya tapi ditepis oleh Encik Idris. Ya Allah sebaknya dia!

“Zara, mak minta maaf bagi pihak abah. Abah masih marahkan Zara.  Zara jangan kecil hati ya?” Azara memeluk erat Puan Nona. Menghamburkan tangisan di dada wanita kesayanganya.

“Semua salah Zara mak. Zara yang tak pandai ambil hati abah. Zara memalukan abah. Zara yang salah mak.. Semua salah Zara.” Azara menumbuk dadanya melepaskan sakit yang terbuku di dada.


Puan Nona menggeleng. Dia turut menangis sambil memeluk anka gadis kesayangannya. “Tak, Zara tak salah sayang.. Semua yang berlaku memang dah takdir Zara. Zara sabar ya? Mak sentiasa ada untuk Zara.” Azara menangguk perlahan. 

p/s : Sri memang nak up Bab 2 ni semalam tapi interbet di rumah ni selowwwwnye Ya Allah, tak dapek nak nolong lagi dah. :) 
Semoga semorang enjoice. *Bih hugs*

No comments:

Post a Comment