Monday 28 January 2013

Bab 16 Kau Perempuan Itu


“Assalamualaikum, Along!” Laung Ari Aqashah dari jauh sebaik sahaja ternampak susuk tubuh abang sulungnya itu.

878390_large


Arif Shah berpaling mencari suara yang cukup dikenalinya. “Ari! Nak ke mana?”.

“Cari Along lah. Mama suruh Ari datang sini pujuk Along.” Arif Shah menggeleng-gelengkan kepalanya. Sebenarnya Arif Shah memang sengaja mengelakkan diri dari Puan Khalisah semenjak mamanya membantah niatnya untuk bertunang dengan Marliana.

Panggilan daripada Puan Khalisah yang entah sudah berapa ratus kali langsung tidak dia jawab. Bukan apa, kalau dia jawab memang dia tidak tahu apa yang mahu dibualkan dengan Puan Khalisah.

Marliana pula asyik mendesak dia untuk memujuk Puan Khalisah sekali lagi. Cukuplah sekali dia berdepan dengan Puan Khalisah dan cukuplan sekali Puan Khalisah menolak permintaan dia. Dia tidak pernah meminta apa-apa yang penting dari Puan Khalisah. Ini merupakan kebahagiaan dia, kenapa perlu dihalang sedangkan papa sangat bersetuju dengan pilihan dia.

Apa kurangnya Marliana? Cantik, bijak dan sopan. Memangkan tidak sempurna sebagai seorang wanita muslimah yang sejati, namun InsyaAllah selepas mereka berkahwin dia akan mendidik Marliana sebaik mungkin. Lagipun Marliana bukanlah seorang yang terlalu sosial atau terlalu ‘daring’ dalam pergaulan sehariannya.

Melihat Arif Shah seperti tengah berfikir dan mencari sesuatu, Ari Aqashah menegur. “Along! Ari depan mata Along ni, cari apa?”

“Along okay. Kenapa mama suruh Ari datang?” Bahu kanan adiknya disentuh lembut. Tidak mahu adiknya terasa seperti dihalau atau kehadirannya tidak disenangi.

“Lapar pulak perut ni. Kafe kat mana?” Sengaja mahu mengajak abangnya bersembang lebih panjang. Lama tidak berjumpa dengan abangnya. Semalam pun dia baru sahaja pulang dari Brunei. Banyak pula kerja dia sekarang ni. Kalau tak ke Brunei, ke Hong Kong atau Taipei.

Memanglah kerja sebagai juruterbang sangat meletihkan sebab kena pergi sana sini. Balik rumah satu dua hari dah kena kemas baju pergi kerja semula. Lepas tu balik, longgok baju di rumah dah kerja semula. Belum sempat nak bermanja dengan katil kesayangan.

Tapi dia suka! Dia suka dengan kerja yang dia lakukan sekarang walaupun papa sanggup menawarkan gaji yang lebih tinggi untuk dia bekerja dengan Teraju Sinar Holdings. Alahai, tak minat sangatlah dengan perniagaan. Malas nak berjumpa klien sampai lewat malam atau nak kena ambil hati puji-puji mereka. Adoi!

Ari Aqashah kembali merenung muka abangnya. Takkan tak sudi makan dengan dia sekejap pun kot? Arif Shah anggukkan kepalanya.

“Jom.” Arif Shah yang memahami tujuan adiknya datang ke sini. Mereka seiringan berjalan menuju ke kafeteria. Diam membisu sehingga sampai ke sana.

“So, kenapa datang sini?” Malas mahu berbasa-basi dengan adiknya. Straight to the point, senang. Tak perlu pening kepala berteka-teki tentang kedatangan adiknya ke hospital. Takkan nak ambil ubat pulak, pastilah datang untuk mencari dia.

“Mama suruh check Along sihat ke tidak. Kurus ke gemuk. Muka ceria ke muram.” Balas Ari Aqashah. Arif Shah hanya ketawa. Main-main pulak budak ni!

“Betul! Mama yang cakap macam tu dekat Ari semalam. Kalau bukan sebab mama, Along ingat Ari suka ke datang hospital? Sorry okay!”

Betul jugak, Ari Aqashah bukan suka datang hospital. Ni mesti kes kena paksa dengan mama. Aduhai, mama! Kenapalah nak jugak Ari Aqashah datang sini tengok dia. Kalau mama tak izinkan dia takkan kahwin dengan Marliana. Dia akan kahwin hanya dengan persetujuan mamanya sahaja.

Andai kata dia melukan hati mamanya dengan membuat keputusan untuk menikahi Marliana, dia bersalah. Tapi dia juga terluka kerana dia sangka mama akan bahagia dengan pilihan hatinya. Dia bukannya muda lagi. Lagipun sudah lama sangat dia berkawan dengan Marliana. Bimbang akan hilang kemanisan bercinta kalau terlalu lama bersama tanpa ikatan yang sah.

“Dah tengok Along, Along sihat. So, sekarang apa lagi mama pesan? Suruh balik rumah? Not now! At least sehingga mama cakap yes nak pinangkan Marliana untuk Along.” Tangannya mencapai gelas teh tarik di depan mata dan disua ke mulutnya. Sedikit demi sedikit air teh tarik panas itu dihirupnya.

Sengaja bercakap begitu dengan Ari Aqashah. Biar Ari Aqashah sampaikan kepada Puan Khalisah yang dia benar-benar mahu berkahwin dengan Marliana. Tapi kalau dah takde jodoh dia dengan Marliana nak buat macam mana. Terpaksalah dia membujang sampai ke tua.

Eh tadi baru je kata takkan ingkar cakap mama. Adoi, macam mana ni Arif Shah oi?
Ari Aqashah ketawa kecil. “Along ni merajuk macam budak-budak. Along nak sangat ke kahwin dengan Marliana tu?”

“Kak Mar.” Arif Shah membetulkan kata-kata Ari Aqashah. Sedap mulut dia aje sebut Marliana.
“Okay, sorry. Kak Mar bakal kakak iparku. Puas hati?” Perli Ari Aqashah.

“Bakal kakak ipar tak jadi. Mama tak setuju. Takkan Along nak melutut merayu paksa mama supaya pinangkan Mar untuk abang pulak.” Arif Shah buat muka sedih. Memang sedih pun. Rasa kecewa sangat.

Ari Aqashah rasa geli hati lihat muka abangnya. Sampai macam tu sekali frust sebab mama tak setuju dengan cadangan dia? Adoih! Kalaulah dia di tempat abangnya, tak setuju takpe, cari yang lain sampai mama setuju. Perempuan, bukan susah nak cari. Tunjuk kereta mewah, tunjuk barang kemas sikit, terus cair.

Mana ada perempuan tak suka barang kemas. Itu perempuan gila namanya! Tak pernah jumpa lagi, agaknya perempuan buat-buat tak suka mungkin ada. Emas… emas kot?! Takkan tak suka? Ergh, gila. Memang gila orang yang tak suka dengan emas. Itu semua harta kekayaan tu. Er, tapi dia memang tak suka pun. Ah, apa yang dia merepekkan pun dia langsung tak faham. Emas lah, hartalah, orang suaka tak suka. Apa ni? Drop it Ari Aqashah! Back to the topic dengan Along.

“Kalau mama setuju, Along happy?” Arif Shah menjeling adiknya. Ada perkataan ‘kalau’ di situ. Cakap ajelah ‘mama setuju’, tak payah nak ada perkataan kalau ke apa lagi.

“Kalau Ari datang sini nak sakitkan hati Along, baik Ari balik.” Arif Shah berdengus.

Ari Aqashah tergelak kecil.”Along ni merajuk macam budak-budak tau! Dengan Ari sekali nak kena marah.”

Arif Shah menjeling adiknya. Dah tahu orang merajuk buat apa datang sini. Sengaja nak panaskan hati dia yang dah elok-elok aje sejuk sebentar tadi.

“Mama suruh Along beritahu keluarga Mar, emm.. I mean Kak Mar, mama akan pergi merisik dalam dua minggu lagi. Lepas tu baru bincang soal bertunang.” 

Ppptttt!

Ari Aqashah terlompat dek kerana terkejut dengan tindakan drastik abangnya tak langsung tidak dijangkakan olehnya.

“Along!!!” Suara Ari Aqashah melantun tinggi sehingga ada beberapa pasang mata yang memandang dia dan Arif Shah. Dengan muka yang bengang, Ari Aqashah mengesat air teh tarik yang tersembur ke mukanya dengan tapak tangan.

Arif Shah kelam-kabut meletakkan gelas teh tarik di atas meja. Tangannya menyeluk poket seluar slack hitam yang dipakainya. Sehelai sapu tangan bercorak petak-petak ditarik keluar dan dihulurkan kepada adiknya. Ari Aqashah menyambut sapu tangan itu dengan kasar. Ei! Geram betul dengan abangnya. Kalau nak sembur pun agak-agaklah sikit! Pusing la ke kiri atau kanan. Main sembur ke depan buat apa! Habis terkena muka dan baju dia. Sakitnya hati!

“Mama cakap macam tu? When? Last night? Lagi, apa lagi mama cakap dengan Ari?” Teruja! Ya, itulah perasaannya ketika ini. Oh tidak sabarnya mahu berkahwin. Eh, bertunang. Riak wajah yang tadi kurang ceria sudah bertukar ceria. Bibir merah jambu itu mulai mengukir senyuman mekar. Siapa tak teruja, nak kahwin okay? Nak kahwin.

Ari Aqashah sibuk mengesat muka dan bajunya yang sudah bertukar warna coklat-coklat sedikit. Pertanyaan abangnya langsung tidak singgah di telinga. Mana sempat nak dengar kalau tangan sibuk nak mengesat baju yang dah kotor.

Dah la ini baju kesayangan dia. Baru aje beli masa pergi London sebulan yang lepas dan ini merupakan kali kedua dia pakai baju berwarna putih ini. along dia dah rosakkan baju ni? Adoi! Kalau nak teruja pun agak-agaklah sikit. Tengok sikit kiri kanan tu ada apa. Ini main ikut suka dia aje!

“Ari! Dengar taka pa Along tanya ni? Bila mama cakap?” Arif Shah menarik lengan adiknya yang sibuk mengesat bahagian dadanya.

“Eiii, Along balik rumah tanya mama sendirilah. Ari nak balik rumah now. Habis melekit badan Ari ni tau. Lain kali kalau nak sembur pun agak-agak la sikit. Main sembur je!” Bebel Ari Aqashah kepada abangnya tanpa memandang wajah abangnya.

“Sorry lah bro.Mana Along boleh kawal. Terkejut sangat tadi.” Ujar Arif Shah sambil ketawa. Ari Aqashah menayangkan muka masam mencuka. Rasa nak gigit kepala abangnya.

“Dah la, Ari nak balik tukar baju. Ari ni dah la handsome, sweet pulak tu. Tambah pulak kena sembur dengan teh tarik manis Along ni, silap-silap kena hurung dengan semut kejap lagi.” Ari Aqashah tegak memandang abangnya.

“Jom Along teman Ari sampai ke kereta. Takut kena culik pulak. Adik Along ni handsome sangat.” Seloroh Arif Shah kepada adiknya. Ari Aqashah turut ketawa.

Mereka berdua berjalan menuju ke tempat parking kereta. Tiba-tiba mata Arif Shah menangkap satu wajah yang dirinduinya beberapa minggu yang lalu. Sudah lama benar tidak nampak wajah itu.

Sejak Sarah pulang dari hospital dan dia sendiri sibuk bekerja mereka langsung tidak pernah bersua muka. Mungkin gadis itu ada beberapa kali datang ke sini untuk mendapatkan rawatan untuk ibunya namun mereka langsung tidak berjodoh untuk ketemu.

“Sarah!” Sarah yang berada hampir 50 meter dari mereka berpaling ke kiri. Wajah Arif Shah menangkap pandangan matanya. Segera bibirnya mengukir senyuman. Lelaki itu masih sama, tetap juga kacak.


Arif Shah menonong menuju ke tempat Sarah berhenti tadi. “Buat apa dekat sini? Ibu sakit ke? Bila? Kenapa lama tak nampak?” Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan.

Sarah hanya ketawa melihat riak muka Arif Shah yang seperti orang kerisauan. Risaukah lelaki itu terhadapnya? Ah, jangan terlalu cepat perasan Sarah.

“Arah ambil ubat ibu. Ibu ada dekat rumah, masih macam dulu. Takde perbezaan, em.. atau mungkin semakin teruk sedikit.” Jawab Sarah sambil mengangkat sedikit beg plastik yang berisi ubat ke udara.

Arif Shah hanya mengangguk. Dia faham pesakit seperti Puan Aida mungkin tidak mampu bertahan lama. Namun syukurlah kerana wanita itu sungguh tabah dan kuat semangat untuk melawan penyakitnya. Untung sungguh Puan Aida ada anak sebaik Sarah yang sanggup berulang-alik menjaga dia siang dan malam di hospital.

“Oh.. Sarah sihat?” Sarah hanya mengangguk.

Ari Aqashah yang sedari tadi mendengar perbualan abang dan Sarah berdehem. Mohon diperkenalkan? Tak perlu, dah kenal perempuan sombong ni! Entah kenapa dia selalu pulak berjumpa dengan perempuan ini. Ah, jangan nak berjodoh sangat. Tak sudi dia mahu memperisterikan wanita ini. Tidak sama sekali!

Arif Shah laju memperkenalkan Ari Aqashah. “Kenalkan, adik saya. Ari Aqashah.” Sarah terlopong. Mulutnya sedikit ternganga. Adik?  Dia memang tak silap dengar Arif Shah menyebut perkataan adik tadi. Adik angkat? Adik tiri? Adik-adik? Adik kandung?

 “Adik?” Ulang Sarah. Ah, rasa nak tampar muka sendiri. Pasti ketara gila muka terkejut dia sekarang ini. Otak Sarah segera mentafsir perkataan adik yang disebut oleh Arif Shah.

Riak muka cuba dikawal sebaik mungkin. Otaknya mulai ligat memproses hubungan adik-beradik Arif Shah dan lelaki hidung tinggi ini. Maksud Sarah, Ari Aqashah. Oh, what a beautiful name!

Arif Shah abang kepada Jihan. Jihan pula merupakan anak bongsu kepada Puan Khalisah dan Tuan Ramlee. Ari Aqashah adik kepada Arif Shah. Maksudnya, Ari Aqashah adalah abang kedua Jihan?! OMG! OMG! Kecilnya dunia ini. Sarah rasa seperti mahu pitam. Udara! Udara!

Rasa sempit ruang hospital besar ini. Sumpah dia rasa macam kecilnya dunia ini. Dalam tidak sedar rupanya dia sudah berkenalan dengan semua ahli keluarga Puan Khalisah. Haha, macam kelakar pula bila difikirkan semula.

Jihan beriya-iya mahu  memperkenalkan abang-abangnya kepada dia dan dalam diam rupanya dia sudah pun berkenalan dengan semua abang Jihan. Amboih, semua. Macamlah ramai sangat abang Jihan. Ada dua orang aje pun.

Liur ditelan beberapa kali. Ish, makan pasir ke pagi tadi? Kenapa rasa kesat sangat air liur ni?

“Sarah!” Panggil Arif Shah kuat. Ya, ya. Dengar. Dia belum pekak lagi, cuma malas mahu menyahut.
“Ya. Ya.. saya.” Balas Sarah antara dengar dan tidak. Alamak, kepada tiba-tiba nada suara macam sopan pulak ni?

“Ari, since Ari pun on the way nak balik, apa kata Ari tolong hantar Sarah balik ke rumah dia? Ari nak balik rumah mama ke rumah Ari?” Hish! Along ni, tak pasal-pasal tambah satu kerja dia pula nak menghantar perempuan ni balik ke rumah.

“Eh, takpe awak. Takpe. Saya boleh balik sendiri. Jangan risau sebab lepas hantar ubat ke rumah, saya nak pergi kerja pulak. Nanti menyusahkan aje.” Gila! Takkan nak Ari Aqashah hantar dia ke rumahnya sendiri kot? Silap-silap kena pecat dia nanti. Ohh, mimpi ngeri!

“Jomlah, I hantar you balik rumah. Lepas tu hantar you pergi kerja. Lagipun I free the whole day today.” Balas Ari Aqashah. Sengaja mahu mengenakan Sarah. Kali ini dia pasti menang. Tak mungkin Sarah mampu menolak. Depan Along pulak tu, tengok gaya perempuan ni memang suka dengan abangnya.

Suka? Sorry girl, you were late. Abangnya sudah pun mempunyai perempuan lain. And you langsung tak padan dengan Arif Shah. He is a doctor okay!

Arif Shah hanya menganggukkan kepala. Memang la angguk kepala, memang kepala hangguk kau! Tak pasal-pasal bocor rahsia dia sekejap lagi. Habislah.. Habislah. Membayangkan kemarahan Ari Aqashah dan Puan Khalisah sebentar lagi, Sarah menelan air liur.

******************

Selepas perjalanan hampir empat puluh lima minit dari hospital, akhirmnya kereta BMW milik Ari Aqashah membelok ke kanan dan memasuki Lorong Mawar 15/3A. Deretan rumah teres dua tingkat itu diperhatikan penuh khusyuk. Kawasan perumahan lama.

“Berhenti dekat rumah yang ada myVi hitam tu ya.” Pinta Sarah lembut. Orang dah berbudi, takkan nak bercakap kasar-kasar. Silap-silap dia berhenti tepi jalan nanti.

Tapi memang sepanjang perjalanan tadi mereka berdua hanya diam. Ari Aqashah langsung tidak menunjukkan minat untuk berbual dengan dia. Kalau tak berminat dia lagi tak hingin pun nak berbual. Anak Puan Khalisah rupanya.

Patutlah perangai pun macam nak sama. Sombong dan suka bercakap kasar. Bukan nak kutuk tapi itulah hakikat yang sebenar. Jihan, Tuan Ramlee dan Arif Shah semuanya baik-baik belaka, berbudi bahasa, bersopan-santun. Yang ini? Allah, jauh panggang dari api!

Kereta berhenti betul-betul depan rumah bernombor 37. Rumah yang dicat dengan warna putih itu memang nampak lama. Cat sudah mulai pudar dan ada sedikit lumut-lumut hijau mulai membina habitat mereka di dinding-dinding dan tiang rumah. Pintu pagar yang asalnya berwarna hitam sudah bertukar menjadi warna karat.

Erk, macam tak terjaga aje rumah ni. Kawasan nampak bersih tapi luar nampak kotor. Maksud dia takkan langsung tak mahu cat rumah yang dah kotor dengan lumut macam ni? Pelik betul!

“Jemput turun, Encik Ari.” Pelawa Sarah. Harap-harap dia tak sudi turun. Sumpah, memang itu yang diharapkan dalam hati Sarah.

“Takpe, I tunggu you dekat sini. Five minutes!” Arah Ari Aqashah.

Lega kerana Ari Aqashah tidak mahu masuk ke rumahnya. Bukan apa, takut Ari Aqashah tidak tahan dengan bau busuk ibunya. Bau nanah dan bau ubat memenuhi ruang rumah, kalau dia dan adik-adiknya tidak mengapa kerana sudah terbiasa. Ari Aqashah bukan sesiapa, tambahan pula lelaki ini nampak seperti mempunyai standartnya yang tersendiri. Kalau tidak, tak mungkin Sarah menggelarnya si hidung tinggi!

Sarah menutup pintu kereta BWM milik Ari Aqashah. Tubuh langsingnya dibawa masuk ke dalam rumah.
Kaki terus dihayun ke dapur. Sebiji gelas kaca lut sinar dicapainya dan air putih dituangkan ke dalamnya. Beg plastik ubat dibukanya. Beberapa biji ubat dikeluarkan dan diletakkan atas telapak tangannya.

Kaki melangkah masuk ke dalam bilik Puan Aida. Masih lena wajah cengkung itu. Baru sebentar tadi dia meninggalkan ibu, sekarang dia sudah pun rindukan ibunya walaupun Puan Aida ada di depan mata dia.
Tubuhnya ditunduk sedikit mencium dahi Puan Aida. I love you so much! Bisik Sarah dalam hatinya.
“Ibu.” Puan Aida yang masih lena dikejutkan oleh Sarah. Perlahan-lahan Puan Aida membuka kelopak matanya.

“Makan ubat.” Tanpa banyak soal, Puan Aida hanya menurut arahan anak daranya. Dia memang rasa sangat-sangat lemah ketika ini. Nak bercakap pun dia rasa tak larat.

“Arah kena pergi kerja semula ni, ibu rehat ya, Arah sayang ibu.” Kucupan sayang dihadiahkan di dahi ibunya. Belum sempat Puan Aida membalas apa-apa, Sarah terlebih dahulu bergerak meninggalkan biliknya.

Daun pintu bilik ibunya ditarik rapat. Lima minit bukannya lama sangat. Kalau kena tinggal, macam mana nak pergi kerja. Bukan mudah hendak mendapatkan teksi pada waktu-waktu sebegini. Walauapapun yang terjadi pada hari ini, Sarah bertawakal dalam hatinya. Lagipun sehingga bila dia dapat menyimpa rahsia bahawa dia merupakan pekerja di rumah Puan Khalisah? Lambat-laun anak-anak lelaki Puan Khalisah akan mendapat tahu jua.

“Empat minit tiga puluh tiga saat. Kalau terlewat beberapa saat lagi memang I tinggal you sebab.”
Belum sempat Ari Aqashah menghabiskan kata-katanya, Sarah menyampuk.

“Sebab alau naik kapal terbang, kapal terbang pun tinggalkan awak.” Sindir Sarah kepada Ari Aqashah.
Ari Aqashah hanya tergelak kecil. Handsome! Ada lesung pipit sedikit. Tersedar akan ketelanjurannya, Sarah beristighfar dalam hati. Ya Allah! Kenapa aku puji dia ni?

“Dekat mana you kerja? I hantar you sampai sana.” Sarah rasa sesak nafas. Macam mana ni? Apa nak buat sekarang? Tadi bukan main lagi dia bertawakal kepada Allah SWT. Apa nak jadi pun jadilah. Kini dia pula yang kelam-kabut. Aduhai.

Hello?” Sarah kembali ke dunia nyata, melihat tangan Ari Aqashah yang digoyang-goyangkan di depan matanya membuatkan jantungnya berdegup laju. Kenapa pula dengan jantung ni? Takkan tengok tangan pun boleh pam selaju ini kot?

Sarah berdehem beberapa kali, membetulkan suaranya. Biar lemah lembut sikit suara yang keluar sekejap lagi.

“Dekat.. emm.. dekat..” Susahnya nak menghabiskan ayat ni. Tulis alamat rumah ajelah, lepas tu bagi dekat Ari Aqashah. Okay tak idea dia?

Where?” Kesabaran Ari Aqashah mulai menipis. Sudah la dia masih lagi memakai baju kotor yang terkena semburan air teh abangnya sebentar tadi, sekarang Sarah pula seperti mahu mempermain-mainkan dia. Susah sangat nak bagitahu di mana dia bekerja. Tinggal tepi jalan baru padan muka!

“Dekat-dekat Villa Lagenda Idaman. Saya bekerja di kawasan itu.” Ari Aqashah yang khusyuk dengan pemanduannya tersentak apabila mendengar nama Villa Lagenda Idaman. Kepalanya segera mencari wajah Sarah yang berada di sebelahnya.

Really?! Kawasan rumah I tu. You kerja dekat mana? Kerja apa?”

Sarah tean air liur. Allah.. Apa nak jawab ni?

Hello…Hello?” Sekali lagi tangan dilambai-lambai di depan mata Sarah.

“I’m talking to you.” Marah Ari Aqashah. Menguji kesabarannya betul! Setiap kali bertembung dengan perempuan ini, tidak pernah mengalir perasaan menyenangkan. Banyak sungguh perasaan menyampah dalam hatinya.

Kali ini dia cuba berbuat baik, tapi Sarah pula seperti memperbodohkannya. Bercakap seorang diri dan ketawa seorang diri. Apa masalah perempuan ni?

“Boleh tak kalau Encik Ari tinggalkan saya di sini? Saya rasa lebih baik kalau saya ambil teksi aje ke tempat kerja.”  Lembut suara yang dilontarkan. Cuba sedaya-upaya supaya tidak mengecilkan hati Ari Aqashah yang berniat baik mahu membantunya pada hari ini.

Tahap kesabaran Ari Aqashah sudah sampai ke kemuncaknya. Strereng kereta dipulas ke sebelah kiri. Kereta BMW itu berhenti mengejut.

Aduh! Kepala Sarah terhantuk ke cermin kereta. Tangan kiri Sarah naik menggosok kepalanya yang sedikit sakit. Tangan kanan pula naik mengurut dadanya. Rasa nak tercabut nyawa. Kalau iye pun, berhentilah elok-elok sikit. Kalau accident tadi, macam mana? Nasib baik tak pecah cermin kereta BMW, kalau tak siapa nak ganti. Eh, tapi bukan salah dia, takkan dia pula yang perlu ganti?

“Get out!” Keras suara Ari Aqashah.

“Encik, saya bukan …”

Get out! I said get out!” Sarah terkejut. Suara itu sudah naik ke oktaf yang terakhir. Tanpa menunggu lebih lama, pintu kereta BMW itu dibuka dan Sarah menapak keluar dari perut kereta.

Sebaik sahaja pintu kereta ditutup oleh Sarah, Ari Aqashah menekan pedal minyak dan memecut laju keretanya. Sarah mengetap bibir. Matanya sibuk memandang sekeliling. Sebuah teksi yang kebetulan melalui jalan itu ditahannya. Alhamdulillah, rezeki dia pada hari ini.

“Sombong! Orang dah buat baik pun sombong!” Bebel Ari Aqashah seorang diri. Saat ini dia berasa sungguh berang dengan sikap Sarah. Sombong tak kena pada tempatnya.

Kereta memecut laju menuju ke rumahnya. Rumah mana? Apartment miliknya atau banglo keluarganya? 

Sunday 6 January 2013

Bab 15 Kau Perempuan Itu


Tubuh sasa itu direbahkan ke tilam empuk bersaiz king itu. Indahnya dunia bercinta. Jika dia tahu Suzila mampu membawa kebahagiaan sebegini dalam hidupnya selepas Tasha, sudah lama dia mencari gadis itu dan bercinta. Suzila. Menyebut nama gadis itu sahaja cukup untuk membuatkan hatinya berbunga riang. Indah sungguh!



Matanya dipejam rapat. Mengimbas kembali memori ‘dating’ bersama Suzila pada hari ini. Seharian menghabiskan masa bersama gadis itu ternyata sungguh menggembirakan. Siapa tak suka kalau berdampingan dengan gadis cantik dan seksi macam Suzila. Ah, pramugarilah katakan.

Mudah benar bibir gadis itu menuturkan perkataan sayang kepadanya. Sedangkan dia masih lagi ber’I’, ‘you’ dengan Suzila. Ish mulut ni memang nak kena! Nak cakap sayang pun susah benar. 

Padahal hati ni memang dah cair habis dengan Suzila. Lentok manja gadis itu benar-benar menuntut keimanan yang kuat. Sedangkan dia, alahai lemah betul! Nasib baik masih ada sisa-sisa keimanan dalam diri, kalau tidak memang dah lama terkulai layu dengan lemak manja suara Suzila.

You kena makan lebih sikit, sayang. You kan kerja kuat.” Kata Suzila semasa mereka makan tengah hari tadi. Memang mempunyai ciri-ciri isteri mithali betul! Tengok gaya, memang boleh bayang dah kalau kahwin dengan Suzila nanti, memang hari-hari perut dua buncit disumbat pelbagai jenis hidangan enak yang dimasak oleh Suzila. Oh….Indahnya! Indahnya!

Eh, Suzila pandai masak ke? Ah, takpe. Mama dia kan ada. Mesti mama sudi untuk mengajar Suzila memasak pelbagai jenis makanan kegemaran dia. 'Oh mama! Saya mahu kawennn... Kawen dengan siapa? Kawen dengan Suzilalah mama!' Hati Ari Aqashah berbunga riang. Berdentum-dentam rentak muzik indah beralun dalam hatinya. 

You nak shopping tak? Anything you want. I belanja you.” Sengaja Ari Aqashah mahu mengumpan, materialistik atau tidak wanita yang sedang berampingan dengannya ini.

I belum ada apa-apa nak belilah sayang. Nanti kalau ada apa-apa I nak beli, I can get it myself. You jangan risau ya.” ImpressiveI want to marry her. She is the one! Hati, jangan kuat sangat berdengup! Kang kau melompat keluar kang.. 

Bibir mengukir senyuman. Suzila. Suzila. Suzila. Kepala dan hatinya penuh dengan nama Suzila. Kini, dia hanya ingin memiliki hati wanita itu. Suatu hari nanti dia akan berterus-terang dengan Suzila bahawa dia ingin menjadikan Suzila ratu dalam hidupnya. Mama. Ya, mama perlu tahu tentang ini! Mama will loves Suzila. Pasti!

Tiba-tiba Blackberrynya berdering. Tangan menyeluk poket seluar jeans yang dipakainya. Telefon bimbit itu ditarik keluar dari poket seluar jeans.  Melihat nama yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya Ari Aqashah mengeluh lemah. Dia hanya membiarkan telefon itu terus berteriak. Malas mahu menjawab.

Ting tong! Ting tong!

“Aku dah agak dah! Mesti ada depan pintu rumah!” Bebel Ari Aqashah tidak berpuas hati. Malas mahu melayan loceng pintu yang sedang berbunyi, Ari Aqashah bangkit dari pembaringan dan mencapai tuala mandi yang tersidai di penyidai.

“Mandi lagi bagus.” Cakap seorang diri. Siapa lagi yang ada bersamanya dalam apartment ini, Hanya dia seorang diri.

Ari Aqashah memboloskan diri dalam bilik mandi. Loceng di pintu terus-terusan berbunyi. Untuk menghilangkan rasa serabut mendengar bunyi loceng pintu, Ari Aqashah menyanyi dengan kuat di dalam tandas. Sumpah kali ini dia tidak akan membuka pintu.

Atilia yang berdiri di hadapan pintu rumah Ari Aqashah dengan kasut tumit tinggi mulai duduk mencangkung.  Lenguh kaki dia berdiri di hadapan pintu rumah Ari Aqashah. Dia tahu lelaki itu ada di dalam rumah. Ari  Aqashah sengaja mengelakkan diri daripada dia. Ari Aqashah sengaja mengelak diripadanya! Sebentar tadi dia ternampak Ari Aqashah sedang makan dengan orang perempuan di Nando’s. Who is that girl? Kurang ajar punya perempuan! 

Bibirnya diketap geram. Bersusah payah dia memberikan pelbagai alasan kepada Jason supaya tidak bermalam di rumahnya, kini Ari Aqashah pula sengaja mencari pasal untuk menyakitkan hatinya. Memang kurang ajar! Jantan tak guna!Marah Atilia dalam hatinya.

akan dapatkan you, Ari.  You will b mine!” Azam Atilia kepada dirinya sendiri. Dia tidak akan mengalah. Cara kotor atau bersih, dia tidak kisah. Janji Ari Aqashah menjadi miliknya. Dan Jason…Harta lelaki berbangsa Cina itu akan menjadi miliknya tidak lama lagi.

Tidak mungkin dia boleh hidup dengan gaji Ari Aqashah yang tidak seberapa. Nak beli handbag Channel pun tak lepas, inikan pula nak tolong bayarkan kereta dan semua kad kredit yang dimiliki oleh Atilia. Tetapi demi perasaan cintanya terhadap Ari Aqashah, dia sanggup untuk mengenepikan Jason.

‘Atilia, kau kena susun perancangan yang gemilang Atilia!’ Bisik hatinya.

Sakit hati dengan Ari Aqashah yang masih tidak membuka pintu untuknya, Atilia berdiri tengak. Skirt sendat berwarna merah darah itu ditariknya ke bawah sedikit supaya menutup sebahagian besar pehanya yang terdedah. Konon, padahal skirt yang dipakainya memang separas peha. Sengaja berpakaian seksi untuk menggoda Ari Aqashah. Perempuan tadi pun apa kurangnya, bukan main seksi lagi! Sakitnya hati! 

Pintu rumah Ari Aqashah ditenungnya garang. Kalau mata ada laser, dah lama tembus pintu rumah lelaki ini. Atilia berdengus kasar.

Dengan hati yang sebal Atilia menekan punat lif. Lebih baik dia ke rumah Jason, ada juga temannya pada malam ini. Ah, tuntutan nafsu perlu dipenuhi. Untung-untung boleh minta Jason belanja shopping esok. Atilia segera meninggalkan rumah Ari Aqashah.

Dua puluh minit kemudian, Ari Aqashah keluar dari tandas. ‘Senyap pun.’ Bisik hatinya. Tuala mandi berwarna biru tua itu terus disangkut kembali di penyidai berwarna coklat itu. Seluar bermuda berwarna merah disarung ke tubuhnya.

Dahaga lah pulak! Penat sangat menyanyi dalam tandas. Tombol pintu berwarna coklat gelap dipulas kasar. Kaki menuju ke dapur.  Entah berapa puluh lagu dia menyanyi sebentar tadi. Semuanya gara-gara tangan Atilia yang tidak lenguh-lenguh menekan loceng rumahnya. Yang merana di juga, sakit telinga!

Suis lampu di tepi dinding itu ditekannya. Mug berwarna hijau yang tergantung dalam deretan mug-mug lain di dinding kabinet itu dicapai Ari Aqashah. Pintu peti sejuk dibuka. Eh, takde air sejuk? Ah, malang betul hidup single tiada orang kisah ni. Aduhai. 

Kaki dibawa ke sinki. Kepala paip ditolak ke bawah sebelah kiri. Beberapa saat kemudian air mulai turun memenuhi mug hijau tadi. Air putih itu diteguknya rakus. Dahaga oi.. dahaga! Selesai minum, mug berwarna hijau ditinggalkan dalam sinki tidak dibasuh. Tuntutan mata yang sangat mengantuk perlu dipenuhi. Suis lampu dapur ditutup oleh Ari Aqashah. Dia terus berlalu ke biik tidurnya. Good night people!

"Good night Suzila darling." 
Ari Aqashah berbaring di atas katilnya. Tangan diletakkan di atas dahi. Matanya cuba dipejam dengan harapan dia akan termimpikan Suzila pada malam ini. 


*****************

Puan Khalisah yang sedang berehat di ruang tamu rumahnya mengeluh lemah. Berat sungguh keluhan kali ini. Teringat akan perbualannya dengan Arif Shah beberapa hari yang lalu. Pening kepala Puan Khalisah dengan anak teruna sulungnya.

Terasa tidak percaya dengan perkhabaran yang disampaikan oleh Arif Shah. Dia sangkakan anak-anaknya masih kecil. Masih perlukan penjagaan rapi daripada dia. Rupanya anak-anak dia sudah besar. Sudah mula membina kerjaya dan kehidupan sendiri. Ahh.. Dia juga sudah semakin meniti usia emas.

“Mama, Along ingat Along nak bawa Mar jumpa dengan keluarga kita. Along pun dah lama sangat berkawan dengan Mar, jadi Along nak bawa hubungan kami ke satu tahap yang lebih serius.”

“Serius yang macam mana?” Soal Puan Khalisah berdebar. Serius? Mahu berkahwinkah? Mahu bertunang atau mahu memperkenalkan Mar dengan semua ahli keluarga sahaja? Serius bagaimana mana yang dimaksudkan oleh Arif Shah?

“Along nak kenalkan Mar dengan semua ahli keluarga kita dan Along nak mama pinangkan Mar untuk Along. You will love her, ma.” Zap!  Rasa mahu luruh jantung Puan Khalisah dengan pengakuan anaknya yang mahu bertunang dengan Marliana.

Bukan dia tidak mengenali Marliana, cuma gadis itu tidak pernah berjumpa dengannya secara formal atau diperkenalkan kepadanya sebagai teman wanita Arif Shah. Bakal menerima menantu. Adoi, sakit kepalanya!

Orang lain gembira mahu menerima menantu, dia pula langsung tidak gembira dengan khabar yang dibawa oleh Arif Shah.  Mampukah Marliana membahagiakan Arif Shah seperti mana dia menyayangi anak-anaknya?

Berbeza sungguh penerimaan suaminya semasa dia menyampaikan hajat Arif Shah pada malam itu. Bukan main seronok lagi suaminya, siap tidak sabar-sabar mahu menimang cucu. Kahwin pun belum, macam mana nak menimang cucu?

“Puan?”

“Puan?!” Sedikit meninggi panggilan wanita itu pada kali ini.

Puan Khalisah tersentak. “Mak Som. Terkejut saya. Ingatkan siapa tadi.”

“Mak Som tengok puan muram aje semenjak beberapa hari yang lalu. Kenapa? Puan ada masalah ke?” Soal Mak Som prihatin.

Puan Khalisan menghela nafas panjang. Berkita-kira mahu berkongsi perasaannya dengan Mak Soma tau tidak. Mak Som pun bukannya orang lain, sudah macam keluarga sendiri.

“Duduklah Mak Som.” Ajak Puan Khalisah. Tanpa banyak soal, Mak Som duduk di sofa bersebelahan Puan Khalisah.

“Mak Som tahukan saya sayang anak-anak saya lebih dari segala-galanya. Kalau boleh saya mahu anak-anak saya membesar depan mata saya sampai saya menutup mata saya.” Puan Khalisah menghentikan ayatnya.

“Kenapa puan? Puan sakit ke?” Mak Som kelam-kabut. Merasakan seperti ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku kepada majikannya.

Pua Khalisah tersenyum. “Bukan, Along nak bertunang. Saya risau. Saya.. saya..” Puan Khalisah tidak ada perkataan untuk meneruskan ayatnya. Dia tidak boleh menggambarkan perasaannya ketika ini melalui kata-kata.

“Along nak bertunang? Ya Allah, syukur Alhamdulillah! Along pun bukannya muda lagi. Lagipun dah lama sangat dia berkawan dengan budak Mar tu.” Eh? Macam mana Mak Som tahu nama teman wanita Arif Shah ialah Mar?!

“Macam mana Mak Som tahu Along berkawan dengan Marliana?” Soal Puan Khalisah pelik.

“Along yang beritahu Mak Som. Tapi dah lama dah.. Tak sangka Along nak bertunang. Syukur!” Riak kegembiraan tidak dapat disembunyikan oleh wajah tua Mak Som. Nampak sungguh gembira seperti anak sendiri yang mahu bertunang.

Terperasan akan riak wajah Puan Khalisah yang sedikit gusar, Mak Som memberikan pandangan peribadinya. Bukan dia mahu menyibuk hal keluarga Puan Khalisah, tetapi sudah lama dai berkhidmat dengan Puan Khalisah. Dia tahu baik buruk anak-anak Puan Khalisah. Tuan Ramlee dan Puan Khalisah sendiri pun sudah menganggap Mak Som seperti kakak mereka. 

“Mak Som tahu puan bimbang. Takut anak-anak puan lupakan puan. Takut anak-anak puan terabai jika isteri mereka bekerja. Takut anak-anak puan tidak mendapat kasih-sayang yang secukupnya. Kan?” Puan Khalisah hanya mengangguk. Tepat sungguh tekaan Mak Som.

“Puan, jodoh setiap manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita tidak boleh menghalang fitrah manusia yang mahu dikasihi dan disayangi. Cuba puan bayangkan jika anak-anak puan tidak berkahwin, siapa yang akan menjaga mereka apabila mereka tua kelak? Puan, Along membuat pilihan yang tepat. Mak Som yakin, Marliana akan menjaga Along dengan baik. InsyaAllah. Puan sebagai ibu perlu mendoakan kesejahteraan anak-anak puan.” Ujar Mak Som panjang lebar. Puan Khalisah terdiam. Otaknya memproses setiap kata-kata Mak Som.

Tiba-tiba tubuh tua Mak Som dirangkul ke dalam pelukannya. Sudah lama dia tidak memeluk tubuh tua yang sudah banyak berjasa kepada keluarganya ini. Ya Allah, kau peliharalah kesejahteraan ahli keluargaku Ya Allah. Doa Puan Khalisah dalam hatinya.

“Ha ni, kenapa berpeluk-peluk dengan Mak Som ni, Lis? Ada apa?” Soal Tuan Ramlee terkejut melihat isterinya yang menangis dalam pelukan orang gaji mereka.

Pelukan dirungkaikan. 

"Tak ada apa-apa. Puan ni sedih nak berpisah dengan Along." Kata Mak Som  sambil meminta diri untuk ke dapur. 

Jihan mendekati mamanya. Tubuh langsing itu membongkok sedikit ke hadapan untuk bersalam dengan mama kesayangannya.

Jihan melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan mamanya. Tuan Ramlee turut melabuhkan punggungnya di sofa bertentangan dengan Puan Khalisah.

“Lis setuju dengan rancangan Along untuk bertunang dengan Marliana.” Mata Jihan membuntang! Apa? Bertunang? Tuan Ramlee tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Gembira!

“Along? Along mana? Who is Marliana?” Soal Jihan tidak percaya. Along Arif? Along mana ni? Oh my God! Berita sensasi apa yang dia terlepas?

Tuan Ramlee ketawa kuat. “Along Jee la. Along mana lagi yang Jee ada?”

“Marliana? Siapa tu? Kenapa Jee tak pernah kenal? Bukan papa janji nak kenalkan Along dengan Kak Arah ke?” Kali ini giliran Puan Khalisah pula terbeliak. Siapa kata Sarah akan jadi menantunya? Hilang akal ke?

Perasan akan riak tidak senang pada wajah isterinya, Tuan Ramlee berdehem.



“Abang tak cakap nak kenalkan Sarah, abang cuma cakap budak Sarah tu baik, kalau jadi menantu kita pun bagus juga. Jee yang cadangkan Along. Lis jangan salah faham. Along dah ada pilihan dia, so tak jadilah plan Jee tu.” Tuan Ramlee tersengih.

“Jee, kan mama dah cakap. Berapa puluh kali Jee nak mama ulang yang Sarah tu cuma pembantu rumah dalam rumah kita. Dia tak akan jadi menantu mama! Never!” Suara Puan Khalisah sudah naik ke oktaf yang keempat. Tidak mampu dikawal lagi nada suara yang melantun keluar dari peti suara.

Jihan bingkas bangkit dari sofa. Beg tangannya dicapai kasar. Dia berlari naik ke atas meninggalkan mama dan papanya di ruang tamu.

“Lis, Jee cuma berkenan sangat dengan budak Sarah tu. Lagipun apa salah Sarah dengan Lis?” Lembut suara Tuan Ramlee cuba memujuk isterinya. Dia tidak mahu menyalahkan isterinya dan tidak mahu menyakiti hati anak perempuannya.

“Lis tak suka dengan dia dan Lis tetap tak suka dengan perempuan tu sampai bila-bila! Macam manalah dia boleh jadi anak Sulaiman yang baik tu? Berbeza sungguh dengan sikap Sulaiman!” Marah Puan Khalisah.

“Lagipun, abang jangan ingat budak Sarah tu baik sangat. Banyak cerita pasal dia Lis dengar dari kawan-kawan Lis, Bukan baik sangat budak tu bang! Kesian Sulaiman dengan Aida ada anak macam tu.” Dah sangkut dengan nama Sulaiman pulak dah. Apa pulak salah Sulaiman dalam hal ini. Aduh, pening kepala Tuan Ramlee.

Sudahnya, Tuan Ramlee bingkas bangun dan naik ke atas menuju ke bilik tidurnya. Tubuh yang keletihan minta direhatkan. Kalau melayan marah isterinya, sampai esok pun takkan reda. Biarlah marah itu surut sendiri. Lagipun lama mana sangatlah isterinya sanggup marahkan dia dan anak perempuan kesayangannya itu. 

Entah-entah sekejap lagi naik menangis di bilik Jihan sebab Jihan tak hiraukan dia. Bukan boleh kira sangat isteri dia tu. Sensitif bukan main lagi tapi masa nak melenting marah langsung tak kira siapa dah. 

Khalisah.. Khalisah. 

Itulah Khalisah yang dikenalinya berpuluh tahun dahulu di United Kingdom. Sama-sama belajar. Sama-sama membina keluarga. 




Tuesday 1 January 2013

Bab 14 Kau Perempuan Itu



Rambut Puan Aida disisirnya lembut. Suraya bangkit meletakkan sikat yang digunakan di atas meja solek. Kalau letak tempat lain sah nanti cari tak jumpa. Nak-nak kalau kakaknya yang cari, memang habis semua orang dalam rumah kena bebel. Peraturan dalam rumah mengalahkan peraturan asrama. Semua barang yang diambil mesti diletakkan di tempat asal. Kasut mesti parking di tempat yang betul atau di dalam rak kasut.

Kakak, kakak. Kalau jadi warden asrama memang sesuai sangat. Semua penuh dengan peraturan. Namun itulah satu-satunya kakak yang Suraya ada. Kakak yang sangat penyayang dan sangat dia cintai. Kakak yang sanggup berkorban apa sahaja untuk dia dan keluarga mereka.


“Ibu, Su keluar kejap ye. Nak masak untuk Amir.” Puan Aida mengangguk lemah.


Tangan Suraya lincah menyediakan makan tengah hari untuk adiknya. Sudah berkali-kali Syamir menjengah ke dapur melihat apa yang dia sediakan untuk makan tengah hari. Kesian budak tu, tak makan apa-apa lagi.

Siap menggoreng ayam dan menggoreng sayur sawi, Suraya menapak ke muka pintu. Kelibat Syamir dicari dengan anak matanya.


“Mana pergi pulak budak kecik ni.” Bebel Suraya yang tidak kelihatan kelibat kecil adiknya di depan mata.


“Amir! Mari masuk makan. Kak Su dah masak ayam goreng yang Amir nak tadi”. Laung Suraya di depan pintu rumahnya. Syamir yang sibuk bermain di kawasan tepi rumah mereka segera meninggalkan barang-barang permainannya dan berlari pantas masuk ke rumah. Belum sempat kakinya melangkah masuk, satu suara terlebih dahulu menyeru namanya.


“Amir! Kenapa tak kemas permainan Amir dekat luar ni?”


“Lepas makan Amir kemas la Kak Arah”. Balas Amir lemah.


Now!” Tegas Sarah. Mukanya sengaja diketatkan supaya Syamir akur dengan arahannya. Malas betul dengan kakak sulungnya ini. Kalau dengan Suraya masih lagi boleh bertolak-ansur. Untung-tung Suraya yang tolong kemaskan permainan yang dia sepahkan.


Dengan perasaan sebal, Syamir melangkah menuju ke tapak permainannya sebentar tadi. Semua permainan dikemaskan laju-laju. Ayam goreng sedang menanti dirinya. Suraya hanya tersenyum melihat telatah adiknya. Kesian Syamir.



“Awal balik hari ni, kak?” Tegur Suraya. Suraya tunduk menyalami tangan kakaknya.


“Akak jumpa Kak Laila kejap tadi, temankan Kak Laila beli barang hantaran kahwin”. Suraya hanya mengangguk. Dah nak kahwin dah sepupu mereka. Baru aje balik dari Australia dah ada orang masuk meminang. Lepas tu terus dapat kerja dan sekarang dah nak berkahwin. Mudahnya hidup Laila. Sedangkan dia belajar pun belum habis. Perjalanan hidupnya masih panjang, masih banyak perkara belum dia lakukan.


“Su! Berangan apa depan pintu ni? Tepi,akak nak lalu ni.” Suraya terkejut apabila lengannya ditampar oleh Sarah. Berangan! Tak sedar langsung tadi.


“Assalamualaikum, Abah,” Ucap Sarah sambil menyalami tangan Encik Sulaiman. Encik Sulaiman hanya mengangguk sambil melipat surat khabar yang sedang dibacanya. Sarah pula berlalu menuju ke bilik Puan Aida. Puan Aida yang sedang bersandar lemah di kepala katil sambil membaca buku menutup buku yang dibaca. Buku diletakkan di atas almari kecil bersebelahan katilnya.


Sarah tunduk menyalami tangan tua Puan Aida. Bibir Puan Aida mendarat di dahi licin Sarah. Sarah mengerling sekilas ke arah buku yang dibaca oleh Puan Aida. Buku yang bertajuk Sakaratulmaut itu menyentap tangkai jantungnya.


Bibir yang baru sahaja hendak menyoal Puan Aida tentang buku yang dibaca, terkunci rapat. Astagfirullah hal’azim. Mengingati mati itu adalah wajib. Sarah beristighfar panjang dalam hatinya. Tidak salah ibunya membaca buku keagamaan seperti itu.


Perasan akan perbuatan Sarah sebentar tadi, Puan Aida menggenggam tangan anak sulungnya itu. Wajah anak sulungnya ditenung mencari anak mata coklat milik anak daranya.


“Sarah kena berhenti risaukan ibu. Arah perlu mencari kehidupan Arah sendiri. Arah kena tahu bahawa bahawa kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh. Bila-bila masa ibu akan tinggalkan semua yang ibu miliki pada hari ini.

Maksud Firman Allah SWT: 

‘Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun.’ (Surah al-A'raf ayat 34) (Surah an-Nahl ayat 61).”


Sarah cuba mengelak matanya bertembung dengan Puan Aida. Air mata tidak mampu dibendung. Kerap benar Puan Aida bercakap soal kematian akhir-akhir ini. “Kita kena ikhtiar lagi bu. Arah sanggup korbankan apa sahaja demi kesihatan ibu.”


“Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.”


Sarah mengagguk lemah. Faham dengan kata-kata ibunya. Puan Aida menambah lagi. “Maksud Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisaa’ ayat 78:                                                       

Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh.’.

Sarah kena ingat semua tu. Ibu tak nak anak-anak ibu bersedih dengan kematian ibu. Faham?” Kedua-dua belah tangan Puan Aida memegang muka Sarah supaya memandang mukanya.


Sarah hanya mampu mengangguk. Tubuh lemah Puan Aida dirangkul kemas. Sarah menangis semahu-mahunya dalam pelukan Puan Aida.  “Arah faham bu. Arah sayangkan ibu. Arah doakan ibu sembuh.”


Puan Aida mengeratkan pelukan anaknya. “Arah, ibu sayangkan semua anak-anak ibu. Ibu doakan Arah bertemu jodoh dengan lelaki yang baik. lelaki yang mencintai segala-laganya tentang Arah.” Belakang tubuh Sarah digosok perlahan. Memujuk anaknya supaya bersabar dan terus kuat dan tabah.


Sarah menyelimutkan Puan Aida. “Tidurlah. Ibu mesti dah penat layan Arah.” Puan Aida menggangguk. Matanya segera dipejam. Sarah mengelus lembut rambut Puan Aida.


Selesai menidurkan Puan Aida, Sarah kembali ke dapur untuk melihat adik-adiknya.



“Amir nak ayam bahagian mana?” Soal Suraya. Tanpa menjawab soalan Suraya, Syamir laju mencapai ayam bahagian paha. Memang kesukaan dia lah tu! Sarah yang menjadi pemerhati cuma tersenyum melihat kelakuan adiknya.


“Mana abah?” soal Sarah.


“Ni, abah datang ni..” Encik Sulaiman yang sedang menuju ke arah meja makan menjawab soalan Sarah. Sarah mengukir senyuman manis menampakkan barisan gigi putihnya yang cantik. Tangannya sibuk menyenduk nasi ke dalam pinggan Encik Sulaiman.


“Arah, Su. Duduk makan dulu.” Arah Encik Sulaiman. Suraya dan Sarah segera menarik kerusi dan duduk di tempat masing-masing. Selesai mengaminkan bacaan doa yang dibaca oleh Encik Sulaiman, masing-masing menyepi melayani perasaan. Cuma sekali-sekala suara Syamir memecahkan kesunyian meminta itu dan ini. mengada-ngada betul adik bongsunya ini. Manja bukan main lagi.


Selesai mandi dan solat Maghrib, Sarah turun ke ruang tamu rumahnya untuk menonton televisyen dengan Encik Sulaiman. Waktu-waktu begini pasti abahnya sedang menonton Buletin Utama. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.


Melihat nama yang tertera pada skirn telefon bimbitnya, Sarah segera menekan butang hijau. “Hello, Kak Arah!” Adoi! Kuatnya ‘hello’ Laila ni. Ingat dia sudah pekak ke?


“Kuatnya Laila cakap. Sakit telinga akak tau.” Marah Sarah.


Sorry. Sorry.Esok akak kerja tak? Laila nak ajak akak pergi tempah kek kahwin Laila.” Kek? Wah! Bestnya. Kalau pasal kek, memang Laila memilih orang yang tepat untuk menemaninya!


“Esok akak cuti. Boleh. Boleh! Pukul berapa Laila nak pergi?” Ah, terujanya! Tak sabar nak pilih kek kahwin. Kek bertingkat-tingkat pulak tu. Suka suka suka!


“Pukul 11.00 pagi esok Laila ambil akak dekat rumah ya. Lepas tu kita pergi cari barang-barang kahwin yang tak sempat beli tadi.”


Talian diputuskan. Esok, pukul 11.00 pagi. Pergi tempah kek kahwin! Sukanya!


“Hai, senyum sorang-sorang ni kenapa? Laila yang nak kahwin ke anak abah yang nak kahwin ni?” Tegur Encik Sulaiman. Sarah tersengih malu.


“Mestilah Laila! Arah mana ada calon. Abah sabar ye.” Sarah menarik tangan Encik Sulaiman dan menggenggamnya lembut.


“Bila agaknya anak abah nak kahwin?”


Sarah menarik muncung.


Encik Sulaiman ketawa senang melihat muncung merajuk anak daranya. “Yelah, yelah. Laila ajak Arah ke mana?”


“Tempah kek kahwin! Bestnya. Tak sabar Arah nak pergi esok. Okaylah, Arah kena tidur awal, esok nak keluar. Selamat malam abah.” Encik Sulaiman hanya mengangguk sambil ketawa kecil. Kelakar melihat muka teruja anak daranya. Pipi kiri dan kanan Encik Sulaiman diciumnya penuh kasih.


***************


“ Yang ini okay tak kak? Laila suka warna pink dan Fadhli suka warna hijau. Lagipun tema colour kahwin nanti pun memang pink dan hijau. Akak rasa kek ni cantik tak?”


“Semua cantik Laila! Semua cantik. Akak suka dengan semua design kek ni.” Balas Sarah. Nampak sangat ke keterujaan dia ketika ini? Matanya tidak berkelip-kelip memandang kek-kek yang dipamerkan dalam album.


Semua cantik sangat-sangat. Rasa macam nak tempah semua jenis kek. Ya Allah, rasa macam nak kahwin sekarang ni jugak. Nak tempah kek cantik-cantik macam ni. Tapi bila tengok harga kek yang dipamerkan, aduhai, terus rasa tak jadi kahwin. Mahalnya kek kahwin.


“Akak rasa kalau design ni pun cantik. Empat tingkat, kita buat warna pink dan hijau macam Laila nak.” Jari telunjuk lurus menunjuk kepada kek yang dimaksudkan.


“Laila pun rasa kek ni cantik. Lega hati Laila bawak akak ke sini. Akak memang banyak sangat tolong Laila untuk persiapan majlis kahwin Laila. Thanks akak.” Laila memeluk bahu Sarah. Rasa touching la pulak.

“Akak tolong apa yang akak mampu aje.” Balas Sarah.


Okay miss. I rasa I nak booking yang ini.”


Selesai memberikan segala butir yang diperlukan, Sarah dan Laila bergerak mahu meninggalkan kedai kek tersebut.


“Jom kita makan kek dulu, nak tak?” Ajak Sarah tiba-tiba. Alahai, permintaan tekak perlu dipenuhi. Teringin sangat ni. Kalau tak makan sekarang, silap-silap balik nanti, malam termimpi-mimpi makan kek.


Laila tersenyum mendengar permintaan kakak sepupunya itu. Kaki dibawa menuju ke peti sejuk yang mempamerkan pelbagai jenis kek yang dijual. Sarah turut membontoti Laila. 


“Kak Arah nak yang mana? Laila belanja akak.” Apa? Belanja? Pucuk dicita ulam mendatang. Mekar senyuman di bibir Sarah.


“Jom, duduk sana.” Meja kopi disudut kedai dipilih mereka.


“Banyak lagi ke belum selesai tentang persiapan majlis? Kalau nak minta tolong akak, bagitahu aje. Kalau akak boleh tolong, insyaAllah akak tolong Laila.”


Thanks Kak Arah. Laila tahu Laila memang boleh harapkan akak. Kalau nak harapkan kakak-kakak Laila, memang haru-biru jadinya. Langsung tak membantu. Kak Hannah tu bukan main lagi menyampah dengan Fadhli. Entah apa salah Fadhli dengan dia.” Ada air mata bergenang di kelopak mata Laila.


Sarah faham perasaan Laila. Bukan mudah Laila meyakinkan keluarganya bahawa Fadhli akan menjaganya dengan baik. Bukan mudah keluarga Mak Long Fadhilah mahu menerima Fadhli. Sarah pula terpaksa menjadi orang tengah dalam menyatukan Fadhli dan Laila. Syukurlah Mak Long sudah boleh merima Fadhli dan keluarganya sekarang.


Suapan kek yang terakhir  disuap ke mulut. Sedapnya kek ini! Rasa macam nak bungkus bawak balik ke rumah dan malam nanti makan lagi. Alahai tekak, kau jangan nak mengada-ngada sangat.


Sarah dan Laila menuju ke One Utama. Ada beberapa barang hantaran yang masih ingin dibeli oleh Laila. Satu demi satu kaunter minyak wangi dibelek oleh Laila. Nak beli perfume pun bertahun. Habis semua kaunter ke nak kena pergi. Naik lenguh kaki Sarah berjalan ke sana ke mari.


“Laila nak beli bau yang macam mana? Gucci Guilty Intense, tak suka ke? Akak suka bau tu, wangi sangat!”


“Laila tak suka sangat baunya sebab lembut.  Akak pakai perfume tu kan? Dengan akak memang sesuai sangat sebab akak memang lemah-lembut!" 

Sarah tergelak kecil. "Memang lemah-lembutlah sangat akak ni. Habis Laila suka perfume yang macam mana?" 

"Before ni Laila pakai  Lancome, Hypnose tu. Sekarang ni Laila rasa macam nak tukar bau lain pulak. Tapi Fadhli suka bau Hypnose tu. Laila pun tak tahu wangian apa Laila nak beli.” Gawat! Tak tahu nak beli yang mana? Alahai Laila. Beli aje lah mana-mana pun. Sama je.


“Kalau Fadhli suka yang tu, akak rasa better beli Hypnose tu aje. Lagipun Laila sendiri selesa dengan bau Hypnose, sekarang pun wangi je. Bau Hypnose kan ni?” Laila mengangguk tanda mengiyakan bauan yang dipakai sekarang ialah Hypnose.


Okay, jom pergi kaunter tadi semula. Laila nak beli Hypnose!”. Jawab Laila yakin. Laila menarik tangan Sarah supaya mengekorinya ke kaunter yang telah mereka kunjungi sebentar tadi. Sarah berasa lega.

Akibat langkah Laila yang terlalu laju dan mengheret tangannya, tiba-tiba.. dumm! Dahinya berlaga dengan sesuatu. Sakitnya! Sarah menggosok-gosok dahinya dengan tangan. Sakitnya! Sakitnya!


“Sayang! Are you okay?” Terdengar suara cemas itu, Sarah mendongak. Kau?! Perempuan di sisi lelaki itu sibuk menggosok dagu lelaki itu. Eh, terlanggar dagu dia ke? Ingatkan langgar rak kasut ke apa tadi, keras bukan main. Rasa retak tempurung kepala.



You ni buta ke?”  Marah lelaki hidung tinggi itu. Ini kali kedua dia tanya ‘buta ke?’

Kali pertama ialah di lapangan terbang semasa menjemput Laila. Lelaki itu menyoal benda yang sama, 'Buta ke?'. Cemuh Sarah dalam hatinya. Takde perkataan yang sopan sikit agaknya!

Kali kedua dia bertembung lagi dengan lelaki yang sama, sikap yang sama ialah di Mid Valley dan kali ketiga ialah beberapa minggu yang lalu semasa hampir dilanggar oleh kereta mewah lelaki itu dan Sarah menjangkakan bahawa itulah kali terakhir dia akan bertemu dengan lelaki hidung tinggi ini. Ahhh, sangkaannya meleset sebab kali keempat bertemu dengan lelaki ini di One Utama. Melanggar dagu lelaki itu. Ish!


Takkan berjodoh dengan lelaki ini pulak? Oiii, simpang malaikat empat puluh empat! Tak mahulah berlakikan lelaki sombong macam ni. Sombang ya ampun!


Sorry lah, saya tak nampak awak. Lagipun saya tengah kalut.” Malas mahu memanjangkan cerita kerana perasan beberapa pasang mata asyik memandang ke arah mereka.


“Tengah kalut? Habis kalau tengah kalut boleh langgar orang suka-suka hati you ke?” Marah Ari Aqashah.

“Dah la tu sayang. Dia dah cakap sorry tu. Memang tak perasan pun kita nak lalu dekat sini. Maaf ye cik.” Sayang? Kalau tak silap telinga dia, memang tak silap sebab Sarah belum pekak lagi. Girlfriend dia ke? Cantiknya! Tapi sayang, bercinta dengan lelaki tiga suku dan sombong macam ni. Memang unlucky lah perempuan ni.


Ari Aqashah berdengus kasar. Protes! Kalau bukan kerana Suzila, mau sahaja dicekik-cekik perempuan ini. Kenapalah dia asyik bertembung dengan perempuan ini dalam keadaan yang sangat menyakitkan hatinya? Geram sungguh.


“Jom.” Ari Aqashah meanrik tangan Suzila meninggalkan Sarah dan Laila tercengang.


“Laila macam kenal lelaki tu. Macam pernah jumpa. Akak kenal ke?” Soal Laila dengan mimik muka bersunguh-sungguh sambil kening dijungkitkan ke atas. Memang pernah jumpa pun Laila oi, masa dekat airport jemput Laila beberapa bulan lepas. Masa pun pun gaduh jugak! Sakitnya hati.


“Entah, tak kenal. Jom pergi beli perfume.” Malas mahu menjawab soalan Laila. 

Malas juga mahu mengenang kisah-kisah dia dengan lelaki itu. Buat sakit hati aje. Kalau ye pun lelaki itu tidak salah tadi, at least minta maaflah. Bukan susah pun. Mahal sangat kot maaf dia. Geramnya!!! Sarah mengetap giginya. Rasa macam nak gigit telinga lelaki itu sampai putus. Geram!